Wednesday, January 5, 2011

Kenapa isteri berubah selepas melahirkan anak?!

Hari ahad lepas ada tengok 1 rancangan tv ni(tak ingat namanya), panggil beberapa celebrities cerita pasal kegarangan isteri2 depa untuk tentukan sapa antara isteri2 tu paling 'kejam' dan 'hebat' untuk bagi si suami menang 'anugerah' ala2 kena queen control untuk tahun 2010. Rancangan ni memang tiap2 minggu ada tapi selalunya mengetengahkan kes2 tentang hak2 yang membolehkan seseorang itu menyaman atau disaman, sekali-sekala dibawakan kisah rumahtangga yang pelik2, suka jugak laa tengok bila takdak movie nak tengok...

Bila tengok kes2 suami kena 'dera' ni kadang2 terfikir jugak dahsyatnya isteri2 kat jepun ni tapi bila fikir2 balik rasanya tak banyak pun beza dengan orang Malaysia. Kat Malaysia pun bukan perkara janggal pun kan bila tengok ada isteri yang tengking, herdik, jerit2 dan maki suami in public, macam dah lumrah sangat dah, yang bantai belasah suami pun dah jadi benda kecik dah rasanya. In fact ramai je my friends yang cakap depa selamba ja menjerit2 bila bergaduh atau berselisih dengan suami masing2, perghhh. Ops no komen, I pun bukan baik sangat, bukannya tak pernah bergaduh atau buat myLove kecik hati tapi tak laa sampai tahap angkat suara melampau-lampau. Dah nak masuk 6tahun kahwin ni kalau berselisih pun semuanya perang dingin, lepas beberapa jam muhasabah diri kami berbaik semula. Kalau takat benda2 remeh tu selalulah pejam2kan mata, kalau benda yang rasa besar tu bawa2lah berbincang dan saling minta maaf. Apapun, selama kahwin ni I memang tak pernah lagi membebel kat suami, haa tu rekod yang sedang dan masih cuba dipertahankan, keh3...

Apa yang menariknya ialah dalam salah satu slot cerita oleh seorang penyanyi ni yang dah kahwin lebih 30tahun dengan isterinya. Katanya isterinya mula berubah dengan ketara bila bersalin anak kedua, anak kedua tu pulak twins. Bila ditanya pada si isteri kenapa keadaan berubah, dia cakap "si suami walaupun anak dah berderet2 life-nya masih sama macam masa belum ada anak. Balik rumah mengadap tv/komputer mengharapkan mahu berehat sepenuhnya. Si isteri pulak makin anak bertambah, beban kerjanya makin meningkat. Semua nak dibuat sendiri, stress dan bebanan kerja akan menjadikan isteri berubah sikap". Can't agree more, sangat betul! Ni kes bagi isteri di Jepun yang fulltime housewife, apatah lagi halnya dengan isteri2 yang bekerja kan. Selalu baca kisah rumahtangga kaum ibu yang bekerja di Malaysia, bagaimana tertekannya nak uruskan rumahtangga selepas seharian penat di tempat kerja. Suami pulak bila balik rumah tau nak mengangkang depan tv, anak2 dilantakkan saja, tapi mulut tak habis2 komplen isteri takmau masaklah, rumah tak kemaslah, anak2 tak teruruslah, ewwahhh macam tu laa kot ye mentaliti orang lelaki melayu kan, nak kahwin untuk ada isteri sebab nak dijadikan orang gaji yang tak payah bayar gaji, grrr. Golongan suami ni habis je kerja kat ofis balik rumah dah boleh goyang2 kaki tapi golongan isteri dan ibu ni 24/7 kerja mereka tak pernah selesai. Jadi janganlah sewenangnya nak salahkan si isteri kalau taring lentok manjanya dah hilang, kalau sifat lemah-lembut-gemalainya dah kurang, kalau lunak suaranya dah tak kedengaran...

Yang menjadikan sesebuah rumahtangga tu indah atau buruk adalah terpulang pada usaha pemiliknya. Suami dan isteri tu masing2 berperanan membangkitkan keharmonian istana cinta yang terbina. Dalam setiap perhubungan pasti ada turun naiknya rasa cinta tu kan, time gaduh rasa benci menyampah dan macam nakkk je lari dari rumah, tapi bila time baik tu bercambah2 sayangnya dan rasa segalanya sanggup dikorbankan demi si dia. Ada orang kata semakin lama usia sesebuah perkahwinan tu semakin dalam laa cinta pasangannya, semakin setia dan semakin bahagia. Yer la kot kan, tapi pastinya semua tu tak wujud dengan sendirinya, tetap kita kena berusaha agar cinta yang ada tu terus mekar berbunga, janganlah pulak kita sia2kan dan abaikan hingga hubungan yang dulunya manis jadi hambar tak berperisa. Bercakap soal peranan menyemarakkan cinta ni teringat pulak I pun dah lama tak buat surprise untuk myLove, hihi(pandai ngata orang, keh3), anniversary kami pun dah tak lama lagi, tinggal sebulan lebih je, ermmm nak kena fikirkan something special ni...

10 comments:

Dinda Boutique said...

ehh,kat IKIM td pun cite psl istri2 ni ;p tp btl tu kak fith.bile dh kawen ni mmg kene byk tolak ansur.usahkan lidah lagi tgigit,ni plak somi istri.ecehh.biase la tuu kans.adik bradik kite yg duk sbumbung bpuluh tahun pun ble gaduh,ni yg br knl bbrp thn sure la ade slh fhmnyee.plg pntg,muhasabah blk diri :D

actually kalo suami tu pun ringan tlg,mane nye istri nk bebel.so since kak fith xpnh bebel (mcm sy, nk jgk ;p!), mknyenye hubby kite nih rjn jugak la ye.tp bkn nk puji ke ape,sy mmg xpnh la pgg pnyapu/vacum since kawen ni.hubby yg wat.die pun fhm,kite dh pnat keje sharian.blk nk uruskn umah plak kans.dh ade ank,uruskn ank plak.slmt mjd istri solehah :D!

Raudhah anje said...

yer sgt setuju...kalau suami ringan tulang tak perlu lah isteri nak membebel.tp kite punya case, suami tak ringan tulang, tp tak byk complain. so, tutup mata je la rumah bersepah ke, pinggan tak basuh ke, kain tak lipat ke, tak masak ke.

Fith said...

Faeeza,
betul2,mmg tak mgkn lah takde gaduh dan tak berselisih faham kan? mesti ada naik turunnya jugak,baru thrill,hahaha...

suami akak takde laa rajin sgt pun.kakfith berat mulut nak suruh2,selagi larat buat je laa.lgpun dah fulltime housewife kan,boleh laa kot nak paksa2 diri buat serba-serbi.kagum dgn isteri yg bekerja tu je,kalau laa suami tu pemalas,lahai kesiannn kan.mujur hubby faeeza memahami,syukur tu.

Anje,
kebanyakan isteri membebel sbb diorg penat,penat badan penat emosi kan.
suami fith pun tak rajin,jenis tak komplen jugak,kalau dia tak tahan tengok sepah2,dia yg kemas,haha,lega dah tu kan.takmau tolong takpa tapi jgn peningkan kepala kita dgn merungut2 sudah,kuang3.

Mamasofea said...

hamboi.. lama x update.. sekali update tu diaa bukan main byk lg cerita.. hmm.. i pun x praktikkan membebel ni.. x berkesan.. bukannya die dengar pun.. selalu nya action speaks louder than word.. contohnya...kalau da kain baju kotor x reti nak letak kat bakul laundry.. i tak basuh.. esok2 da xde bju baru la sibuk cari.. dah kena skali haa terus igt mana nk letak baju kt mana.. hahaha

Unaizah said...

Absolutely right!!! Good entry! If para suami menghulurkan much needed helping hand, bolehlah sama-sama enjoy good marriage life.

Fith said...

Yati,
hahaha sama laa kita,fith pun sejak ada anak tak menang tangan nak kutip2 segala-mala baju masuk washing machine,so kalau sndr tak letak mmg tak basuh laa,cara tu lg berkesan kan.

Kak unaizah,
tu lah,terfikir kebenaran kata2 tu sbb fith pun rasa fith dah byk berubah sejak ada anak 2,kelam-kabut uruskan anak2,kdg2 rasa kurang masa nak bermanja2,hehe.tu fith je kot,tak reti bahagi masa kot,hehe

Siti Mariam Hussain Zaki said...

k.long pun takat nih tak pernah lg bg kutbah free kt abg,kalau krisis pu x ckp..hheheehe...rasa mcm pelik jugakla bila mak ckp abg jenis yg x buat keje rumah,tp bila dkt rumah sendiri mmg lain...kira x menunjuk dpn mak kot...kikikih
betula kata org bila suami buat 1 kebaikan dekat isteri,isteri boleh balas 10 kebaikan dekat suami...

Fith said...

kaklong,
haha kita serupa la kot ek.jenis perang dingin je,takdak bom2,hahaha

mmg abang dulu pemalaih tahap dewa.tak pernah buat hapa kerja lgsg tp dah kawen rajin plak kan,baguih laa,dia sayang kaklong ler tuh,tu yg rajin tolong,hehe

Ina said...

hihi setuju sgt dgn entry ni. org laki ni even anak dh berderet2 tp perangai tu kdg2 still mcm org bujang. tp alhamdulillah la hubby kita sedar diri n byk membantu walaupun kdg2 kena bgtau. bak kata dia kalau tak bgtau, dia xtau apa yg perlu dibantu. btw kalau bab membebel tu honestly kita kuat membebel haha. it's like my middle name. mcm bukan diri sndiri je kalau xmembebel. sampaikan kalau ada waktu kita senyap je mesti hubby tanya kenapa sbb dia xsenang hati rasa mcm ni mesti ada benda xkena or dia buat salah. dia pun kata kalau kita senyap je tu pelik la tu haha.

Fith said...

ina,
haha lawak plak part bebel2 tu.certain situation ada suami suka dgr isterinya berleter tau,dia rasa cam bini dia 'nyanyi',kes ina gitu kot,hubby suka,haha.
mmg penting utk suami tu sedar diri kan,kalau tak sedar diri tu yg haru biru tu,kena laa isteri byk2 bersabar...