Thursday, January 6, 2011

Raziqh's 1st day at 'school'...

Hari ni 1st time hantar Raziqh ke hoikuen(=nursery). All this while, since he was born, I memang tak pernah tinggalkan dia pada orang lain more than an hour even dengan ayahnya pun paling lama sejam lebih gitu je. I rasa all mommies have this kind of feeling, "hard to trust anyone else to take care of their kids even that person is her own husband", errr ker haku sorang je gitu? hahaha. Masa dengan Rafiqh dulu memang I akui I sangsi nak bagi myLove jaga anak, yer laa, everything about Rafiqh from A to Z mamanya yang buat, kalau dengan suami pun I tak bagi, apatah lagi orang lain kan?! Tapi sekarang bila dah ada Raziqh ni lain dah rasa, macam dah makin boleh membina kepercayaan pada orang lain, myLove pun dah pandai handle anak2 so dah tak risau sangat bila tinggalkan the kids dengan dia. Tambahan pulak Raziqh sangat mesra alam, semua orang pun dia nak, makanya kerap jugaklah budak2 ni di-babysit oleh my juniors...

Back to the story, dah berminggu2 dok ulang bagitau Raziqh yang dia akan join Rafiqh ke hoikuen, cuma seminggu kebelakangan ni je mama detail-kan gambaran hoikuen tu ie nanti mama hantar mama balik, Raziqh duk sana baik2, main banyak2, makan banyak2 bla3. Selama ni takdak pulak apa2 perasaan 'aneh' bila cakap pasal hoikuen dengan dia tapi pagi tadi masa nak hantar dia masuk kelas tu tiba2 rasa sebak, hek, poyo! As usual, both 2R dah excited bila nampak mama keluarkan beg depa, settle brekafast dan pakai baju kami terus ke hoikuen. Macam biasa Rafiqh tanggalkan kasut dan letak kat rak, bila mama hulur kasut Raziqh dia tolong simpankan kat sebelah kasut dia. Masuk dalam kelas Rafiqh terus terkam sensei(=cikgu) dia, Raziqh pulak terkam toys, tu laa kerja dia setiap kali pi sana. Bila dah siap masukkan baju2 dan kelengkapan depa dalam bakul masing2, I ambil Raziqh dan buka baju sejuknya, salam and kiss both of them, Rafiqh bye2 mama dan Raziqh pun join sama, bila nampak mama nak keluar dia ikut sampai ke pintu, mama tutup pintu(pintu kaca) dan nampak dia dok bye2 mama lagi. Laa tak nangis pun, mama tunggu kejap intai2 nak tengok reaksi dia tapi dia terus blah masuk dalam sambung main, hahaha, hagham tak heran pun kat mama. Oh ok, fine! Mama balik pungpang2 buat kerja dan pi baito(=parttime), singgah supermarket beli barang sikit dan terus pi ambil depa, berdebar2 dan teruja nak dengar cerita pasal Raziqh. Sensei kata dia tak nangis pun, dia happy sungguh main tapi once in a while dia jengah luar dari pintu kaca tu, maybe teringatkan mama, dah jengah2 tu tengok mama takdak dia sambung main lagi, ulang2 macam tu je, cute! Bila mama sampai je kat kelas tu tadi, nampak sensei tengah dukung dodoikan budak, ingatkan Raziqh tapi budak lain. Bila nampak mama mula2 tu dia sambung main lagi tapi slowly bangun dan datang peluk mama, rindu eh? Mama pun rindu kat Raziqh. Sensei bagitau waktu makan dia laa paling happy, kemain lagi gelak, ok part tu mama tau dah, dan sensei kata dia makan banyak dari Rafiqh, ok yang ni pun mama sedia maklum, hahaha. Alhamdulillah nampak macam dia suka, so nanti boleh hantar lagi...

Ada banyak sebab kenapa kami decided bagi dia pi hoikuen, walaupun cuma sekali dalam 2minggu tapi I percaya kesannya tetap ada. Kalaulah yuran hoikuen/youchien ni murah memang dah lama dah hantar Rafiqh full day setiap hari, kesian tengok dia yang tiap2 hari minta nak pi sekolah. Raziqh pun kalau dia memang enjoy ke sekolah memang nakkkk hantar setiap hari, sabar ye anak2, doa laa ayah hangpa murah rezeki, hehe...

Sebab pertama hantar dia ialah sebab nampak dia sendiri yang minat. Setiap kali hantar dan ambil Rafiqh, Raziqh pun teruja, selalunya I kena spend masa untuk bagi dia main kat situ almost half an hour masa nak ambil Rafiqh. Tu pun dia meronta2 takmau balik, seronok sangat dapat main. Dia bukan saja main dengan segala tok-nek toys yang ada kat situ malah dia berkomunikasi dengan budak2 lain dan senseitachi kat situ jugak, hinggakan ramai sensei even dari kelas lain yang dah kenal dia. Dah banyak kali jugaklah sensei Rafiqh tanya bila pulak nak hantar Raziqh, depa kata nampak Raziqh ni easy going, macam mudah nak handle...

Sebab kedua ialah mama nak pi baito senang sikit. Selama ni hantar Rafiqh setiap selasa tapi sekarang tukar ke khamis sebab mama kerja hari khamis. Selama ni jugak mama bawa 2R ikut pi kerja tapi sekarang dah musim sejuk, salji dan hujan selalu turun, kerja mama pulak out-door so takmau bagi risiko anak2 sakit...

Buat masa ni test dulu 2minggu sekali, minggu Raziqh tak pi tu Rafiqh akan duduk seharian hingga petang, minggu Raziqh pi depa duk halfday je. Tunggu Raziqh dah totally adapt dengan suasana tu nanti boleh hantar both full day everyweek. Seronok tengok Raziqh happy, Rafiqh pun nampak happy adik join sama, insyaAllah nanti pergi lagi yer...

3 comments:

Anonymous said...

salam,
bagus jugak sensei ckp mcm tu..
tapi semalam ank sedara saya..cikgu dia ckp macam ni

"kalau ade luka or lebam tu biasa la yee..."

patut tak? terus tak hantar dah kat taska tu :(

ojasamid said...

wah, best nye raziqh dah join oniichan.
tu lah fith, kami dh lamaaaa nk bagi affan pi merasa masuk sekolah. teringin betul dia. tp kt sini hoikuen/youchien sikit. jauh2 pulak tu. dahlah maknya xkeje, mmg xlayak lah nk masukkan ke hoikuen. n yg plg zannen, sbb budak ramai sangat susah nak masuk, sokmo penuh :(

last2 kami pujuk affan, sekolah kt msia saja lah ye. kesian dia..dahlah tadika kt nihon ni best kan, teratur serba serbi. huhu.
(mak dia pon pakat sedey. )

Fith said...

Anonymous,
wsalam,
subhanallah,melampau sungguh cikgu cakap camtu.mcm tak bertanggungjawab kan.kalau fith pun tak hantar dah,buat menyakitkan hati je...

kak Oja,
alahai kesian affan.takpe la insyaAllah kat msia pun best jugak.dia pun dah tak sabar2 nak berkawan kan.
akak dok bandar mmg selalu dgr susah nak dpt tempat,penuh sokmo2 kan.sini kampung mmg agak mudah nak masuk tp pitih pulak tak mengizinkan,hehe