Hari ni rasa macam takdak buat apa sangat pun tapi terkocoh2 jugak menyiapkan kerja. Mungkin sebab kalau bukan musim sejuk house chores semuanya bermula pukul 7pagi sebaik myLove pi kerja tapi sekarang ni pukul 9 baru 'jalan', hehe. Sebelum2 ni lepas myLove pi ja kerja anak2 akan terus mandi, sarapan dan layan rancangan kanak2 sampai pukul 9. I pulak akan settle-kan basuh-sidai kain baju, mandi dan kemas dapur. Lepas tu boleh laa nak buat kuih ka, hadap laptop ka hapa ka. Tapi la ni lepas myLove pi kerja selalunya I terperap dalam bilik melayan anak2 dan sarapan sampai la pukul 9, baru terhegeh2 mandikan depa dan 'lepas' depa berkeliaran dalam rumah sementara mak depa baru tergedik2 nak settle-kan kerja rumah, time tu nak buat serba-serbi, sedar2 ja dah tengahari. Petang time Raziqh tidur baru sibuk nak buat kuih lah hapa lah memang laa rasa kelam-kelibut semacam kan, serupa lipas kudung pun ya jugak. Cuba dah start bekerja awal macam dulu2 tapi tak boleh laa, sejuk sangat, tak tahan nak duk dapur awal pagi. Ok2, cerita pasal hari ni, pagi tadi buat inti popia, petang lepas Raziqh tidur balut popia goreng banyak2 untuk frozen dan minum petang hari ni. Sempat jugak menebar roti canai untuk breakfast pagi esok, siap buat kari daging cincang dah pun. Malaih aih nak bangun awai2 bersejuk2 kat dapur menggodek roti canai dan kuah kari, baik buat siap2, esok just goreng bagi masak, kuah tu perhangat ja, senang!
Kat bawah ni gambar2 2R, bukan latest pic pun, ni sebulan lepas punya...
Macam ni laa tiap2 hari, melawak tak habis2, Rafiqh buat Raziqh tu macam anak patung ja kadang2. Suka angkat dukung adik, adik tu bukan ringan, terhuyung-hayang lepas tu dua2 pun tumbang. Suka nak pegang tangan adik konon2 macam pimpin ajar adik jalan, adik tu dah boleh lari dah tapi dia layan macam adik tu baru belajar bertatih, dah tu dia heret tangan adik jalan laju2, nanti dua2 tergolek. Nak tergelak tengok tapi kesian kat adik sebab last2 adik yang dapat sakit. Lumrah laa kan budak2 lelaki memang macam ni cara depa membesar, mesti mau berkuntau banyak2. Rafiqh sekarang kalau kuntau dengan Raziqh, dia akan sebut "onichan kamen ryder, adik ultraman", wahhh dua2 hero hokey, raksasa tu mama laa kot, haha...
Hobi Raziqh ialah punggah almari mama dan hangkut handbags mama bawa keluar buat main. Nanti si Rafiqh pun tiru laa, hadehhh...
Sila abaikan permandangan rumah yang tonggang-langgang itu...
6 comments:
alahai bestnya tgk anak2 ada kwn sndiri kt rumah. sian ihsan abang dh xde. adik ntah lah bila haha. ni wat xsabar ni nk baby cpt2 ni. nk boy lagi haha. xtahan tgk tgn raziqh tu lentik bukan main ek bwk henbeg. xsabar nk blk rmh sndiri nk bg ihsan kebebasan menyepah mengexplore. dok rmh jiddi jiddah n tok tokwan asyik kena sekat je. yelah byk sgt brg berharga kalau rosak xlarat mama nk ganti. sian dia.
ina,
haaa apalagi ina,bagi ler ihsan adik,hihi.syok mmg syok tp pening tu up sket laa,haha...
duk rumah org even datuk nenek sndr mana nak sama rumah kita kan,mmg kena sekat ler bebudak ni.takpe2,sabar ye,tak lama lg dah kan nak blk nihong?
wah..syangnya abang rafiqh kat raziqh...mmg seronok kn tgok anak bermain sama2...fith xde plan nk dpt baby lagi ke?hihi....bestnya kalu dpt baby girl plak kn..agaknya kurangla skit lasaknya ;)
wan,
haa mesti sama mcm harith dan hasif kan?bila baca blog wan citer psl harith n hasif,fith rasa mcm baca citer anak sndr,haha.
uishhh mesti la nak lagi,nak tambah lg insyaAllah kalau ada rezeki,nak gegirls pulak kan.wan bila lagi?ker tgh tunggu hari?hehe
harith slalu jga gaduh ngn hasif..berebut mainan..hasif plk suka sakat abang..tp bile time tgok diaorg duk peluk2..alahai sweetnya rsa..wan bca cite fith pn rsa mcam perasaan yg sama..mmg teringin nk baby lagi,tp tunggu hasif bsar skit..slalu ckp kt depa,doa2 dpt baby girl plak..bru umi ada geng ;)
wan,
haa sama laa dgn 2budak kat rumah ni.suka menyakat,suka berebut barang,kejap baik kejap gaduh.tp time baik tu kemain lg.mcm2 aksi kan.
insyaAllah,kita doakan pasni rezeki dapat gegirls pulak yer...
Post a Comment