Monday, January 17, 2011

Weekends

Weekends kali ni kami tak ke mana2, pagi sabtu tu macam biasa siapkan order makanan, alhamdulillah minggu ni murah sungguh rezeki, ramai yang order. Seharian sabtu tu sejuk tak hingat, petangnya lepas asar keluar bawa 2R jalan2, hantar order kuih-muih dan pi beli barang sikit. Terasa macam nak makan kek so singgah beli kek on the way balik rumah. Dah lamaaaa tak beli kek kat kedai kek, bertahun dah laa, sejak Raziqh lahir mana pernah beli kek kat kedai, haa memang bertahun dah laa kan?! Sekarang ni kalau celebrate apa2 semua kek buat sendiri, kalau beli pun prefer beli kek aiskrim kat Baskin Robin sebab harga pun lebih kurang saja dengan kek biasa tu. Suka laa 2R bila masuk kedai kek tu, Rafiqh yang pilih, beli 4 slices, balik rumah makan dengan ayah 2R, happy laa 2budak kecik ni dapat makan kek kedai, kebetulan seminggu ni mama tak baking kek pun, kira ok laa kan sekali-sekala bagi habuan kat depa...

Hari ahad sangat amat sejuk, malamnya tu salji turun melimpah2 sampai bila bangun paginya salji penuh menutupi bumi. Rasanya seluruh Jepun salji turun dengan lebatnya. Alhamdulillah untuk pertama kalinya winter kali ni Ube berselimutkan salji, ingatkan takdak chance dah nak tengok bumi memutih, hehe. Pagi semalam myLove dok sebut2 nak bawa 2R turun main salji kat kawasan lapang belakang rumah kami ni tapi I malas nak keluar. Settle masak lunch dan buat roti sosej kami layan drama dan movie dulu. Tiba2 air takdak, haha gelabah gila. Dah laa mama tak mandi lagi(kantoi), nak buat hapa pun tak boleh sebab takdak bekalan air langsung. Tunggu punya tunggu, macam2 spekulasi yang ayah 2R ni keluarkan. Bila jiran mai bagitau yang air takdak sebab air dalam paip bawah rumah tu beku, haa sah, betul laa jangkaan myLove. Perghhh dah 5tahun duk sini, 1st time jadi ni. Pulak tu, taktau bila pulak air nak ada, hanya boleh menunggu saja, adehhh. Ish tak boleh jadi ni, nak solat macammana, nak mandi, nak pi toilet bla3. Fikir punya fikir, last2 pi menumpang rumah junior - Naim dan Ain laa jawabnya. Kami jalan kaki 4beranak pi rumah depa, uishhh sejuk toksah cakap laa kan, angin punyalah kuat, nak drive tak berani sebab jalan licin. Lepak2 sat kat rumah depa, lepas tu balik rumah dengan harapan air dah ada. Tapi, air masih takdak, at last pukul 5lebih baru air keluar. Lega! Risau sungguh takut 2R poo poo saja, tak reti aih nak basuh pakai lap2, mesti kena guna air jugak...

Tu ja laa cerita weekends kami, hihi...

Bawah ni gambar2 rawak, saja nak buh gambar2 ni sebab lastweek tak sempat sangat nak update blog. Minggu ni pun taktau laa aktif ka tak blog ni, banyak benda nak kena settle-kan...

Buat lagi apam balik, yang tengah tu apam balik perisa chocolate, Rafiqh yang minta nak makan hotto-keki(=pancake) chocolate...

Set SK-II yang diorder, I akan pos semua parcel begini - set SK-II letak dalam porch case dan sebungkus coklat sebagai cenderahati...

Ini rupa barang selepas dibungkus, macam hadiah kan?! Harap all buyers berpuas hati dengan perkhidmatan I ni...

Ni muffins keledek, buat untuk sekumpulan students yang order nasi sabtu lepas. Tak semua yang order hari tu dapat sebab ramai yang order last minute, I buat muffins ni cukup2 je, insyaAllah this week akan bagi desserts buat yang order lagi...

7 comments:

Unaizah said...

Kacau betul if air tak dak. Takde letrik okay lagi tp if takde air, jenuh. Susahkan! Baca part yg Fith satu famili berjalan gi rumah junior tu, boleh terasa-rasa kesejukan yg melanda.

Siti Mariam Hussain Zaki said...

kami pun makan apam balik jugak weekend lepas,tp made in kedai..hehehe..
wahhh,dapat special gift tuh,kalau nk coklat dr jepun baik order sk11 kan..hehehe..

Fith said...

Kak unaizah,
musim2 sejuk ni elektrik pun penting,kalau dak,beku laa,hehe.tp klau kat msia mmg betul,elektrik takdak takpa lg,jgn air,uishhh merana hidup ni kan...

Kaklong,
haha nak coklat punya pasai kena order sk2 ek,melampau2.

LR Webmaster said...

apam balik tu buat ibu terliuk je haha,, sedap2, meh bak mai kasi resepi nak gak cuba ni...

Fith said...

Luahan resepi,
hehe boleh2,resepinya boleh refer kat sini yer.selamat mencuba!
http://ourlovestory-7777.blogspot.com/2011/01/menu-minum-petang.html

ShashaCatering said...

Salam Fith.
Nampak sedap la muffin keledek tu. Mana nak dapat resepi dia? Saya minat keledek ni... Tq Fith ;-)

Fith said...

Wsalam shashaCatering,
nanti fith letakkan resepinya ya.boleh tahan sedap jugak muffin keledek ni,anak2 fith suka...