Thursday, January 13, 2011

Macam2 cerita

Tak nyempat2 dah nak update blog ni, 2-3hari kebelakangan ni banyak habiskan masa menggodek blog lagi satu, disamping dok pulun buat kuih-muih frozen. Almaklumlah dah 2minggu cuti buat kuih frozen untuk jualan so minggu ni tiap2 hari buat kuih, sambil2 buat untuk nak jual tu boleh jugak buat untuk anak suami nak makan kan?! Ni pun baru ja habis buat karipap dan dadih, rest sat sebelum keluar pi baito(=parttime) pulak petang nanti...

Hari ni hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery), 1st time hantar dia full-day ie 8hours, nanti before pukul 5 nak pi jemput dia, macammana laa agaknya dia ye, agak2 dia terpinga2 tak bila mama tak datang macam selalu2, hehe. Seronok sangat laa nak pi sekolah, tiap2 hari tanya, tiap2 hari heret beg sekolah tu ke hulu ke hilir. Dulu2 kan dia sekolah setiap selasa, so dia alert dah, lepas sehari ayah pi kerja dia akan pi sekolah tapi sekarang dah tukar hari khamis, dia macam tertunggu2 awat laa lambat sangat dia nak pi sekolah, haha kesian sungguh. Si Raziqh ni pulak pagi2 tadi bila nampak Rafiqh ready-kan beg sekolah, dia dah happy semacam dah. Nampak mood dia lain dari kebiasaannya, dia seronok sangat bergelak-ketawa sorang2 dalam kereta, mungkin dia sangka dia pun nak pi sekolah kot. Sampai kat kelas terus terkam main dengan budak2 lain, bila mama siap kemas barang onichan mama pun panggil la ajak balik, boleh pulak dia lambai dan cakap bye2 kat mama, haha semua sensei(=cikgu) dah gelak dah, aparaaa! Bila mama angkat dia kendong bawa keluar, meronta2 dia nak turun, muka dah masam dah, pujuk2 cakap nextweek turn adik pulak yer. Hadoiii kesiannya lahai, masing2 suka sangat pi sekolah, seronok kot boleh lari main kat padang, ramai kawan, makan ramai2, sensei baik2(tak macam mama yang garang), pendek kata kat sekolah tu sangat bebas dan banyak benda yang menarik depa boleh buat. Kalau Raziqh dah boleh 'berdikari' tidur without mama, nak je hantar dia fullday sama2 dengan Rafiqh, hmmm tengoklah nanti macammana, mungkin boleh test sekali kot. Tak sampai hati pulak tengok dia bersungguh2 nak join Rafiqh. Kalau bagi Rafiqh pi halfday pun kesian jugak, dia nak stay lama2 kat situ, ish serba salah sungguh. Doa laa ayah dapat rezeki lebih yer anak2, insyaAllah ayah mama hantar onichan full day setiap hari dan adik boleh pergi 2-3kali seminggu...

Bila Rafiqh pi sekolah full-day ni, terasa laa jugak ada masa lebih. Boleh concentrate layan main2 dengan Raziqh dan bila Raziqh tidur boleh laa buat kerja2 lain dengan aman permai. Kalau pun ada sesetengah mak tu tak sanggup berpisah dengan anak2 even untuk anak pi kelas/sekolah, I tak pulak ada perasaan macam tu, in fact I'm more than happy to let them explore the world without my observation. But of course, in my case my kids yang willingly tergedik2 nak pi sekolah kan, bukan kena paksa or whatnot, so memang laa naluri keibuan I tak tercuit, cuba kalau depa meronta2 takmau pi, sah2 dah mak depa ni emo tak padan, keh3...

Oklah, dah meraban lebih2 dah. Nak kena sambung kerja balik...

4 comments:

Unknown said...

bagusla diorang nakgi..macam fahmi gaklah, dia antara yg paling muda kat skolah, first day orang lain ada nangis, tanak turun kereta, tp fahmi lepas slm siap suruh mama pergi lagi..huhu~~tp tadeklah gundah sgt hati tinggal dia macam ok macam tu..

Fith said...

tini,
aah,maybe sbb diorg ok so kita pun rasa seronok kan.klau meraung2 taknak tu kita pun tak senang hati dok fikir psl diorg.
bestnya fahmi dah gi sekolah stp hari,fith pun hrp sgt diorg ni ada peluang yg sama...

Unaizah said...

Baguslah both Rafiqh and Raziqh eager nak pi sekolah. Nanti senang bila time nak start sekolah betul. Mama pun senang.

Fith said...

Kak unaizah,
haa jgn nanti time sekolah betul2 depa liat sudah laa,mmg nak kena pulas telinga laa kan,hehe