Friday, January 21, 2011

Salam hari jumaat...

Seminggu ni langsung tak buat minum petang, tak ada aktiviti baking, tak buat kuih-muih jugak. Wahhh nampak santai je kan, tapi tak jugak, sebab setiap hari kena keluar ada urusan nak kena settle-kan, penat serupa tu jugak. Disebabkan kurang aktiviti memasak ni makanya takdak laa gambar2 masakan minggu ni. MyLove sekarang tiap2 hari balik lambat, sebab tu lah boleh skip buat minum petang. Selalunya lepas maghrib dah siap2 masak dinner. Lepas isyak dah settle semua kerja, pukul 8 tidurkan 2R dan tunggu myLove balik je...

Mood nak update blog pun dah agak2 lemau dah sekarang ni. Takdak idea sebenarnya, hehe. Biasa laa kan, manusia ni pun ada naik turunnya, pasang surutnya, malas rajinnya...

Hari ni macam jumaat2 lainnya, kena pi beli barang2 dan buat preparation bahan2 nak dimasak untuk jualan esok. Esok masak nasi ayam je, tak renyah sangat. Untuk malam ni nak buat nasi goreng hailam, lepas tu goreng chicken katsu, dah, sempoi sungguh dinner...

Malam esok ada majlis solat hajat anjuran persatuan anak2 Malaysia. InsyaAllah nak join tapi belum decide nak masak apa untuk dibawa ke sana. Masak lauk-pauk je la kot, rasa macam tak berapa nak rajin untuk godek2 desserts. Nanti kalau sempat snap gambar2 masakan esok haa baru boleh upload...

Oklah, selamat berhari minggu semua! Have a nice weekends!

2 comments:

ummuharithasif said...

salam fith...slamat berhujung minggu..mmg best ari jumaat sb esok cuti..leh spend msa ngn anak2..duk umah nmpk je relaks tp hakikatnya lg penat dr kerja..smlm cuti ank demam,rsa xckup tngan nk bereskn kerja umah..hehe

Fith said...

wan,
betul2,klau time byk kerja tu mmg tak menang tgn,semput dibuatnya,hehe.
anak2 pun seronok kan bila weekends,suka laa bila abi umi ada kat rumah kan...
slmt berhari minggu!