Monday, January 31, 2011

Jamuan 'perpisahan'

Semalam buat makan2 sikit, jemput students yang bakal grad tahun ni datang. Seorang adalah my senpai(=senior) merangkap kohai(=junior) myLove, selebihnya 11orang adalah kohaitachi belaka. Ingatkan tahun ni tak sempat dah laa nak buat makan2 untuk bakal graduan ni semua sebab selalunya bulan 3 baru kami buat, tunggu lepas depa dah habis hantar thesis dan buat presentation dulu tapi tahun ni kena perawalkan laa sebab kami pun tak lama dah kat sini. Last minute punya plan, menu pun ala kadar saja semuanya..

Menu semalam cuma buat nasi ayam, desserts adalah puding cocktail berkuah, strawberry mousse dan moist chocolate cake. Ain datang bawa kastard jagung, arigatou! Desserts pulun buat petang sabtu, lepas siap hantar order jualan, baru laa godek tiga2 benda ni, dibantu oleh 2R semestinya, hehe. Malamnya lepas 2R tidur, kupas ubi dan bawang2 siap2, patut persiang ayam jugak tapi dah tak larat dah. Esoknya pagi2 lepas siapkan breakfast baru persiang ayam dan start masak. Pukul 1 semua jemputan pun datang...






desserts corner...


strawberry mousse yang comot. Taktau awat topping choc tu cair, masa lorek tu elok cantik ja jadi, bangun pagi ahad tu tengok2 eh dah berlemuih, padahal buh dalam fridge tu. Silap pulak tak ambil gambar masa dah siap comel-lote, hihi...




Minna, gambatte ne!
InsyaAllah nanti kita jumpa lagi di Malaysia, ewwah!

2 comments:

Unaizah said...

Have a safe trip home.

Fith said...

kak unaizah,
thanks kak,tp blum tau tarikh lg,hihi...