Wednesday, April 21, 2010

Playground...

Sehari-dua-tiga kebelakangan ni, terasa agak lemau nak meng-update blog, selemau cuaca yang tak menentu sekarang ni. Di awal2 pertukaran setiap musim, berminggu jugaklah hujan akan turun, alhamdulillah hujan tu rahmat, tak baik kan merungut, hehe. Alhamdulillah jugak sebab hari ni pagi tadi cerah, tapi sekarang dah mendung, malam nanti mungkin akan hujan sampai laa seharian esoknya. Harap2 jumaat ni tak hujan, kalau tak, habis laa kucar-kacir jadual kerjaku...

Dah lama tak bawa anak2 main kat playground, kalau bawa takat jalan2 round2 pusing2 ada laa. Rafiqh ni pelik sikit peelnya, kalau pi playground takdak budak2 nak main dengan dia, dia memang takmau main, dia akan jalan2 pimaipimai tang tu ja. Bila ajar dia naik suberidai(=slide) atau buranko(=swing), boleh pulak dia kekok2, haparaaa takkan nak suruh mama buat demo kot, ada gheban terus semua2 tu, hahaha. Petang sabtu lepas disebabkan taktau nak bawa budak2 ni ke mana, kami pi playground depan rumah ni saja. Selalunya kalau keluar jalan2, I akan babywearing Raziqh, Rafiqh duk dalam stroller tapi lately rasa macam nak banyakkan train dia supaya berjalan so kali ni I suruh dia jalan while adik duduk dalam stroller. Bila adik duk dalam stroller, Rafiqh pun sibuklah nak menolak, sampai dia tergolek2 jatuh tersepak batu masa tolak stroller tu, hahaha *ops ada ka pi gelak pulak tengok anak jatuh*...

Kebetulan minggu lepas pi 100yen shop belikan alat2 mainan pasir untuk Rafiqh, bila sampai kat playground tu I keluarkan laa baldi kecik dengan segala mak-neka cedok2 tu tapi Rafiqh buat derk pulak, aiks dulu suka sangat main pasir, sekarang tak minat dah ka, musykil2... Then keluarkan bola dan tendang ke arahnya, dia ambil bola tu sapu2 pasir dan cakap "ish kotoq! kotoq!" hahaha hampeh! Bola sendiri pandai pulak gaduh kata kotor tapi bola orang selamba ja nak rembat main, hish budak ni! Kesimpulannya tak main pun benda2 yang mama angkut tu, nantilah kita ajak kakak2 Yamadai pi picnic kat umi(=pantai) dekat2 sini yer... Tak lama lepas tu dia jumpa geng, terus pi main dengan budak2 tu sampai nak ajak balik pun punya laa seksa. Last2 mama perambat budak2 tu suruh balik, baru laa Rafiqh nak balik muehehehe...

Gambar takdak, next time lah ambil, I bawa camera tapi lupa masukkan balik memory card, apa punya ngokngek laa, ohohohoho...

4 comments:

zura said...

ehehehehe.., mcm2 kan bebudak nie.., kalau amsyar pulak.., dia yg terlebih ramah g tgur semua org agar org2 tu ajak dia main.., tak kira la besar ke kecik org tu..,
aiee payahhhhh..!!

Fith said...

zura,
haa sama laa.siap menyendeng2 kat budak2 tu ajak main.biasanya yg pi playground tu budak sekolah rendah n menengah so dia ni berkwn dgn budak2 tu lah,lawak tgk budak2 tu melayan dia.tp tu laa,mmg kelakar tgk gelagat diorg...

mysara said...

rayyan nih pemalu..biasanyer dia tgk jer org main dulu..pastu dia join skali mcm dah lama kenal pulak... 2,3 bulan nih mmg xde dah bawa rayyan main kat tmn permainan... mama dia xlarat nk kejar2 dia.papa dia selalu balik bila hari dah nk gelap. kalau la ada sesape nk volunteer bawa dia gi taman...heheheh

Fith said...

my,
wah pemalu ye teruna kamu itu?!haha,comel!
takpe my,tunggu adek lahir,dia syok berkwn dgn adek.pas adek besar sket,bleh bawa both pi taman,mesti sukeee