Monday, January 24, 2011

2R naik bas dan keretapi

Keluar rumah sebelum pukul 9, naik bas dari bus station depan Saruta hingga ke Ube Shinkawa train station. Menunggu train ni yang lama nak mampuih, almaklumlah keretapi kampung, sejam sekali ja ada lalu. Salah kami jugak sebab main redah ja, tak check jadual perjalanan dulu, haa ni namanya jalan2 tanpa perancangan, huhu. Sebelum naik train tu sempat laa kami merayau sekitar 'bandar' Ube berjalan kaki, sejuknya laa wei. Mujur jugak bawa stroller, ganti2 antara Rafiqh dan Raziqh. Pukul 11.30 naik train sampai ke Ube station dan tukar train untuk ke Shimonoseki, perjalanan terasa sekejap ja. Tengok permandangan gunung-ganang, sawah padi dan hutan2 sambil sembang2 pasal 'future', indah sungguh!

Dah sampai Shimonoseki station, jalan kaki berbelas2 minit untuk ke Pejabat Imigresen. Lintas jalan sana, lintas jalan sini untuk memahamkan map yang waduhhh sikit amat petunjuknya, jenuh pusing2 map tu. Mujur myLove pandai baca map, kalau harap kat I, lama dah kami sesat barat, hahaha. Lepas dah bersimpang-siur berjalan sampailah ke tempat yang dituju, dah pukul 1 dah time tu. Dah siap2 isi borang bagai, pukul 2 lebih keluar mencari tempat nak solat. Masuk shopping mall la paling selamat, sebab dalam tu panas dan selesa. Cari port baikkkk punya, dekat tangga bahagian tempat locker barang2, agak tersembunyi. Lepas solat pi cari makanan pulak, perut dah lapar tak hingat. Makan tenpura udon, dah kenyang makan2 tu pi solat asar pulak sebelum balik.

Perjalanan balik kami decided untuk naik bas, direct dari Shimonoseki sampai Ube. Budak2 ni dah penat so malas nak tukar2 pengangkutan dah. Pukul 4.30 naik bas, susukan Raziqh dan dia tidur sepanjang perjalanan, plus minus 2jam. Rafiqh pun sama, terlentok kepenatan. Sampai rumah mandikan 2R dan mama masak dinner, settle kerja2 habis semua tumbang. Lepas ni bila visa dah siap nak kena pi ambil pulak, kali ni tukar plan lainlah, fehnat2...




4 comments:

Heartilyina said...

comelnya tgk anak2 berbungkus2 hihi. btw wah extend lg la dok nihon ye :D

Fith said...

ina,
tuh laa,mcm lama je lg kami kat sini,hehe.
haa comel gak laa tgk anak berbungkus2,almaklumlah anak2 fith kerepeh kurus2 aje,bila pakai baju byk2 nmpk laa montel sikit,haha

mysara said...

comellnyer raziqh! rafiqh lak makin handsome ;)

fith,duk lama2 sket kat nihon..tunggu kami sampai sana..bleh wat gathering ;)

Fith said...

my,
haha boleh2,dgr2 korg pun nak dtg nihong blk,ii ne!meh kita ramaikan nihong kembali,hehe...