Tuesday, April 27, 2010

'Sakura Apron' kini dibuka semula...

Mesti ada yang tertanya2, apa kejadahnya Sakura Apron(SA) ni kan?! Sebenarnya long time ago(ecceh), lepas bersalinkan Rafiqh, atas dasar suka2 dan nak isi masa lapang(sambil cari income sendiri), I buka bisnes berkaitan foods yang menjual pelbagai jenis frozen kuih-muih dan mengambil tempahan menyediakan makanan berat lainnya. Ni bukanlah 1st bisnes, sejak bergelar student lagi I dah buka online shop butik yang jual barangan muslim(hijab, shawl, hijabpin, sejadah, telekung, buku bla3), kemudiannya jadi dealer jual halal foods yang mainly bahan mentah(ayam, daging, sosej, frozen sayur bla3) untuk muslim yang tinggal kat area Yamaguchi. Lepas balik dari Malaysia setelah bersalinkan Rafiqh pun I masih aktif menjalankan kedua2 bisnes ni tapi atas sebab2 tertentu, last year I ambil keputusan untuk 'bersara' dari bisnes online shop dan kedai halal foods tu, hanya tumpu pada katering saja...

Selepas hamilkan Raziqh, bila perut dah makin besar dan kudrat dah berkurang, kira2 hampir setahun yang lalu SA 'dicutikan' dari beroperasi, hinggalah awal bulan april baru2 ni I dengan sebulat hati telah bertekad nak hidupkan balik bisnes jual2 makanan ni. Dengan restu dan galakan dari myLove, alhamdulillah bisnes kecil ni kembali berjalan. Selama 'bercuti' tu nak kata stop terus dari menjual tu pun taklah, I masih ambil tempahan buat kuih-muih, masih menjual tapi lebih fokus pada kuih2 frozen saja. Sekarang ni bila Raziqh pun dah makin besar, dah rasa ala2 menang tangan nak handle anak2 dan jualan, so baru berani nak ambil order untuk makanan berat semula...

Menu di web SA masih terhad, yang sebelum2 ni banyak dah dibuang dan sekarang dalam proses mempertimbangkan itu ini untuk tambah menu2 baru. Sebenarnya I agak fleksibel dalam menerima tempahan, contohnya macam setahun lalu, kohaitachi(=juniors) boleh nak order apa saja pun, as long as I rasa confident boleh masakkan menu tu dengan baik, insyaAllah I akan ambil tempahan, so kali ni pun sama jugak, kalau ada yang nak order menu2 yang takdak dalam list pun I'll try my best to serve them insyaAllah...

As for now, I mulakan dengan jualan nasi lemak dulu, ambil order untuk setiap pagi/tengahari sabtu. InsyaAllah bermula bulan 5 ni cadangnya nak kerapkan lagi hari jualan, mungkin boleh cuba buat 2sesi untuk jumaat dan sabtu iaitu tengahari dan malam, itupun kalau rasa diri ni mampu dan sambutan menggalakkan. Kalau ikutkan hati ni rajin ja nak menjual, even sebenarnya ada hati nak buat jualan makanan berat dan kuih-muih sekaligus, hehe tapi walau apa sekalipun, kena consider keupayaan diri+anak2 dan sambutan dari pembeli jugaklah kan...

Ada beberapa menu baru yang sedang difikirkan, contohnya macam fried chicken chop, nasi daging, nasi hujan panas dan sebagainya, tu untuk makanan berat. Untuk makanan sampingan pulak, teruja jugak nak menjual kek/muffin atau dessert lainnya(macam dadih dan jelly), menarik jugak kan?! Seronok woo jual2 ni, ada satu kepuasan bila berjaya siapkan order dan orang puas hati, selain tu dapatlah menjana income sendiri, dan boleh jugak prektis skill masakan kan, hihi. Apa lagi yang best untuk dijual yer???

Semoga rezeki kami makin melimpah-ruah, moga bisnes kecil ni akan berjalan baik, semoga diberi laluan mudah dan diberkahi Allah... Alhamdulillah, alhamdulillah ala kulli hal...

3 comments:

Ina said...

teringat bisnes2 masa student dlu hihi. mmg best. dpt tambah duit poket. kdg2 tu brg xsempat promote lg tp dh hbs sbb dri sndiri bli haha apadaa! kalau dkt kiter pn nk tempah fith hihi. ni kes malas la ni. nway slamat berbisnes kembali. moga dimurahkan rezeki ;)

Anonymous said...

saya amat teringin nak makan nasi daging.kalau kat msia Mak akan buat bila saya request.kalau kat sini,kakFith la kan yg akan buat kalau saya request.wakaka

Fith said...

Ina,
tu laa,dulu time sekolah syok giler time meniaga.skrg pun syok gak,hehe.
thanks ina.eh klau dekat,fith jemput mai rumah laa bila nak makan2,takpun kita berjiran,bleh hulur ikut tingkap,hehehe...

Amir,
haha no prob,boleh ja,tp sure tak sama dgn mak amir buat,mak amir tahap sifu dah.takpa2,bila2 nanti kakfith buat n hantaq sepinggan ke sana k.