"Bayi dan kanak2 perlukan tidur yang banyak untuk membesar", ni semua orang pun tahu kan, hehe, golongan budak2 ni tumbesaran minda dan tubuh badan mereka berlaku ketika mereka tidur. Rata2 bayi dan kanak2 memerlukan tidur hampir/melebihi 12jam sehari untuk melengkapkan skop keperluan tidur mereka...
Rafiqh sejak kecil tak banyak masalah berkaitan tidur, in fact dia memang kuat tidur pun. Sampai sekarang ni dalam sehari dia tidur paling kurang 12jam, so I memang tak pernah risau tentang dia dan keperluan tidurnya...
On the other hand, Raziqh ni lain sikit kekdahnya. Kecik2 dulu no problem, sama ja macam Rafiqh but lately dia sangat 'liat' nak tidur petang, puncanya ialah sebab Rafiqh tak tidur. Lain laa kalau Rafiqh tidur sama, memang Raziqh boleh tidur aman damai permai berjam2. Rafiqh adalah tarikan hiburan yang selalu buat Raziqh teruja nak main rather than sleep, haiyaaa. Kadang2 tu dia dah lalok lali2 nak tidur dah tapi bila dengar Rafiqh dok main terus mata celik segar balik. Kalau bawa dia tidur dalam bilik pun, most of the times Rafiqh akan ikut menyibuk sama, pakcik kecik ni mulut masyaAllah potpet2 macammana laa adik tu nak lelap kan...
Bila si Raziqh ni dah tidur pulak, Rafiqh suka benor laa mengacau. Dia tak 'usik2' adik, sebab nanti dia kena cubit tapi dia suka pi duduk dekat2 adik, baring2 sebelah adik, tenung2 belek2 wajah adik, haa gatai sungguh kan?! Kadang2 tu bila adik ber-ekspresi(normal laa kan baby pun alami mimpi so wajah dia berkerut2 sedih/suka), dia boleh ketawa kuat2 sambil cakap "adik gellak(=gelak)", kengkononnya adik gelak laa, padahal tak pun, cet! Kalau adik bergerak sikit mengeliat ka ubah posisi ka, dia dah sibuk tepuk2 nak dodoi adik, orang tepuk pelan2 dia bantai kuat nak mampuih, dah tu siap nyanyi "ya iyya ha iyawaah(la ilaha illallah)", orang nyanyi slow2 ja tapi dia buka volume terus up to maksimum, jangankan adik, anak badak pun boleh terkejut bangun! Hish, sabar je laa...
So kalau nak bagi Raziqh senang tidur petang, I kena bawa 2R keluar jalan2, entertaining Rafiqh while Raziqh having his evening nap peacefully. Tapi jenuh laa pulak kan kalau setiap hari nak keluar, akibatnya I kena fikir macam2 cara untuk tidurkan si Raziqh. Dalam rumah, paling mudah nak buat dia terlelap ialah dengan babywearing him and doing house chores at the same time. Kalau guna cara ni I memang kena berdiri lama2, tak boleh stop buat kerja sebab nanti bila I duduk dia sure terjaga. So ada masanya kaedah ni pun I rasa kurang prektikal...
Tapi sejak dah ada buaian ni, alhamdulillah masalah tidur petang ni dah hampir settle. Bila dia dah kenyang menyusu I cuma perlu letak dia dalam buaian dan buaikan hingga dia tertidur. Kalau Rafiqh bising pun dia jarang terjaga, mungkin dia rasa selesa di'kepit' dalam buaian tu. Dan kalau pun terjaga tak susah nak tidurkan dia semula. Setakat ni Rafiqh pun tak kacau sangat bila Raziqh tidur dalam buaian. Alhamdulillah rasa sangat membantu sekarang ni. I dah tak payah risau2 pasal waktu tidur Raziqh lagi, kalau tak, kadang2 tu rasa stress jugaklah bila tengok Raziqh tak tidur petang. Walaupun ada antara kita yang beranggapan mungkin dia tak mengantuk sebab tu tak tidur tapi I pernah terbaca somewhere yang mengatakan sebenarnya sebagai ibu/penjaga, kita sendiri kena sediakan environment yang membantu anak2 ni tidur, walaupun depa nampak macam taknak tidur tapi hakikatnya mereka perlu di'push' untuk tidur supaya tempoh masa tidur tu cukup, macam tu laa lebih kurang...
Oh tapi, I pasang buaian ni bukan semata2 sebab nak pastikan Raziqh tidur petang saja sebenarnya, ada tujuan lain yang lebih utama iaitu nak potty training si Rafiqh. Cerita bab ni dalam next entry, insyaAllah...
Monday, April 26, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
comel betul ini budak tito..!! hahahahaa..,
erm same je fith maslah kita.., aisy pun tak lena tido sebab abg suka kacau.., time adik tido time tula dia nak nyanyi kat telinga adik.., time tu la nak sayang adik.., time tu laa nak agah adik..! ade tak de kena pastikan dua2 tido baru aman.., kalau tak dgn dia2 sekali masuk dalam baby coat adik..!! aiee.., feninnnn.., hahahaha..!!
nie nak beranak lagi tahun depan..?? adushhhhhh.., hahahahhaha
comeynyaa raziqh tdo. dlm buaian pn boleh buat aksi bebas ek hihi. klaka baca kerenah si rafiqh. bagus gak la ada buaian. bknnya semuanya xelok guna buaian. apa2 pn berbalik kpd ibu bapa la kan. biasala semua benda ada pros n cons. si ihsan ni pn skrg tdo siang makin liat sbb sibuk nk main. pastu bila ngantuk tetiba je nk ngamuk2 ngan mama. haih mcm2 hihi
zura,
haha amsyar n aisy pun sama ek?tuh laa,tensyen gak arr bila si adik takleh tido,fith risau dia tak cukup tido,nanti jejas tumbesaran pulak,huhu.mmg time adik tido tu laa diorg ni nak belek2,nak agah lah hapa lah,lawak tu mmg lawak kan,tp geram grrr,haha,sabo je laa.
aih2,takkan tak jd plak nak beranak lg thn dpn kot?hahaha...
Ina,
haa betul tu ina,bila dah ngantuk sgt kdg2 diorg ni bleh ngamuk2 kat kita pulak kan,hish pdhal dia yg takmau tido,haha hadoi,mcm2 ragam...
ihsan pun dah pandai nak main sampai taknak tido ye,klau ada geng main lg laa susah nak tido tu,hehe...
Hahaha rasa mcm comel je rafiqh dok perhatikan raziqh tido n dodoi2 semua tu :)
rayyan pon dulu tido guna buai baru nyenyak..kalau kat bawah,kejap2 dia terjaga... tp kalau bb baru lahir,xelok kot masukkan dlm buaian... tunggu dia besar sket mcm raziqh nih...
Elah,
hehe dia mmg gedik...
My,
ooo rayyan pun tido buai ek dulu.aah kan,dlm buai diorg tido nyenyak,lamaaa baru bgn.
betul2,klau kecik2 mcm bahaya je buh buai,bila dah besar rasa selamat sikit...
Post a Comment