Sunday, February 28, 2010

Abang dan adik...

Abang : "Adik, duk senyap2 sat, mama nak ambil gambar tu..."
Adik : "Hallaaa adik nak turun..."


Abang : "Adik, smileeee..."
Adik : "Hish huduh aih sengih gitu, tengok muka adik, macho!"


Abang : "Adik, gomen ne(=sorry), onichan selalu babap adik..."
Adik : "Ii yo(=it's okey), hari ni hari onichan..."


Abang : "Walaupun tiap2 hari onichan buat adik nangis, hontouwa(=actually) onichan sayanggg adik..."
Adik : "Eeeiii geli..."


Abang : "Tutup mulut lah bila menguap(=sangap)..."
Adik : "Haa ok2, thank you!"

Meraikan adik2 yang bakal grad...

Semalam kami jemput kohaitachi(=juniors) yang bakal grad tak lama lagi ke teratak kami untuk makan malam. Nak kata jamuan perpisahan pun tak jugak sebabnya ada antara mereka yang still stay kat sini samada untuk kerja atau sambung master, so it's more to meraikan mereka punya graduation lah! Ingatkan nak buat bulan depan tapi masa pi bowling taikai(=tournament) selasa lepas kami dapat info ada yang akan balik Malaysia awal march so kami terus decided untuk buat minggu ni. Disebabkan plan yang mengejut so tak sempat nak prepare elok2, jamuan ala kadar saja laa.

Menu utama semalam ialah soto ayam, desert pulak strawberry chocolate muffins, macha(=green tea) muffins dan banana chocolate mousse brownies. Dan ada menu tambahan, 1 of them-MatNor yang memang terkenal dengan sangat rajin dan pandai masak siap bawa bubur kacang hijau, yummy!

Bihun, nasi empit, bergedel, telur rebus, ayam carik, tauge, daun bawang dan sambal kicap...


Sup soto...


Macha muffins...


Strawberry chocolate muffins...


Banana chocolate mousse brownies...


Air sirap bandung...

Cerita pasal soto ayam ni, I mula 'kenal' soto sejak kahwin dengan myLove, before ni setakat tau nama ja tapi tak minat sangat nak makan, ka tak pernah makan ek?! Rasanya kalau orang belah utara memang tak makan sangat kot soto, mak pun selalu buat bihun sup ja. Lepas kahwin selalu jugaklah buat soto tapi yappari tak jadi sangat sebab tak reti nak buat sup tu, hanya lepas beberapa tahun baru berjaya buat sup yang myLove puas hati, hihi. Masa balik bersalin Raziqh hari tu, pulun tanya sana sini nak belajar masak soto ayam, at last 'jumpa' jugak resepi yang best...

Berbalik kepada cerita jamuan semalam, semua yang dijemput dapat hadir, sebelum pukul 8 semua dah berkumpul, makan2 sambil sembang2 sampai pukul 10 baru bersurai, alhamdulillah habis licin semua juadah, harapnya depa puas hati laa dengan simple dinner ni. Batch kohaitachi yang akan balik ni adalah batch yang datang masa I masih bergelar student(final year). Kohai ramai dah yang balik, kami jugak laa yang tak reti2 nak balik, hehehe...

Bulan tanpa 30???

Hari ni 28hb adalah hari terakhir dalam bulan february, kalau sebelum2 ni I tak ambil kesah pun pasal 30hb setiap bulan tapi sejak Raziqh lahir, 30hb adalah hari yang masuk dalam perkiraan. I think all moms do counting their baby's age from month to month, oh like hari ni my baby dah 2months, 3months, 4months, bla3, right?! All this while dalam kalender memang ada nombor 30 tu kan, but for this month we only have 28days so bila I tersedar tak ada 30hb, terus cakap kat Raziqh, "bulan ni adik tak cukup 2hari untuk umur 7bulan", haha entah hapa2. Makanya anggap ja laa hari ni Raziqh genap berusia 7bulan, arr buleh???

Lama dah tak update cerita dia, so now he has developed lots of new skills...

1. melunjur bukan main punya laju lagi, dulu guna tangan untuk tarik badan but now dah pandai pakai kaki jugak, so dalam sekelip mata ja dia dah lepas entah ke mana2, port paling dia suka ialah menghala ke genkang(=pintu keluar-masuk rumah) untuk cari kasut, errr adik nak keluar sanpo(=bersiar2) ek???

2. sambil melunjur sambil kutip sampah sarap nak buh dalam mulut, haiyaaa...

3. dah masuk geng dengan onichan buat sepah rumah, kalau mak depa ralit buat kerja depa pun sakan laa memunggah...

4. sejak Raziqh berusia 3bulan, I tidurkan dia terlentang atau mengiring(dah tak tidur meniarap), tapi sekarang dia dah pandai ubah posisi tidurnya ke meniarap masa tidur, so cute tengok dia tidur meniarap dalam gaya sujud(bontot dinaikkan tinggi)...

5. a very super-active boy, sapa2 yang pegang/dukung dia mesti bagi komen "mak aih, aktifnya budak ni...", yup, absolutely right, dia tak reti duk senyap sesaat, meleding2 badan dia sampai tukang pegang pun boleh surrender! Memang tak dapat dinafikan lagi, dulu masa dalam perut pun dia lagi aktif dari Rafiqh, so tengoklah nanti tahap keaktifannya. Rafiqh tu pun dah masuk golongan aktif dah, tapi yang ni lagi power, waduhhh pening2!

6. pantang dengar bunyi blander, mixer dan vacuum, dia pun akan jerit sama nak lawan bunyi benda2 tu, konon2 nak tengok suara sapa lagi power laa kot, ish3...

7. Raziqh ada 2 karektor peribadi yang obviously mama boleh tengok, bila duk dengan ayah mama dan onichan ja dia sangat kecoh, lasak dan gedik tapi bila ada orang luar dia jadi 'behave' dan bersopan-santun. So that ramai yang labelkan dia 'budak baik yang pendiam', aah ya laa tu, dia auta ja lebih!

8. pandai tepuk2 mulut sambil keluarkan bunyi "wawawawa bulan!"(bulan tu mak dia yang sebut, hehe), takpun suruh orang tepuk mulut dia dan dia keluarkan suara, mama sukeeee...

9. suka geleng2 kepala bila mama sebut "geleng3!", best2...

10. sangat berminat dengan bola, dia suka betul main dengan bola sorang2, ralit ja duk kejar bola. Ada harapan jadi pemain bola ni, hohoho...

Ok, tu ja kot, malas dah nak fikir... Update blog pagi2 ahad adalah sesuatu yang ajaib, tapi hari ni boleh duk depan laptop sebab Raziqh masih tidur manakala myLove dan Rafiqh pukul 6.30 dah keluar ke pasar borong bersama juniors yang lain. Bukan pi beli ikan pun, pi tengok orang beli ikan, haihhhh lama sungguh, dah pukul 8 lebih pun tak balik lagi...

Friday, February 26, 2010

Anniversary...

Ulangtahun perkahwinan kami semalam kami sambut sederhana saja, takdak aih nak gempak2, dulu2 boleh laa nak buat candle light dinner ka hapa ka kan, sekarang ni dah ada 2R ni, dengan segala-mala lilin2 tu mau terbakar satu apato ni, elok2 nak makan dengan tenang, habis kelam-kelibut lintang-pukang nanti, hahaha...

Seperti selalunya, pagi semalam I selitkan kad dan sekotak kecil coklat dalam beg bento(=bekal) myLove. Tak surprise dah kot, selalu sangat guna idea yang sama, maybe nanti2 boleh laa nak cari idea lain kasi terkejut lebih sikit, hehe.


Kebetulannya hari khamis adalah hari yang paling sibuk buat I, dengan english class 2R, dengan extra-work as part-timer so memang keletihan laa nak buat itu ini. Walaupun dah sedia maklum yang myLove tak suka makan kek, tapi tetap ler nak buat kek jugak2, gedik kan, hiks. Takpa laa ayahnya tak makan, anaknya suka makan. So hari rabu lepas I dah buat kek, petang semalam decorate ala-kadar...

Dinner untuk special day mestilah kena masak special menu kan, fikir punya fikir decided nak buat nasi hujan panas. Dari tengahari dah mula masak, buat ayam masak merah dulu, sambil masak dok chat dengan kaklong, tanya tips nak buat nasi hujan panas tu. Ni bukan 1st time buat, dah banyak kali dah tapi selalu sangat dapat outcome yang hampeh, huduh dan mengecewakan. Sebolehnya kali ni nak bagi jadi jugak2, so kena laa berguru dengan yang pakar kan. Petangnya baru masak nasi hujan panas dan daging black pepper.

breakfast - burger Malaysia...


the anniversary cake...


the dinner...

Hahaha sebelum korang gelak tengok nasi tu, mai laa nak gelak dulu *cover malu*, kahkahkah. Walaupun tak secantik yang kaklong selalu buat tapi kira ok laa tu, kali ni nampak cantik laa dari yang sebelum2 ni. Amacam cikgu? Lulus dak? hohoho... Cikgu kata kalau nak terer kena buat selalu2, jamu orang makan, baik cikgu! Nanti akan ku prektis sokmo2 hokey!
Sekian saja laporan anniversary tahun ni, arrr hadiah? Rahsia!!! muehehehe....

Ada apa pada Maulidur Rasul?!

Bila disebut maulidur rasul, apakah gambaran yang hadir dalam minda kita?!
Maulidur rasul adalah hari memperingati kelahiran seorang manusia agung, nabi junjungan kita Muhammad SAW. Baginda adalah sinar yang menerangi dunia dengan cahaya agama yang benar dan hakiki yakni islam... Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena keputeraan baginda pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan 23 April 571...

Jika dulu2 ketika masih bersekolah, maulidur rasul begitu sinonim dengan aktiviti mengenang kembali sejarah kelahiran baginda dan juga hari untuk memperbanyakkan selawat ke atas baginda. Namun kini setelah sekian lama meninggalkan alam persekolahan, adakah maulidur rasul hanya bersisa pada cuti umum, perarakan, rancangan ceramah dan slot2 selawat di kaca tv atau apa?!

It's more than that!
Jika kita yang dewasa sering beralasan "nak berselawat tak payah tunggu maulidur rasul, nak memperingati baginda bukan sekadar sehari dalam setahun, bla3...", memang kita bijak memboloskan diri, tapi tanyalah pada diri sendiri berapa kali kita berselawat dalam sehari, berapa kali memperingati keagungan baginda dalam setahun?! Kita gemar memandang sepi dan memperlekehkan usaha pihak lain demi menutup kekurangan sendiri kan?!

Namun, kini bila sudah bergelar ibu yang mempunyai anak2 yang makin membesar, somehow I rasa sangat 'besar' ertinya hari2 berlabel seperti hari ibu, hari bapa, hari kemerdekaan, hari maulidur rasul, hari awal muharram dan ratusan hari lainnya...

Kenapa?!
Kerana hari2 ini menjadi titik awal yang membawa kepada permulaan sebuah 'cerita'. Pada hari maulidur rasul contohnya, kita boleh bercerita dengan menyingkap kisah kelahiran Rasulullah pada anak2 seawal setahun usianya. Menggambarkan padanya ada seorang manusia yang lebih hebat dari ultraman, yang lagi power dari kamen ryder, yang kacak dan tinggi budi pekertinya, yang disayangi segenap golongan makhluk Allah, yang mencontohi peribadinya kita dijanjikan ganjaran yang besar, yada2. Pada hari ini jugak, kita ajarkan selawat dan salam pada anak2 menggantikan lagu2 thomas&friends, barney&friends and etc etc, jika sebelum ni sekadar memperdengarkan tapi hari ni kita kaitkannya dengan sejarah silam...

Oh pastinya untuk mendidik jiwa2 mujahid kecil ini perlukan inisiatif yang istiqamah, tidaklah cukup dengan sehari tapi sekurang2nya yang sehari ini menjadi langkah pertama bagi sejuta langkah seterusnya, insyaAllah...

Salam maulidur Rasul buat semua viewers OurLoveStory...

Thursday, February 25, 2010

5 tahun

Hari ni 25 februari 2010, genap 5tahun usia perkahwinan kami, syukur alhamdulillah...

Semoga rumahtangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga...

Semoga dilimpahi rahmah dan barakah yang berpanjangan...

Semoga dianugerahi dengan ramainya putera-puteri yang mendamaikan...

Semoga diperkukuhkan lagi ikatan kasih dan sayang dalam melayari sisa hidup yang ada...

------------------------------------------------------

Kini 5tahun telah berlalu, serasa bagai baru semalam kita bersatu,
dari satu episod pada lirikan cinta pandang pertama,
kita mengarang lembaran persis kisah adam dan hawa,
mengait benang2 kasih dan menyulam lakaran cinta,
menjadikannya hamparan bahagia seindah pelangi senja,
walau hingga detik ini masih banyak yang kita perlu pelajari,
masih kita cuba menyingkap satu2 rahsia peribadi,
untuk terus mengenali hati budi dan personaliti,
pada jatuh-bangun, senyum-tangis dan suka-duka,
kita berkongsi tawa dan sering jua bermasam muka,
semuanya menjadi tautan yang mendewasakan,
mematangkan dan menyerikan sebuah mahligai rumahtangga...

5tahun telah berlalu, ku titipkan doa agar 5tahun lagi akan hadir,
moga cinta kita takkan pernah pudar,
bahkan benih2 kasih yang selalu kita baja,
kan selamanya menguntum bunga2 cinta yang harum mewangi,
ia kekal mekar mengisi lewat hari tua,
5 menjadi 10 dan 15 menjadikan hanya mati pemisah kita di dunia,
dan kita kan kembali bercinta kala hidup di syurga...

Wednesday, February 24, 2010

Bowling taikai 2010

Persatuan Anak-anak Malaysia Yamaguchi menganjurkan bowling taikai(=tournament) semalam. Sebelum2 ni bowling taikai berlangsung ketika fuyu yasumi(=winter break) iaitu sekitar akhir disember hingga awal januari, tapi tahun ni buat masa haru yasumi(=spring holiday) so tak semua lah yang dapat join, ada students yang dah balik Malaysia dan pergi bercuti. Apapun, acara semalam tetap meriah dan havoc! hiks...

Awalnya kami memang tak plan pun nak join, almaklumlah depa buat on weekdays kan. So semalam lepas asar I cuma siap2kan 2R tunggu myLove balik nak pi supermarket beli barang dapur ja. Tup2 myLove balik awal, pukul 5.40 dah balik, bila tanya nak pi bowling taikai ka, dia kata jom, so terus minum petang, solat dan bersiap. Janjinya pukul 6.30 nak mula, kena pi before 6.30 tapi haghammmm, kami yang lewat 10minit ni pun jadi orang pertama yang sampai, hahaha hampeh sungguh! Memang macam ni selalu, dari dulu2 zaman tok tonggek sampai zaman tok tak tonggek dah ni pun, maintain jugak warisan melayu ni, hakhakhak.

Tunggu punya tunggu, acara pun bermula. Dah lama bebenor mama 2R ni tak main bowling, dekat setahun dah, last main masa pregnant-kan Raziqh last year, huhu. Tapi kali ni pun tak boleh nak join main sebab ada 2budak kecik nak kena handle. Pergi sekadar nak bagi sokongan ja laa. Pung-pang-pung-pang, golek2 bola, makan2, minum2, ambil gambar, gelak2, jerit2, sorak2, habisssss. Depa main 2games ja pun, so 8.30malam dah selesai, berkumpul pulak untuk sesi penyampaian hadiah dan cenderamata. Ada 2 kategori pemenang iaitu pemenang persendirian dan kumpulan. Tanpa disangka2 myLove boleh pulak jadi juara, hehehe rezeki laa kan, habuan penat Rafiqh sokong ayah, tiap kali ayah nak baling bola dia pun sibuk sama tercegat sebelah ayah, siap tepuk2 tangan bila bola dah masuk, hahaha. Untuk hadiah persendirian, dapat laa piala-punya-laa-besar-taktau-kat-mana-nak-letak. Bagi kategori berkumpulan pulak, group myLove menang, lojik arr tempat pertama dan kedua memang dari group dia pun, so total markah memang depa laa tinggi kan, hadiahnya junkfoods, haa coklat2 tu jadi hak milik Rafiqh ler...

Pukul 9lebih bersurai, kalau buat on weekends boleh laa lepas tu nak pi lepak2 kat family restaurant ka hapa ka, tapi dah sebab esoknya myLove kerja, kami terus pi beli barang then balik rumah. 2R pun dah penat dan mengantuk, sampai ja kat rumah salin baju dan bagi susu, dua2 terus pengsan...

Gambar sekitar majlis tak dapat lagi yang memuaskan hati, nanti kalau ada I upload ok...

Oat choc chips cookies

Rasa macam dah lama amat tak buat cookies, ermmm dekat sebulan dah kot. Gara2 kerap sangat merayau petang2, jadinya Rafiqh selalu skip oyatsu(=snack) time dia, tu pasal laa dah jarang buat cookies saikin(=lately). Disebabkan semalam takdak plan nak ke mana so pagi tu adun oat choc chips cookies ni, tengahari baru canai-terap-bakar, mungkin sebab dah lama tak nampak mama kelebek biskut, Rafiqh teruja sungguh dok tunggu tengok mama buat kerja. Macam biasa laa, bukan takat melangut tengok saja, tak sah la kan kalau tak menyibuk mengacau sama. Bagi laa chance dia main terap biskut tu, syoklah dia, bila biskut 1st tray siap bakar, tergedik2 tak sabar dah nak makan, sementara semua nak siap bakar, lebih 10keping dia dah ngap...

Resepi cookies ni diolah dari resepi choc chips cookies yang I selalu dok buat tu...

Bahan2:
125 gm mentega
70 gm gula (boleh tambah sikit kalau suka manis, kalau ikut sukatan ni agak tawar)
1/2 biji telur
225 gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking soda
1 1/2 sudu besar cocoa powder
50 gm choc chips
2 sudu besar oat

Cara2:
- ayak tepung bersama baking soda
- pukul mentega dengan gula hingga kembang, masukkan telur dan pukul sebati
- masukkan tepung dan cocoa powder, pukul rata
- masukkan choc chips dan oat, sebatikan
- canai, terap dan bakar 160darjah selama 15minit


Petangnya pulak buat nugget ayam. Kali ni buat banyak2 terus sebab selain untuk minum petang, selebihnya nak buat stok frozen foods. Resepinya di sini...

untuk minum petang...


nugget untuk di-frozen...

Tuesday, February 23, 2010

Macammana nak dapat anak?!

Beberapa hari yang lalu, chat dengan seorang kenalan lama via ym, kenal dia since zaman sekolah menengah lagi dan dah bertahun lamanya tak dengar khabar, suddenly jumpa balik kat facebook. Tengah2 dok update cerita masing2 then tiba2 dia mentioned tentang anak, dia dah kahwin for more than 3years tapi belum ada rezeki untuk menimang cahayamata. He even asked me "kalau ada tips macammana nak dapat anak, share laa"... Wahhh terkejut makcik, I was just laughing "hahaha", bukan niat nak ketawakan dia tapi terasa lawak pulak bila orang tanya soalan gitu, I'm not the one who supposed to answer that kind of question since me myself pun got pregnant after 2years of getting married, tak layak laa nak cakap bab tu kan, apalagi nak bagi tips, ohohoho. Untuk cover rasa 'bersalah' sebab tergelak tadi, I pun 'cakap' "merepek laa", he replied "eh tak merepek, serius ni, orang memang dah lama teringin nak anak". Actually I really wanted to share lots of info regarding this with anyone who seriously asking me about anak but errr sebab dia ialah HE(not she), rasa macam tak selesa lah pulak. So I suggested him why don't they go to consult with gynae, he said they did, oh my, speechless.... The conversation over...

This is not the first time kawan2 tanya soalan macam ni, topik 'anak' ni macam dah jadi satu kemestian setiap kali berbual dengan kawan2 especially yang dah berumahtangga. For those yang baru kahwin tak sampai 2tahun tapi mengadu atau mengeluh belum pregnant, I akan kata "sabar, jangan pressure sangat(stress adalah antara punca sukar hamil), just relax and enjoy your life berdua dengan hubby/wife, yada2". Setakat yang I tahu(dari gynae dan pembacaan), kalau baru 2tahun berumahtangga, even pergi jumpa pakar sekalipun, mereka takkan 'over' sangat nak consult your problems. Just after 2years of trying hard to conceive then only they will try to help you.

Kenapa?
Kerana 2tahun pertama adalah tempoh 'honeymoon' bagi hampir kesemua pasangan, tempoh dimana hubungan batin paling kerap terjalin, so secara lojiknya kalau hubungan itu berlangsung dengan 'betul' makanya the wife akan mudah hamil, insyaAllah. Tapi both husband and wife kena faham laa, kena laa tahu perkara basic dalam hubungan badan, selebihnya cuba dan cuba dengan sabar dan tenang. Jangan jadi macam cerita Cinta Balqis(drama tv3) tu, dah bertahun2 tak 'bersama' tapi dok pulun makan ubat/jamu itu ini dengan harapan nak pregnant, bangang ka hapa??? Ingat anak tu mai gedebuk jatuh dari langit masuk dalam rahim ka? haiyaaa ini macam punya olang pun ada ka????

Sekiranya selepas 2tahun mencuba pun masih belum jugak hamil, pergi laa jumpa gynae. Ni laa masalah orang kita, bila cadangkan depa pi consult doctor, depa melenting balik, depa sangka kita kata depa mandul, hadoiiii. Pi dapatkan nasihat doktor tak bermaksud kita ni ada masalah untuk hamil, tak beerti kita ni mandul. Hakikatnya banyak yang kita tak tahu tentang proses nak dapatkan anak ni yang pastinya pakar2 tu lebih tahu, so bertemu, berbincang dan dapatkan khidmat kaunseling ni memudahkan kita mengenalpasti kesilapan2 yang mungkin selama ni kita tak sedar dan memudahkan untuk kita terus berusaha, tu ja...

Pakar2 ni nanti akan bagitau kita perkara asas tentang proses pembentukan janin(dari hubungan badan kepada proses persenyawaan bla3), kita diajar kira hari subur(melalui kitaran haid), kita diajar cara kenalpasti hari subur(melalui graf suhu badan, body discharge etc.), kita juga dimaklumkan tentang kaedah sexual intercourse yang memaksimakan potensi untuk hamil dan banyaklah lagi.

Tapi kalau semua tu masih menemui jalan buntu, bolehlah proceed kepada ujian2 seterusnya untuk kenalpasti masalah2 yang mungkin kita hadapi, contohnya kalau dari pihak suami mungkin air mani tak berkualiti(kurang sperma dll), kalau dari pihak isteri pulak mungkin disebabkan telur yang tak matang atau kecil dll. Bila dah tahu sebab-musababnya, barulah boleh ambil langkah seterusnya kan, nak makan ubat ka, nak guna kaedah2 lainnya ka...

Seandainya pula ternyata kita diuji dengan infertitility problems, janganlah berputus asa, tu bukan titik penamat yang terus melabelkan kita mandul. Mintalah bersungguh2 dari Allah, bukankah perihal anak ini rezeki dan anugerah pemberian dari-Nya?! Sandarkan harapan kepada Dia, insyaAllah Dia tak akan mengecewakan kita...

Pun begitu, jika memang ditakdirkan kita tak diberi nikmat memiliki anak, bersangka baiklah dengan ketentuan-Nya, pasti ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini...

Monday, February 22, 2010

22.2.22

Pagi tadi masa tengah bersalam dengan myLove before dia nak pergi kerja, myLove sempat cakap yang tarikh hari ni cantik. I was half-blur cause myLove tak pernah mention pasal tarikh2 ni all this while, so I cakap "errr hari ni 22hb 2 2010, ermmm *berfikir*", while dalam otak masih ligat berfikir 'apa yang menariknya kalau takat 22hb 2?! Then myLove kata "bukan 2010 tapi heisei 22", owhhh baru laa ceq paham! Hari ni 平成 22年(nen=tahun) 2月(gatsu=bulan) 22日(nichi=hari)...

Kalau kat Malaysia, even though kita orang islam ni pakai 2 kalender iaitu dalam masihi dan hijrah, but actually in our daily tasks kita more to kalender masihi kan? Mana ada kita tulis tarikh dalam hijrah even masa study subjek agama sekalipun. Kita refer kalender hijrah tu untuk apa2 yang berkaitan dengan upacara/peristiwa islam semata, selain dari tu memang tak pandang dan ambil tahu sangat pun, yer tak?! That's why tak hairanlah kalau ramai umat islam sekarang yang langsung tak prihatin dengan kewujudan bulan2 dan tahun islam, yang sampai tak tau nama kesemua 12bulan pun ada, yang tak boleh sebut nama2 bulan ikut turutan pun ada, lebih teruk lagi yang taktau tahun ni berapa hijrah pun ada wooo, hadoiiii...

Berbeza dengan masyarakat jepun, depa pun ada 2 kalender tapi most of the times depa guna tahun 'era' mereka. Masa zaman jadi student dulu, bila buat nota atau buat assignment atau apa2 saja laa, tarikh akan ditulis dalam tahun heisei. Urusan rasmi mahupun tak rasmi, kebanyakannya ditulis dalam heisei...

Tapi... mungkinlah tak sukar bagi mereka untuk guna tahun 'era' ni since yang berbeza dengan kalender masihi hanyalah tahun, sedangkan tarikh dan bulan masih sama. Tak macam kalender hijrah yang memang 100% berbeza kan?! Ermmm lojik jugak tu, boleh laa nak pakai alasan tu, hehehe...

Sedikit info berkaitan tahun heisei...
Heisei is the current era name in Japan. The Heisei era started on January 8, 1989, the first day after the death of the reigning Emperor, Hirohito. His son, Akihito, succeeded to the throne. In accordance with Japanese customs, Hirohito was posthumously renamed "Emperor Shōwa" on January 31, just as were Mutsuhito (Emperor Meiji) and Yoshihito (Emperor Taishō).

Kiranya sekarang ni dah 22tahun maharaja(betul ka istilah ni? hehe) menaiki takhta, lepas dia mangkat nanti maka bertukar lagilah era.

*** ops, hari ni 22feb adalah tarikh pertunangan kami 6tahun yang lalu...

Sunday, February 21, 2010

H

Setiap kali berurusan rasmi dengan japanese especially via phone call, bila kena eja nama dalam huruf roman(contohnya masa nak book tiket flight), huruf alphabet yang paling susah nak disebut dalam bahasa jepun ialah H, cara sebutannya ialah ecchi(エッチ). Bukannya susah sebab berbelit2 lidah sampai tersembur air liur ka hapa ka, tapi sebab 'makna' disebalik huruf tersebut. Japanese mentafsirkan H sebagai mewakili huruf pertama dari hentai yang beerti "nakal" atau "kotor" atau "lucah".

Ni apa yang I copy-paste dari kamus wiki:-
Ecchi is derived from a Japanese word meaning "lewd", "sexy" or "lascivious" when used as an adjective, or "sexual intercourse" when used as a noun.

Hish hapa laa yang haku merepek ni?!
Eh cop2 !!! I bukan nak cerita pasal H orang jepun tau, NO NO NO, sebenarnya nak cerita pasal nama kami(read: Ishkandar, Fithriah, Rafiqh dan Raziqh), tapi melencong pulak mukaddimahnya, sorry, hehehe...

Mula2 nak story-mory pasal nama yours truly dulu lah, my name memang dieja fitHriah. Dari dulu sampai sekarang, ramai yang sangka I saja2 tokok-tambah H tu sebab nak glamour, hakhakhak. Dak aih, memang tu laa ejaan dalam surat beranak I hokey. Masa kecik2 dulu I pernah tanya abah dan mak, awatnya eja nama fitHriah, bukan fitriah?! Abah kata sebabnya kalau ditulis dalam jawi 't' tu ialah 'ta' tapi 'th' tu 'tho', 2 nama yang hampir sama tapi maknanya berbeza dalam bahasa arab, woooo baru laa faham... Disebabkan adanya H tu jugak memberi kelainan pada nama I, cause setakat 26tahun hidup ni tak pernah lagi I jumpa orang dengan nama yang dieja sama with my name. Kesimpulannya, saya perasan nama saya unik, noktah!

Secondly, myLove's name, secara kebetulan pulak namanya pun dieja with additional H, selalunya dok dengar nama orang Iskandar ja kan, so kinda lain dari yang lain jugaklah. Tapi bila tanya dia awat eja gitu, dia kata "taktau", ces!

Lastly, our super adorable 2Rs' name... Memang I sengaja cari nama yang boleh gedik2 nak tambah H, tak kesahlah kat awal ka, kat tengah ka, kat hujung ka, asalkan boleh buh extra H baru masuk list, hahaha punya nak bagi 'sama' sampai jadi mengong macam tu sekali laa. Apapun, yang pasti dan paling penting, lepas dah tambah H sekalipun, bila tulis dalam arabic ianya masih kekalkan makna yang sama. Takmau laa takat nak nampak glamour ja tapi nanti jadi takdak makna atau mengubah makna asalnya, macam buduh la pulak kan, hakhakhak.

Berbalik pada mukaddimah tadi, hehe tak habis lagi nak cerita bab tu...
Bila dok kena ulang2 sebut ecchi banyak2 kali kat japanese, otak ni mula laa nak melalut fikir bukan2, segan pun ya jugak kadang2 tu, hadoiiii...

黒酢ダイエット

黒酢ダイエット(kurosu daietto) = black vinegar diet

Taktau laa kat negara lain macammana kan tapi kat jepun ni memang ada macam2 jenis diet, ada banana-diet, ada soba(=mee)-diet, ada tomato-diet, huish banyak sangatlah nak senarai semua, memang gila2 punyalah sampaikan kadang2 tu kalau tengah boom satu2 jenis diet tu boleh jadi hot topic sungguh. Zaman jadi student dulu antara topik yang dok melagha menyembang buang masa dengan kawan2 japanese adalah bab diet ni ler, kehkehkeh lawak pulak bila diingat2...

Sebenarnya kurosu-diet ni dah lama wujud dah, tapi baru sekarang I tergedik2 nak cuba. Ni pun myLove yang beriya promote suruh beli, ingatkan dia nak minum sama tapi tengok2 I ja dok balun sorang2, mujur laa sedap, kalau dak, haghuih(harus) dah buat mandi dah laa, hahaha. Oh kurosu ni pun bagus untuk dicampur dalam air dan dibuat rendam kaki/badan, boleh melancarkan peredaran darah datte...

Sekarang ni kat pasaran ada beratus2 jenis produk kurosu, didatangkan dalam pelbagai flavors and colors, kalau nak beli yang pure tu errr mungkin tak sanggup kot nak telan, masam yang hamat, yucks! And of course quite pricy lah jugak, tapi kalau yang dah 'diubah2' tu murah saja dan nampak lebih sedap...

Sedikit info regarding kurosu - Kurosu is made from rice, barley and sometimes brown rice and fermented in a ceramic pot for 3 to 6months, frequently as long as a year. It is rich in citric acid, vitamins and minerals. Besides for diet purpose, it was suggested that kurosu is good for preventing hypertension and recovering from fatigue. Some of the known health benefits of black vinegar include blood thinning, lowered blood pressure, improved blood circulation, lowered cholesterol and improved energy levels. Women drink it as a cosmeceutical product...

Lastweek we bought this kurosu in blueberry&cassis(blackcurrant) flavor, saja nak test. The taste for me not too bad, sedap laa jugak, mungkin sebab I pilih blueberry&cassis yang sedia maklum memang masam2 so masa nak minum tu taklah rasa pelik pun. Ada jugak perisa banana, apple and etc., yang tu taktau laa kan macammana rasanya. Cara nak amalkan diet ni pun agak mudah, cuma perlu minum 30ml saja 1-3kali sehari, bila2 pun takpa.

Hah, jangan pulak ada yang gatai2 nak tanya 'kesannya' hokey, baru minum tak sampai seminggu mana boleh komen. Lagipun bukannya tujuan nak diet sangat pun, saja ja nak cuba, hohoho *cover2*...

Rafiqh minum beberapa titik ja tu, dia teringin sangat setiap kali tengok mama minum, jadi ler tu takat nak rasa, hehehe...

Girls day out

Petang semalam, dikala encik suami sedang sibuk 'berhibur' mengejar bola di padang, I pulak bawa the kids keluar dengan kohaitachi(=juniors) ke FujiGrand. Takdak nak shopping apa pun, cuma nak jalan2, sembang2 dan makan2, aktiviti lazim ketika bosan, hehehe...

Selalunya kalau weekends ni Rafiqh memang 'liat' sangatlah nak tidur pagi, bila ayahnya ada memang susah betul nak pujuk bagi tidur, penat2 pun boleh lagi sakan meloncat sana sini, biasanya dekat2 pukul 3petang baru dia terhegeh2 nak tidur, akibatnya memang selalulah terpaksa cancel segala plan nak bawa 2R keluar. Tapi disebabkan sejak khamis lagi dah plan nak keluar semalam so I pun dok ulang cakap kat Rafiqh suruh dia tidur pagi atau jangan tidur langsung. Mujur dia tidur pagi semalam, so petangnya lepas asar kami pi ambil Nas dan Dena kat area apato depa. Happy betul Rafiqh nak keluar jalan2, suka sangatlah dapat jalan berpimpin tangan dengan 2dayang, langsung takmau kat mama dah, cet!

Sampai kat Fuji, jalan2 kat area kids department dulu, tengok2 barang budak tapi tak jumpa barang yang dicari so tak membeli. Kemudian lepaskan Rafiqh dan Raziqh main kat play area tu kejap, agak2 dah puas main kami round2 ja laa. Turun kat bahagian bawah, pusing2 then pi makan takoyaki(=octopus balls)dan soft-cream sambil sembang, punya ralit berborak sampai tak sedar dah pukul 6.20malam, hahaha, dok dalam shopping complex tu memang tak sedar dah gelap, kami terus balik sebab takut tak sempat solat maghrib, sekarang ni isyak masuk pukul 7.20malam...

Nanti dah panas sikit setiap sabtu bolehlah kerap2 ajak the girls keluar 'berkelah' kat taman2, bawa foods dari rumah, sambil2 makan tu lepaskan 2R bermain, bestnyaaa...
2R kat play-area...

macha(=green tea)+chocolate soft-cream, yummy!

Friday, February 19, 2010

Masak2 hari ini

Pagi tadi masa 2R dok ralit melayan kartun kat chanel NHK, mak depa pun menyukat bahan2 nak buat donat buh dalam breadmaker untuk diuli, sementara mesin tu buat kerja bolehlah mandikan 2R dan kemas rumah, bila dah siap uli-menguli terus canai dan terapkan. Petang nanti baru nak goreng...
Tengahari tadi lepas 2R dah bangun tidur I siapkan lunch, sambil2 tu buat muffins ni, nama muffins ni muffins-hentam-sajalah, hehe, sebabnya tak ikut resepi mana2 pun, main campak ja apa yang Rafiqh kata "ya". Tunjuk pisang dia kata ya, tunjuk kismis dia kata ya, tunjuk choc chips pun ya jugak, tapi bila tunjuk prunes dia buat derk ja, hihi lately dia kurang suka makan prunes. Hasilnya sedapppp! Lepas lunch tadi kami dah rasmi makan sorang seketul, rasanya lemak2 manis gitu!

Kemudian sukat bahan2 nak buat roti canai dan macam biasa bagi mesin yang uli. Duk tunggu roti tu siap I teringat hari tu beli purin(kastard pudding) paste, so apalagi kan, adun purin lah pulak, senang ja buat purin segera ni, cuma perlu tambah susu segar saja. Dapat 3cups ni ja pun, Rafiqh dah makan 1...

Lepas buat purin, terus masak kari ayam. Potong ayam, carrot dan ubi kentang kecik2 untuk makan dengan roti canai esok pagi. Nanti dah sejuk boleh simpan dalam fridge, esok pagi panaskan dan tambah santan/freshmilk dan adjust rasa sebelum dihidang, haa senang kan... Roti canai tu pun dah dibuat bulat2 dan disalut marjerin sebelum direndam dalam minyak. Pagi esok tebar2 dan goreng saja...
Sekian, aktiviti memasak hari ni. Malam ni nak buat nasi goreng cina dan ayam katsu ala kfc saja laa... Selamat berhari minggu!

Sama tak?! part 2

Ini Rafiqh Tsuyoshi...


Ini Raziqh Takeshi...

"moshi moshi, hait, nak cakap dengan sapa???"...

Cerita gigi dan merangkak Takeshi-kun

Sekarang ni susah betul nak ambil gambar 2R ni, yang Rafiqh tu gedik nak jadi cameraman, asal nampak mama pegang camera ja dia mai nyibuk nak tengok skrin belakang tu, yang Raziqh pulak dah ligat ke sana sini, memang mencabar betul time nak fokus depa 2 beradik ni, haihhh...

Ni gambar semalam, hajatnya nak ambil gambar Raziqh yang tengah belajar merangkak, tapi bila dah masuk kom tiba2 terperasan yang dalam antara gambar2 tu dia show off gigi dia, wahahaha... Raziqh sekarang ada 2batang gigi kat bahagian bawah, halus kecik ja tapi kalau dia gigit perghhh sedap! hahaha...
"gigi saya ada 2, ngeeee"...



Beberapa hari kebelakangan ni Raziqh dok rajin belajar angkat punggung dan badannya kemudian bergerak ke depan, dah ada gaya ala2 nak merangkak, tapi kalau tengok usianya yang baru 6bulan lebih ni, eh2 rasa macam awal sangat laa pulak nak merangkak kan... Bila tengok patent dia menyulur, nampak macam taklah cekap mana pun lagi, selalu ja terlentang ke belakang sebab tak reti budget nak landing, mujur laa rumah ni lapik karpet yang bawahnya tatami(lantai jepun yang diperbuat dari jerami tenun) so jatuh gedebak gedebum pun tak sakit. Kalau tengok dia menyulur pun taklah laju sangat unless kalau dia nampak botol air Rafiqh, tak pun dia nampak orang makan, haa time tu memang menonong laju kemain. Pernah beberapa kali dia cepuk makanan Rafiqh sampaikan sekarang ni Rafiqh dah naik cuak kalau tengok adik dia terpa dia yang tengah makan, siap angkat pinggan bawa lari dan duk ubah tempat makan, kalau tak sempat lari dia melalak, hahaha, lawak pulak bila tengok Raziqh buli Rafiqh...

"yiiihaaa, see mama, adik dah nak merangkak dah ni..."

Selalunya sebelum boleh merangkak baby akan pandai duduk dulu kan?! Raziqh dah boleh duduk without support tapi masih unstable lagi laa, terhuyung-hayang macam lalang! Aktiviti duduk sendiri ni pun salah satu penyumbang dia selalu tertomoih tang sana sini, takpa boy kan, mesti mau lasak!!! Gambare Takeshi-kun!

Pot pet pot pet

Minggu ni pun ala2 mandom jugak kan, dah 2hari takdak enrty, hehe, saya perasan sibuk, tu ja alasannya. Almost setiap hari kami keluar, selalunya I akan keluar lepas zuhur so sebelum keluar tu kena settle-kan semua kerja dulu, kena membasuh-menyidai pakaian, mengemas rumah, kena siapkan lunch, prepare bahan2 untuk masak dinner, then barulah boleh outing. Bila balik rumah pulak dok kalut nak buat minum petang lah, nak masak dinner lah, nak mandikan 2R lah, itu ini itu ini, memang tak merasa nak duduk lama2 depan laptop ni, tu pasai tak sempat nak buat entry baru. Kadang2 tu sempat taip beberapa baris ja then 2R mai mengacau, langsung delete, hohoho, macam ni la kan bila ada anak kecik...

Hari ni dah jumaat, takdak plan nak keluar, niatnya nak cover balik aktiviti memasak yang rasa macam dok buat cincai-bocai ja beberapa hari ni. Cadangnya hari ni nak buat muffins untuk Rafiqh, nak buat donat untuk minum petang, nak masak kari ayam dan adun roti canai siap2 untuk breakfast pagi esok... Hari ni jugak kalau boleh nak post beberapa entry tertunggak(macam bil pulak, ada tunggak-menunggak)...

Haaa, ahad minggu lepas buat baby-sosej roll bun. Lama dah tak buat sosej roll bun ni... Ahad baru2 ni buat burger malaysia tapi lupa pulak ambil gambar...
Isnin buat butter bun, bila dah siap bakar bun dipotong 2 dan bahagian dalam tu dicelup telur dan digoreng dengan sedikit butter. Sebelum ngap buh tuna-mayonis dan sos, boleh jugak letak sayur2, ala2 macam mini-burger gitu, yummy!

Selasa buat cucur manis, rabu buat pau inti kastard dan semalam buat cucur ikan bilis letak carrot. Semua tu tak sempat nak ambil gambar...

Oklah sat lagi pulak sambung, bagi 2R ni tidur dulu...

Tuesday, February 16, 2010

Ulasan filem

Public holiday khamis lepas kami tengok movie ni, myLove yang tolong download-kan. Kalau nak harapkan I, jawabnya tak tengoklah, sebab I memang blur tak reti bab2 download ni, selalu tengok kat web rasmi tv3/tv9, takpun kat youTube. MyLove ni pulak jarang amat nak tengok cerita2 melayu, tak kesahlah drama ka filem ka, so kalau drama memang I layan sorang2, tak pernah tengok dengan dia, cuma kalau ada filem2 melayu yang 'meletup' kat Malaysia dan orang kata best baru laa I cakap kat dia suruh cari dan download-kan. Kalau tak, memang dok ngadap cerita mat saleh ja laa tiap2 minggu...

Filem ni dah lama dah ditayangkan, november last year tapi kami baru berpeluang nak tengok. For me, cerita ni ok laa, best, lawak dan ada 'isi'. Mainly berkisar tentang kisah 2 wanita yang mengejar lelaki berharta nak dibuat suami, memang tepat sangatlah dengan realiti kehidupan sekarang, dah ramai sangat perempuan zaman moden ni menilai lelaki dari 'isi poket' dulu sebelum hati budi, rupa paras pun dah tolak tepi dah, muka tak hensem takpa asalkan duit berkepuk, hahaha. Dan rasanya yang paling 'terbantai' tersindir dan terguris dengan dialog2 filem ni pastinya selebriti2 yang kahwin dengan lelaki tua berstatus Dato' dll tu, sinissss... 4 stars for this film, hiks...


Filem ni memang best tahap gaban!
Masa balik bersalin lastyear, I ada pinjam novel2 ni dari my sis-alang tapi sayangnya tak sempat pun nak baca. Lepas beberapa bulan dah balik sini alang bagitau yang movie dah keluar so I pun tengoklah 'ketika cinta bertasbih 1', memang best sangat sampaikan tertunggu2 yang 2 pulak keluar. 2minggu lepas baru berpeluang tengok yang 2 ni. Menitis jugaklah airmata ni, syahdu sungguh! Tabik spring kat penulis novel ni, cerita2 beliau memang superb! Sangatlah pandai menggarap kisah, mesej2 yang cuba disampaikan pun masuk dan menusuk ke dalam hati, betapa soal jodoh tu benar2 di tangan Allah...

Selain dari kekuatan yang ada pada jalan cerita tu sendiri, pemilihan lagu2 untuk diselitkan dalam filem ni pun memang best sangat2, ni laa tarikan yang ada pada lagu2 indonesia kan, sekali dengar pun dah boleh buat orang suka/jatuh cinta. Bagi I laa kan, secara peribadi I berpendapat yang lagu2 dari indon ni kualiti irama dan liriknya jauh sangat berbeza dengan lagu2 kita, mereka terlalu bagus! Ok, untuk filem ni I bagi 10bintang errr boleh?!

Monday, February 15, 2010

Soubetsukai 2010

Jumaat lepas Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi(PAMY) menganjurkan soubetsukai(=farewell party) sempena meraikan kohaitachi(=juniors) yang bakal grad bulan 3 nanti. Ni acara tahunan yang memang dinanti2, dah 2 tahun berturut2 sambutannya sangatlah grand, 2 thumbs up!!! Saiko yo! Tahniah lah buat semua tenaga kerja yang terlibat, moga2 semangat kerjasama sebegini bertahan selamanya, insyaAllah makin meriahlah setiap acara mendatang...

Majlis dijadualkan bermula pukul 6.30malam(kat sini dah malam ler, hehe), tapi kami tiba lewat 15minit almaklumlah myLove balik kerja pun sampai rumah paling awal pukul 5.30 kan, gedebak-gedebuk dengan 2R ni jadi lewatlah sikit, tapi takpa, bukan kami yang terakhir, tu yang penting, hiks.

Selepas semua tetamu2 kehormat tiba, majlis pun bermula dengan iringan masuk para jemputan, kata2 aluan dari MC, ada tayangan video intro, ucapan dari presiden PAMY dan ucapan mereka2 yang bakal grad, ada acara potong-kek-suap-kek, hish banyak sangatlah kalau nak senarai semua aturcara majlis tu. Sambil2 makan ada tayangan video dan persembahan nyanyian...

Tahun ni 12orang yang bakal grad, seorang pelajar master, 10 orang pelajar undergraduate dan seorang pelajar diploma dari kosen(=kolej) berdekatan, perghhh ramai sungguh, selama 7tahun duk sini, ni 1st time seramai ni grad sekaligus...

antara wajah2 yang bakal menamatkan pengajian dan pulang ke tanah air...

Hidangan malam tu ada 3menu utama - soto dengan 2jenis kuah-spicy atau original(ecceh), roti canai dengan kuah kari atau kuah dal dan nasi lemak. Minuman dan desert pulak ada bermacam2 jenis, semuanya sedap2!

Lepas selesai menjamu selera, ada pulak games dan majlis penyampaian cenderamata. 3hero cilik ni punyalah suka jadi AJK nak tolong bahagi2 hadiah, Rafiqh macam biasa laa bila dah jumpa geng memang syok sakan! Takmau dah duk semeja dengan ayah atau mama tapi dia pi menyibuk kat meja sebelah, duduk dengan umi(kak Hanny) dan abang Haziq dan abang Hazim. Dah laa pakai baju kotak2, sama macam anak2 kak Hanny, dah nampak macam adik-beradik pulak, hahaha...

aksi ultraman ka kamen ryder???

berkawad dalam dewan...

si kecik ni takat menyulur atas meja ja laa, tak boleh jalan lagi, so masih terkawal laa, sikit hari lagi habis ler, dengan dia2 pun sama naik dengan onichan...

family in red...

Dah puas bergambar baru kami balik, gomen ne adik2 kami tak sempat nak tolong mengemas, si kecik 2R ni dah menangis merengek2 sebab mengantuk, punya kelam-kabut nak balik tu sampai tak perasan pulak habis pukul berapa... Sampai2 ja rumah 4beranak terus pengsan!

Omedetou
(=tahniah) buat semua yang berjaya menamatkan pengajian mereka, selepas bertahun2 mengharungi perit-getir kehidupan sebagai pelajar di bumi sakura ni, akhirnya dapat jugak pulang ke tanah air dengan seribu kenangan manis dan kejayaan yang membanggakan keluarga. Moga menjadi inspirasi buat adik2 yang lain untuk terus berusaha gigih...

Sunday, February 14, 2010

Kalau tak ada gelatin...

Susah kan nak cari gelatin halal kat bumi 'terasing' ni?!
So guys, for those yang takdak gelatin tapi teringin nak cuba resepi2 yang guna gelatin, kita boleh gantikannya dengan serbuk agar2. Sukatannya adalah 2kali ganda gelatin...
1 sudu kecil gelatin = 2 sudu kecil serbuk agar2
Oh sebenarnya I tak pernah pun cuba, tapi terbaca hal ni kat dalam forum di myResepi, maybe next time nak try guna serbuk agar2 pulak bila stok gelatin habis...

Saturday, February 13, 2010

Mousse

Chocolate-rollcake with orange-mousse...


Coffee-rollcake with banana-mousse...


I made these 2types of mousse for lastnight sobetsukai(=farewell party), errr cantik tak? *hahaha perasan*

Since ramai kohaitachi(=juniors) yang tanya resepinya, meh laa nak bagi...
Sebenarnya I pakai resepi yang sama masa buat orange mousse hari tu, ubah sikit ja lagi then tambah rollcake kat bahagian paling bawah, ala2 macam buat chocolate mousse brownies tapi mousse ni lebih simple, lebih senang nak buat...

Untuk lapisan bawah tu, I susun rollcake membentuk base. Mula2 tu ingat nak letak hotto-keki(=pancake) sebagai base dan layer-kan dengan rollcake tapi sebab malas dah nak buat hotto-keki so takdaklah layer2, next time nak cuba, sure lagi sedap kan...

Untuk mousse, resepinya:

2 sudu besar gelatin
120 ml air panas
200 ml whip cream
50-70 gm gula *agak2 sendiri nak manis atau tak ikut kesesuaian jenis buah yang diguna*
200 gm limau/pisang/strawberi etc.
1 sudu besar jus lemon *nak letak atau tak, ikut citarasa/kesesuaian buah jugak*
beberapa titik pewarna *option*

Cara2:
- larutkan gelatin ke dalam air panas, biarkan 5minit
- masukkan bahan2 lain dalam blander/mixer, adun hingga sebati
- masukkan gelatin tadi, sebatikan
- tuang dalam bekas
- simpan dalam fridge beberapa jam sebelum dihias

Senang kan?!
Untuk orange mousse tu I letak 50gm gula, tak letak lemon jus dan pewarna. Untuk banana mousse tu pulak I letak 50 gm gula, lemon jus dan pewarna kuning. Tu ja... Okeh, selamat mencuba...