Friday, January 28, 2011

Geram!

Hari tu cerita mama geram kat onichan, hari ni nak cerita pasal geram kat si kecik ni pulak. Kebelakangan ni subhanallah dia makin mengada2, sangatlah kuat merap, nak buat apa pun tak senang, bergayut2 kat kaki ni, geram sungguh!

Semalam macam biasa hantar Rafiqh ke hoikuen(=nursery), minggu ni hantar fullday so dia pi sorang saja, Raziqh tak pi. Kalau dua2 pi sekolah memang senang, mama balik rumah boleh terus buat kerja, hari khamis biasanya extra busy sikit. Tapi bila Raziqh sorang saja kat rumah, dia bukan mau main sangat pun, dok asyik mengacau mama ja laa. Dari siang sampai ke malam tak habis2 merengek, nak kata tak sehat, sehat elok ja tengok. Taktau laa apa yang tak kena, masuk fasa buat perangai kot. Kalau masa baby2 dulu suka la jugak nak melayan, tapi la ni meluat, haha, geram rasa nak picit2, bingit telinga dengar dia melalak, hish sabaq ja laa budak ni...

Lepas hantar Rafiqh semalam kami pi beli barang, banyak barang nak kena beli minggu ni, barang orang pesan, omiyage(=souvenir), barang dapur, barang jualan dan barang nak buat jamuan ahad nanti. Hari ni pun kena pi beli barang lagi, bukannya boleh angkat sekali harung, kena ulang angkut, almaklumlah rumah tinggi sangat, nak bawa 2budak ni lagi kan...

Esok still menjual lagi, menu minggu ni nasi daging, lauknya cuma air asam dan ayam goreng berempah. MyLove tanya nak menjual sampai bila ni, tengok wife dia pulun sungguh cari duit lebih, laa sampai dah tau bila nak balik Malaysia laa, hehe, selagi belum fix tarikh selagi tu lah nak menjual, dapat income sikit2 pun syukur sangat dah, banyak benda nak beli ni, hihi...

I dah officially berhenti parttime dengan company Sunday newspaper tu. Dekat setahun jugak laa kerja dengan company tu, mula kerja februari lastyear, berhenti januari. Otsukaresamadeshita! Depa tanya awat nak berhenti, I kata lama nak tinggalkan nihong, so better berhenti terus, kalau balik nanti rasa nak sambung kerja balik, depa minta mai semula, aah ye la tu, rasa macam tak dah kot. So semalam adalah my last day, nextweek dah boleh concentrate mengemas rumah dan settle kerja2 tertunggak. Rasa macam nak ja hantar 2budak ni pi sekolah 2 hari nextweek, hmmm tengoklah nanti macammana...

Ahad ni insyaAllah nak buat makan2 sikit untuk students yang bakal grad this year. Tak ramai pun, 12orang saja. MyLove ajak jugak beberapa orang kawan ofis dia. Menu makan tengahari so buat nasi dan beberapa jenis desserts, kalau sempat esok petang nak godek kuih jugak. Buat awal sikit jamuan tahun ni sebab depa pun dah busy dengan thesis dan final presentation, kalau tak buat sekarang nanti masing2 dah sibuk tak berpeluang dah, kami pun tak tentu berapa lama lagi nak ada kat sini. Kiranya ahad ni last kot jumpa students yang dah nak balik, huhu...

4 comments:

naz said...

Nak balik mesia ke fith? Bila n berapa lama? Bleh la jumpa nnt. Lama giler x jumpa kan.. Otanoshimini!

ojasamid said...

fith, mcm serupa je dgn ayyasy nih bila abangnya xde ikut si ayah. awal2 tu menten lg lah kemain suka dpt main dgn aman, tp bila dh separuh hr mula lah meleser2 dan mengada2. mmg sah lah dia dh boring xde member, maklumlah anak kedua ke atas ni sejak kecik dh ada `kawan` kan. hehe.sbb akak tgk abangnya xde pulak mcm tu..agak2 ada kaitan x ek dgn kemengengadaan2 diorg ni ? :p

Fith said...

naz,
insyaAllah bln dpn blk.
nanti dah set tarikh,kita arrange date utk reunion ek.mau jumpa semua imffen sbb by that time elah pun dah blk msia.hontouni otanoshimi dayo!mau tgk haris dan rayyan dan rifqi jugak!

Fith said...

kak oja,
setuju amat!
raziqh dulu2 masa rafiqh sorg je pi hoikuen bila bgn tido mesti cari rafiqh.skrg ni klau rafiqh takde dia mmg takmau main sorg2.merap tak hbs2!pdhal klau rafiqh ada bukan main elok sgt pun berdua,gaduh manjang,hehe.tp betul kot ek kak,diorg rasa sunyi bila tukang sakat tu takde.kita pulak yg penat kan nak melayan...