Wednesday, January 5, 2011

Makan2 musim cuti

Antara masakan yang dimasak sepanjang minggu lepas. Dah sebab tak berapa rajin nak masak, nak ambil2 gambar ni lagi ler tak rajin kan?! Letak je laa mana2 gambar yang ada...

Nasi jagung ni 1st time test masak untuk hari jualan sabtu 2minggu lepas, 1st time jugak makan nasi jagung. Minggu lepas tak meniaga, cutikan diri sendiri sebab kampus tutup so students ramai yang pi travel, minggu ni pun rasa macam tak meniaga jugak kot. Minggu depan baru jalan balik bisnes insyaAllah. Nasi jagung ni gu-kan dengan ayam masak 3 rasa, daging black pepper dan acar timun, not bad laa, I memang suka jagung, 2R pun suka, myLove pun takdak complain apa2, kira ok laa tu kot, hiks...

Hari sabtu tu myLove kerja, salji turun agak lebat dan angin bertiup agak kuat, malas nak bawa 2R keluar tapi no choice, keluar jugaklah meredah salji. Lawak tengok muka dua2 budak kecik ni yang terkebil2 menahan sejuk, kesian pun ye jugak. Bila dah settle hantar order I bawa depa ke supermarket membeli barang sikit dan upah sorang sekotak choco ball, kemain suka lagi depa. Petangnya tak ke mana2 pun, plan nak pi Tokiwa Park pun cancel sebab tak tahan nak ber-out door lama2 tengah2 snowing ni. Bagi orang yang duk area yang salji turun melimpah-ruah tu memanglah tak kesah dan tak heran langsung dah takat salji2 ni tapi bagi kami yang salji turun sekali-sekala ni terasa hebat jugaklah nak meredah sejuk tu, malas semalas-malasnya! Makanya kami duk rumah layan drama sambil makan aiskrim, huishhh nikmat woo makan aiskrim time sejuk2 ni, rasa aiskrim tu double triple sedap! Kat rumah ni tak kira musim apa pun, stok aiskrim sentiasa available...



Buat moist chocolate cake atas 'permintaan' Rafiqh, tak nyempat2 tunggu sejuk, tengah panas2 tu terus decorate dan potong dan makan. Rupa asal kek ni huduh amat, dah tu pi potong masa tengah hangat lagi kan, siap ada budak kecik sorang tu tolong cucuk2 pulak time mama bagi izin tabur choc rice tu, perghhh hancus kek, tu yang ambil gambar kek yang dah dipotong, baik punya cover, hehe. Dan entah mana silapnya kali ni buat ter-tawaq sikit, haha, tapi sebab depa ni dah biasa makan tawar2 so no hal la, sehari ja balun licin sebiji kek, waduh2...



Sepanjang minggu lepas buat pau kari ayam ni berpuluh2 biji, untuk tempahan dan untuk disimpan buat breakfast masa cuti tu jugak...



Pau coklat pun buat jugak untuk 2R, suka sangat laa dapat makan pau yang keluar coklat meleleh2 tu kan, sekali hadap Rafiqh boleh habiskan 4biji, hebat aih bab makan, tapi badan cekeding situ jugak, haihhh. Pau ni tak berapa jadi sebenarnya, silap sukat tepung, supposed to add cocoa powder dalam timbangan tepung tapi I sukat tepung ngam2 sukatan asal then tambah serbuk koko asing pulak, makna kata terlebih 'tepung' terkurang air, jadi ler keras sikit. Lesson learned! Next time please take note yer mama 2R, sokmo2 hang loqlaq!



Tiba2 mama2R rasa teringin nak makan puding karamel, buat puding karamel lapis coklat ni sebab 2R suka part coklat tu, mamanya makan yang plain tu saja...



Masa birthday party Rafiqh hari tu tak puas makan coffee mousse tu so buat lagi tapi kali ni layer2 dengan kek, ermmm tak suka sangatlah yang layer, I prefer yang bawah kek atas mousse tu, lagi terasa moussenya, nanti2lah buat lagi. Mana boleh buat kerap2, gemuk la mama...



Sempat jugak godek murtabak dan roti canai frozen ni. Murtabak buat untuk minum petang, dok ada lagi dalam freezer tu. Roti canai untuk breakfast laa sebab dah lama tak breakfast roti canai sampai myLove tanya lah, dan-dan tu terus buat. Pekena dengan kari daging, terangkat! Weekends ni nak buat lagi, dah licin dah stok frozen roti canai ni...



Seperti yang dirancang buat jugak nabe. Petang sabtu lepas pi beli bahan2 nak buat nabe, malamnya kami ber-nabe. Buat simple saja, tak beli pun periuk tembikar tu sebab yang target nak beli tu kecik sangat, tak muat pun nak isi semua bahan2, kalau nak beli yang besaq tu baik guna periuk nabe elektrik yang dah sedia ada ni, dok kerja angkut beli priuk belanga sampai tak dak tempat dah nak simpan. Rumah dah la sekangkang kera ja kan, nanti2 tunggu nak balik Malaysia baru laa nak beli kot...

ayam, udang, sotong, kaki, hotate...

hakusai, cendawan2, carrot, chikuwa dan fishcake...

makan dengan udon, sedap!

kimuchi sotong, hat ni paling heaven sekali!
Selama ni I tak suka makan kimuchi, pedas dan masam terlampau, not a good combination for me. But not to this kimuchi, enak sekali! Jiran yang bagi, memang sedang elok ja sehari before kami nak makan nabe dia mai bagi, macam tau2 ja nak pi beli. Yang ni best sebab pedas tapi tak masam sangat, kena dengan tekak I ni, dia bagi satu pek, ada lagi dalam fridge tu...


Ok, tu je gambar yang ada. Selain yang kat atas tu, buat jugak cucur2, donat, karipap, mee goreng udang, nasi lemak dan lain2. Minggu ni taktau nak try menu baru apa lagi, adehhh sejuk2 ni malasnya nak masak, rasa nak order2 je, hehe...

2 comments:

Heartilyina said...

tgk gmbr mknan mcm2 ni rasa sedapnya! rasa rindu plak nk memasak2 n cuba resepi baru. haih sabar la hati lagi 2 bln nk blk rmh sndiri hihi

Fith said...

ina,
sabar2,nikmati suasana tak payah masak tu,hehe.fith plak tak sabar nak blk goyang kaki kat msia,hihi