Wednesday, January 5, 2011

Rafiqh dan Raziqh

Dah lama tak cerita pasal 2 budak ni kan, dah besar dah, si abang dah genap 3tahun 1bulan hari ni, si adik pulak dah 1tahun 5bulan pada 30hb disember yang lalu...

Raziqh dah big boy dah, Rafiqh dulu umur ni tengah tunggu si adik lahir tapi Raziqh belum ada rezeki nak jadi abang lagi, hehe. Raziqh ni walaupun umur dah setahun 5bulan tapi masih macam baby2 lagi, muka dan saiz badan pun macam baby, perangai tu apatah lagi, sangatlah manja meleweh2, kadang2 mama suka, kadang2 mama geram, grrr. Tapi dalam dok kata baby2 tu pun nakalnya ya Rabbi, volume mak depa dah naik 2kali ganda dah la ni. Punyalah panjang akai, setaraf dah dengan onichan, kadang2 lagi terer meligat dari si abang. Tapi tu lah, nakal2 pun tak sampai hati la pulak nak marah dan cubit, semuanya gara2 dok rasa macam dia tu kecik lagi, tu yang dia naik tocang tu kot ek, hmmm, tak boleh jadi ni...

Raziqh pun dah makin pandai bercakap, banyak dak words yang dia boleh sebut, mama suke! Tekun mama ajar dia menyebut setiap hari, suka dengar dia ulang sebut. So far, dia dah boleh sebut "itai(=sakit), abunai(=bahaya), samui(=sejuk), atsui(=panas), oishi(=sedap)", yang simple2 macam mama, kakak, ayah, ball, bird, wan2(=anjing) tu dah lama pandai sebut...

Raziqh semakin obses dengan bola, celik2 mata ja cari ball. Kalau jumpa buku mesti selak2 cari gambar ball, kecik tara mana pun dia boleh nampak. Kalau tengok tv ada gambar ball, menjerit2 suka. Pendek kata dia memang tak boleh nampak benda bulat atau bujur langsung, semuanya disangka ball, telur ka belon ka bawang pun ball jugak. Ayahnya kata dia ni kalau nampak bola terus naik syeikh, teruja habis. Ya la kan, anak sapa lah tu, dah ayahnya pun gila bola, anaknya pun sama naik laa...

Bab makan malas nak cerita, selera bertambah2 tapi badan tak naik2 pun, tak padan dengan jumlah makanan yang dok telan tu. Dia pantang tengok orang pegang foods, siap ligan tak menyempat2 suruh suap dia makan setiap kali tengok mama tadah pinggan. Kalau nak bagi dia makan tak payah panggil2 pun, dia mai sendiri. Macam budak2 lain jugak kadang2 tu nak main dan nak makan tu sama banyak, so dia mai nganga lepas tu dia pi sambung main, tapi yang bestnya I tak perlu ikut bontot dia untuk bagi makan, dia sendiri akan mai sendiri, so boleh laa mama suap dia makan sambil2 buat kerja lain seperti memasak...

InsyaAllah esok Raziqh akan mula ke hoikuen(=nursery). Sama macam Rafiqh jugak, hantar sekali je seminggu. Ada sebab kenapa kami nak hantar dia ke hoikuen, nanti2 cerita dalam entry lain. Tak sabar nak tengok reaksi dia, beg semua dah ready, agak2 dia nangis tak mama tinggalkan dia esok? hihi. Sejak minggu lepas tiap2 hari ulang pesan kat Raziqh yang mama akan hantar pi 'sekolah', main puas2, behave dan takmau nangis. Dengan Rafiqh pun pesan jugak, suruh dia jaga Raziqh dan main baik2...

Cerita pasal Rafiqh pulak, macam biasalah kadang2 baik kadang2 nakal. Kalau dulu dia sorang je kuat buat bising tapi sekarang dah ada geng, kuat sungguh bergurau melawak dan berkuntau, perghhh semput mak depa. Cakap makin petah, kadang2 tu geram nak tutup mulut dia, haha, penat mama dengar onichan potpet2. Menyakat adik pun makin menjadi2, suka usik bagi Raziqh nangis, kadang2 tu rasa lawak laa jugak, tapi selalunya rasa nak marah laa...

Gambar baru depa ada dalam laptop lagi satu, nantilah upload...

5 comments:

norlin said...

wah raziqh pun nak ikut abng gi sekolah jugak...bagus bagus!..mesti seronok dia... :)

Unaizah said...

Kids...they make our world. Akak tak boleh bayangkan hidup without my three kids. Sure there are geram and angry moments but their existence make my life worth living.

Fith said...

Norlin,
seronok laa kot,hehe.dia yg over excited kalau hantar rafiqh,siap takmau balik,tu yg try hantar tu,nak tgk camne la gamaknya reaksi dia bila tgk mama takde,hihi...

kak Unaizah,
absolutely right!
selalu jugak time marah2 tu muhasabah diri ni,kalau laa Allah ambil blk anak2 ni boleh ker hidup,mmg tak boleh nak bayangkan hidup without diorg.marah2 tu adat laa kan,takde kot ibu yang tak pernah marah anak,hehe.

Ina said...

bestnya raziqh dh g skool ye. makin pandai la dia nnt. wah raziqh dh pandai sebut mcm2 ye. ihsan ni byk ckp tp ntah ler 1 2 words je dia sebut betul. tu pn xleh disuruh. ikut suka dia bila nk sebut. yg lain sumer bahasa dia sendiri je phm. kt sini slalu plak dok jmpa baby sebaya dia. org dok compare2. mama plak sampai naik risau. nk kata xajar hari2 dh ajar.

Fith said...

ina,
rafiqh dulu pun mcm ihsan,tak suka diajar,diorg jenis bljr diam2 kot,rafiqh lambat gak berckp tp once dah boleh cakap takde pelat2,sebutir2 keluar,hehe.so no worry lah,ihsan saja je taknak tunjuk skill,tunggu sikit hari lg,naik lenguh telinga dengar dia bebel,haha...