Wednesday, January 26, 2011

Punyalah susah

Apa laa yang susah sangat tu?! Nak hadap laptop ni haa, terpaksa berebut dengan si Rafiqh. Dia bukan main games atau buat apa pun, dia main tekan2 ja keyboard ni sampai keluar entah hapa2 punya programming, dok layan programming tu ja pun, sampai naik tensyen mak dia. Sebab tu sebolehnya I memang elakkan bagi dia main games ka hapa ka pakai laptop mahupun iphone, sebab tau dah, nanti dia 'sangkut', susah pulak nak kena berebut2. Walaupun ada benda yg baik dalam komputer dan iphone yang membolehkan dia belajar tapi rasanya terlalu muda nak dedahkan anak2 ni pada kemajuan IT. Takpa laa nak kata kuno pun, nanti2 tiba masanya dia akan terer jugak kan?! Tapi kalau takat terer main games, huh baik tak payah, buang karan!

Minggu ni pun tak ada buat apa sangat pun, dok mengemas apa yang patut. Settle-kan hal rumah ni sebab kemungkinan besar nak tinggalkan lama2, takkan nak biaq tunggang-langgang pulak kan, so dok pulun clear-kan rumah dulu. Barang2 lain ada yang dah start kemas, selebihnya duk buat list saja, apa yang nak dibuat. Sejuk2 ni ya Rabbi, punyalah pemalas nak pi bilik2 lain untuk buat kerja, memang malas tak hingat. Oh ye, kawan2 dah mula berteka-teki tentang apa yang I sebut dalam entry lepas2 tu, ramai yang kata kami nak balik Malaysia, aah betul laa tu, balik bercuti, tapi tak fix date lagi, nanti2 dah settle visa baru boleh war2kan. Kot2 ada yang nak mai Ipoh ka, nak jumpa kat mana2 ka, haa boleh calling2 yer, hihi...

Sejak seminggu lepas hati ni rasa panas je dengan servis halal online shop kat Jepun ni. Kedai tu milik orang Bangladesh, nama Baticrom(tuh dia, habaq terus-terang, haha), rasanya sebelum2 ni ok ja cuma sejak beberapa bulan kebelakangan ni teruk sungguh. Minggu lepas I ada tulis status kat fb, ternyata ramai jugak yang pernah terkena, ingatkan I sorang ja yang selalu kena, haishhh tak boleh jadi ni. Kedai tu selalu hantar barang tak cukup dari apa yang telah diorder, kalau orang lain yang jenis tak check barang sampai mungkin terus angkut masuk freezer ja kan, tapi I memang akan check satu persatu so boleh trace apa yang tak cukup. Awal2 dulu boleh laa dimaafkan, mungkin depa terlepas pandang ka kan, tapi kalau dah almost everymonth order everymonth tu laa dok kena, tak hangat hati ka? Habaq mai sat. Lastmonth pulak depa salah hantar barang, lain yang diorder lain pulak yang dikirim, hangin sungguh. Tapi takpa, still maafkan dan minta depa hantar barang yang tak cukup tu bila I buat next order. Tapi bulan ni kesabaranku dah terbabas, tak boleh tolak ansur dah, tambah pulak next month kami mungkin dah takdak kat Jepun ni so dengan kata putusnya I minta depa poskan barang tu SEGERA, dan kos penghantaran depa laa yang tanggung. Nak2 pulak dapat tau benda ni dah jadi common mistakes depa, memang tak serik2 dok buat benda yang sama, so lagi laa I demand, haha. Sekarang nak tengok, depa nak 'layan' ka tak I punya komplen, kuang3. Kalau sapa2 yang baca blog ni tau kat mana lagi boleh beli barangan halal online kat Jepun ni, sila bagitau yer. Dulu beli dengan Azhar tapi hampeh jugak sejak bertukar pengurusan, sekarang Baticrom ni pulak, hadoiii. Nak meniaga buat laa cara nak meniaga, tau laa hangpa pegang market Jepun tapi jangan kerek, boleh?!

Haa oklah, dah terlepas sesak di dada, hek!

Errr nak cerita apa lagi ye, ok pasal SK-II pulak. SK-II lagi, jangan bosan yer. Buat kawan2 atau viewers yang rajin dok tanya berkenaan harga single bottle tu, okeh I dah update, sila jengah yer. Kalau berminat, roger2 me asap!

11 comments:

Unknown said...

salam fith, nanti boleh datang umah tini..ehehe

Fith said...

Tini,
insyaAllah,nanti bg phone no yer,kalau sampai bangi fith contact tini...

Dinda Boutique said...

eh2, bile kak fith nak balik tuu :D ? haa, nanti kak fith n kak tini dtg umah sy skali.hak3.umah sy dekat sgt ngan bangi.sy duk seri kembangan :D

Unaizah said...

Mesti excited nak balik kampung. Bila yg nak balik tu? How long?

Elah said...

Hari ni elah br je order baticrom...malas sebenarnya tp terpaksa sbb xde masa nk kuar gi kedai halal this week.
Harap2 dia xde tersalah hantar...

Fith said...

Faeeza,
ecceh yer2 je ek.kak tini jiran dgn abg ipar kakfith,tu yg boleh pi umah dia klau sampai ke bangi.tp korg keje,takut ganggu la plak hehe.insyaAllah ada masa kita jumpa yer

Kak unaizah,
ishhh excited sgt2,dah dekat 2thn tak blk.insyaAllah bln 2 ni nak blk,tp taktau lg bila,tunggu visa settle dulu.insyaAllah blk lama,sebulan lbh,hehe

Elah,
klau dia salah hntr komplen dan suh dia hntr segera,haha.nyampah kan.at least elah ada kedai halal lain,kitorg ni mmg no choice dah,huhu

Anonymous said...

jom balik fith , kliza bru abis punggah brg ngan en asben masuk kontena arini. tu dia rumah dah lega sikit. lepak2 jap tgk pc. tiket kliza dpt 2/2 tu murah. 21k xmasuk tax. tgh bln semua sold out. anyway selamat blik in advance.

Fith said...

kak liza,
thanks...
wahh murah tu,kitorg ni taktau lg blk ikut mana n bila.masih tunggu2 visa siap.seronok ye nak blk,moga dipermudahkan urusan ye

akmaliyana said...

kak fith bukak bisnes makanan halal la..

Fith said...

akmal,
bukak mcm baticrom tu ka?haha,insyaAllah...

Anonymous said...

I seldom leave comments on blog, but I have been to this post which was recommend by my friend, lots of valuable details, thanks again.