Sunday, April 11, 2010

Rindunya pada majlis ilmu...

Sejak bergelar ibu, boleh kira berapa kali sangatlah dapat peluang menghadirkan diri ke majlis2 ilmu. Ya Allah, rindu sungguh hati ni nak kembali berkumpul ramai2 untuk berusrah...

Kat sini alhamdulillah memang ada kegiatan usrah yang aktif, baik dari kalangan lelaki mahupun perempuan, atau yang dibuat secara keseluruhan(campur lelaki dan perempuan). Dah lama wujud aktiviti usrah ni, dah ada organisasi tersendiri yang sentiasa bergiat cergas mengimarahkan majlis2 ilmu. Selalu jugaklah dapat jemputan, kalau majlis untuk lelaki dan perempuan biasanya kami tak ada masalah nak join, tapi kalau yang perempuan saja tu which I really2 want to go, selalu ada saja kekangan yang menjadi penghalang...

Pertamanya dari segi nak mengawal 2R. Budak2 ni unpredctable sikit kan perangai depa, sometimes they can behave well, but sometimes they can't. Kalau bawa jalan2 memang no hal tapi bila ke majlis yang semua orang duduk je, budak2 ni cepat bosan, banyak laa benda yang depa nak buat nanti, kalau I sorang2 nak handle both, memang tak menang tangan laa. Takkan nak harap kohaitachi pulak kan, depa pi usrah tu nak dapatkan ilmu, bukan nak jaga 2R. Ermmm boleh ja kalau nak tinggalkan salah sorang pada myLove, tapi I rasa sangat berat hati laa pulak...

Tambahan pulak, disebabkan majoriti peserta usrah ni adalah students so they always prefer to held it at night. MyLove takdak problem nak lepaskan I keluar even at night tapinya nak bawa 2R ni berjalan kaki alone masuk kawasan apato tempat usrah tu agak menjadi masalah sikit. I tak reti drive masuk situ sebab jalannya agak sempit, malam2 pulak lagi laa rasa susah, selalunya kalau nak pi apato tu I akan park kereta kat luar area apato dan jalan kaki around 10minutes...

Kemudiannya dari segi tempat, I rasa yang ni lah big problem. Bawa budak2 kecik pi rumah orang memang memerlukan pengawasan yang rapi. Nak paksa depa duk diam2 tu memang sangat mustahil tapi nak lepas depa bebas bergerak pun bakal menimbulkan kekecohan, biasalah kan, rumah orang bujang ni banyak barang2 menarik dan hiasan2 comel, hehe...

Alhamdulillah, semalam kami berkesempatan menghadirkan diri ke majlis Welcome To Japan di bawah kelolaan Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi. MyLove kerja semalam so I was thinking nak bawa 2R ni ke mana, teringatkan majlis tu so rasa nak join. WTJ ialah program khas untuk pelajar2 baru bagi membincangkan isu2 berkaitan cabaran dan tatacara kehidupan di bumi sakura ni. Program bermula dari pagi tapi kami hanya sempat join untuk sesi petang ja, lepas zuhur baru kami pi. Secara keseluruhannya, memang sangat menarik dan sangat wajar diadakan lebih kerap. Rasanya banyak isu2 berbangkit yang boleh dibincangkan dalam program2 macam ni, bukan saja untuk orang2 yang baru sampai Jepun malah untuk yang dah lama pun, banyak jugak ilmu yang boleh dipelajari. Harapnya pihak presiden PAMY dan ahli jawatankuasa lainnya boleh mempertimbangkan cadangan untuk diadakan majlis2 macam ni at least sekali sebulan ka, macam dulu2 kami jemput 'penceramah' yang terdiri dari orang luar(student dai(=universiti) lain) datang bagi berkongsi ilmu. Majlis semalam buat kat dewan, I personally rasa sangat selesa, senang nak concentrate sebab boleh lepas Rafiqh bebas bergerak dan main kat belakang dewan tanpa rasa risau...

Bila fikir2 balik, nak cari ilmu ni memang tak mudah, kalau nak mengalah dengan situasi semasa ja sampai bila pun tak ke mana kan? So next time dalam masa terdekat ni, rasa nak ajak the girls datang ke rumah berusrah di sini, hopefully Allah akan permudahkan...

Raziqh sampai2 terus tertidur...


nampak tak budak kecik kat belah kanan ni?! Tekunnya dia...


tulis apa tu cik abang?!

4 comments:

ojasamid said...

mmg gitulah kan adat bila ibu2 nk ke majlis ilmu; apa yg fith rasa dan fikir tuh sememangnya hal yg dirasai oleh mana2 ibu. hehe.. hehe. u r not alone fith ;).

tp akak tetap merasakan adalah sgt baik kalau kita dapat mencari dan menghadirkan diri ke majlis2 seumpamanya albeit anak2 yg ramai dan aktif. hehe.
for me, insya Allah usaha dan kesusahan kita (yg mgkn berganda2 kepayahannya drpd org lain yg tak punya anak kecil) itu walau sekecil mana akan tetap menjadi besar di mata Allah, jika kita ikhlas.semakin banyak kita berkorban, semakin besar pahala yg menanti.:)

dan ilmu itu sendiri perlu dicari..kan? sampai ke liang lahad kata org. hehe..

dan sebenarnya baik utk kita exposekan suasana `belajar` di majlis2 ilmu ni (yg mana banyak disebutkan nama Allah di dalamnya) kpd anak2 kita sejak mereka kecil lagi , walaupon mmg mrk ni kerjanya banyak main dan buat bising.:p iA mrk akan terbiasa `duduk` di majlis ilmu, dan moga2 sket sebanyak akan `melekat` ilmu2 tu di hati dan kepala anak2 nnt ;)

akak jg rasa bhw usaha kita bawa anak2 kita dan cara kita handle mrk tuh sebenarnya akan jd inspirasi dan motivasi utk adik2 yg lain, supaya someday bila dh beranak pinak nnt tetap istiqomah pergi ke majlis2 sebegitu.
ramai org belajar drpd pemerhatian masing2 pd sekeliling mereka.
akak yakin akan ada pengalaman kita yg bisa mereka belajar dan seterusnya aplikasikan bila dh ada anak sendiri nnt. akak sendiri banyak belajar dgn melihat cara ibu2 lain mendidik, menjaga n mengawal anak2 mereka. hehe.
iA ada pahala kita di situ jika mrk amalkan apa yg mrk dapat dri kita..:)

wah panjang dah membebel. gomen ne. :D my two cents saje. hehehehehe..

Fith said...

kak oja,
betul tu.fith pun suka bawa anak2 ke tempat mcm tu supaya mereka terdedah dgn suasana yg baik sejak kecik.bukan mudah kan nak tanamkan amalan2 yg baik ni pada jatidiri anak2.

insyaAllah moga diberi lebih kekuatan nak mengheret 2R ke majlis2 ilmu...

tq kak oja!

mysara said...

bawa jer fith..kan ramai baby sitter... kejap2 kuar xpe la.tp dpt jugak sket.dulu masa kat fukui, ada jer gaijin yg dtg bawa baby..nnti budak2 tu pon lama2 pandai laa..bawa buku ke apa bg derang leka..

Fith said...

Mai,
aah kan,mmg kena paksa2 jugak.skrg ni mmg dok bawa tp klau pi umah org tu mmg selalu mengelak sbb tak terkawal,jd takleh nak tumpu pulak dok kalut dgn budak2 ni,haha.btw tq!