Sebelum Rafiqh lahir kami memang tak pernah bincang bila nak balik for good(memang lah, hang mengaji pun tak habis lagi, gedik hapa dah pikiaq nak balik). Selepas Rafiqh lahir ada laa beberapa kali bincang2 dan kami plan nak balik Malaysia for good around tahun 2012. Garis panduannya mudah saja, sebolehnya nak balik before Rafiqh masuk standard 1. Dia lahir tahun 2007, means before 2013 dah kena balik laa sebab 2014 dah masuk darjah 1 insyaAllah. Tapi lepas Raziqh lahir kami bincang2 balik, tetiba dari 2012 tu jadi 2013 pulak dah, haha, masing2 berat hati nak tinggalkan Nihong agaknya. I sendiri tak ada rasa nak bantah, walaupun hakikatnya I ada my own plan for myself(dari segi karier) tapi entah, rasa ok je kalau stay sini lagi, in fact rasa sangat happy dengan keputusan tu, I sokong aje 120%, hihi...
Dipendekkan cerita, bulan 3 ni visa Rafiqh dan mamanya dah nak tamat, while myLove pulak bulan 4 nanti tapi si kecik Raziqh ni tahun depan(sedikit pelik di situ, macammana tempoh visa dia boleh lebih dari ayahnya, musykil2). Makanya as usual kena laa renew kan sebab still nak duduk sini. Selasa lepas kami dah pun ke Shimonoseki untuk memohon melanjutkan tempoh visa lagi. Pi naik bas dan train, humak aih, penat tak payah habaq laa kan. Keluar pagi2 sebelum pukul 9, balik rumah pukul 7lebih, dekat 12jam merayau, fehnat!
Kalau dulu 2minggu sekali orang imigresen dari Pejabat Imigresen Shimonoseki akan datang ke kaunter Ube untuk kerja2 berkaitan imigresen, so mudah laa. Tapi sekarang pakai sistem baru pulak, sebulan sekali saja depa buka kat Ube ni, adehhh. Kalau tak rushing boleh laa tunggu masa depa mai baru pi buat tapi kalau time2 kecemasan macam kami sekarang ni memang tak boleh tunggu2 dah laa, so no choice, menapak dan naik-turun bas dan train laa jawabnya. Konon nak thrill laa sangat, nak bagi 2R merasa naik bas dan train, haha, hambik!
Kali ni buat visa macam biasalah, leceh! Leceh kali ni dari segi prosedur sebab dah bertukar dari 3tahun lepas, aiseh banyak pulak benda yang depa nak, tapi alhamdulillah jugaklah sebab kami berurusan dengan pegawai yang baik, kalau kena pegawai yang haprak, lagi makan hati. Haa kat Jepun ni servis depa memang tiptop tapi TAPI servis orang imigresen agak menyakitkan hati, mungkin sebab depa selalu sangat berurusan dengan foreigners yang hampeh2 so depa layan cincai2 ja, hmmm entahlah! So setiap kali nak berurusan dengan imigresen I selalu doa sungguh2 moga dapat pegawai yang baik hati, hihi.
Malam sebelum pi tu myLove dah siap2 print borang2nya dan I isi semuanya, dah bawa segala mak-neka dokumen yang depa nak tapi still tak lengkap, padahal myLove dah call tanya dah a day before tu untuk confirm-kan dokumen yang diperlukan. Tak settle lagilah jawabnya, rabu tu pulun lengkapkan dokumen dan khamis pos je kat ofis depa. Harap sangat visa ni settle awal, selepas visa ni settle barulah 'perjalanan baru' hidup kami akan bermula, ecceh!
Visa kali ni bermungkinan akan dapat lagi 3tahun, means akan tamat pada tahun 2014. Kalau dulu kami plan nak balik 2013 kan, kali ni lanjut jadi 2014 pulak, haha. Tapi masa dok isi borang2 tu myLove kata "maybe ni permohonan lanjutan masa visa kita yang terakhir", ok2 see the word MAYBE tu, haha maknanya tak tentu lagi la kan nak balik 2014?!
Monday, January 24, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Di mana rezeki kita, di situ la kita will be. Takpe if dok Jepun lelama pun, dah rezeki di sana. Ramai lagi malaysian yg dok merata ceruk dunia & yg ada anak bersekolah. Don't worry. Mana-mana belajar pun sama, semua terletak pd individu.
Kak unaizah,
tak kesah pun sekolah mana2 tapi belanja sekolah tu yang tak tahan,mahai sangat!lgpun pendidikan agama tak ada kat sini,kurang seronok part tu.klau duk area tokyo boleh hntr ke islamic international school...
Post a Comment