Sunday, January 9, 2011

Menu minum petang

Saikin(=lately) 2R ni masuk fasa kurang minat makan buah pulak, kalau pisang ja depa pulun, berbiji2 sehari tapi buah2 lain nyet2 nak habiskan. Mak depa ni pulak bukan jenis reti tunggu tengok anak makan, style tau bagi ja, pepandai la hangpa makan sendiri. Alih2 depa tak makan, depa buat main pulak. Jadinya buah2 yang nampak depa kureng tu I blend buat 'aiskrim'. Resepi air ni pernah buh dah dulu, boleh refer 'ice-blended avocado' kat recipes corner sebelah kanan ni yer. Tapi kali ni buat lain sikit, letak freshmilk sikit dan gula 1 sudu kecik(untuk buah yang masam/kurang manis), kalau ada plain yogurt boleh letak 1 sudu besar(nanti jadi lassi), tak perlu letak ais, blend bahan2 tu bagi pekat ala2 macam aiskrim, lepas tu suap, depa syok laa sebab sangkakan tu aiskrim, haha tipah tertipu...

Suka sangat laa makan banana. Patut hantaq pi duk rumah maklong kat Bertam nun, haa sana banyakkkk pokok pisang maklong tengah berbuah kan?! hihi...

letak chopped chocolate, nyum2...

ni jus kaki(=pisang kaki yer, bukan kaki leg tu, heh), sedap lemak2 manis...


Rabu lepas buat roti burger, makan dengan teriyaki chicken...


Khamis buat apam balik. Dah lama tak buat, teringin pulak nak makan. Resepi ambil dari myResepi, credit to joayee.

Bahan2:
1/4 cawan gula
1 biji telur
1 1/2 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri - diayak (I guna tepung hotto-keki(=pancake))
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
pewarna kuning

filling:
jagung krim
kacang tumbuk
gula
mentega

Cara2:
- pukul telur bersama gula hingga kembang, masukkan susu, serbuk penaik, soda dan pewarna kuning, pukul sebati, masukkan tepung dan pukul hingga tidak bergental.
- perap 1 jam
- panaskan non-stik pan, tanpa menggunakan minyak, ambil satu senduk dan tuang, kemudian nipiskan, tutup pan sebentar
- setelah setengah masak, taburkan bahan taburan dan sedikit mentega
- tutup sekejap, bila dah masak lipat dua dan angkat

Note: I tak guna mixer pun, campur semua bahan dalam blender dan blend, senang... Untuk homemade jagung krim tu boleh refer link kat atas...


Jumaat buat popia goreng. Untuk 2R gorengkan donat, donat anak2 I togel je, memang takdak gula, hihi...


Ni breakfast pagi semalam, roti canai dan kari daging, pekena dengan teh tarik(tak dan nak tarik), perghhh syiok laa pagi2 sejuk ni makan roti canai...

6 comments:

Unknown said...

wah2 sedapnya..terliuq aih tgk mknn2 ni..blk meysia dh xmsk dh sume ni..wat kek pn xdah..rindu plak time dok kat nihon dulu huhu...

Fith said...

Dyana,
haa nanti balik nihong boleh panas enjin balik.bila balik?hehe

Unknown said...

dah back4gud pn kak fith..dh xkan kembali ke nihon lg kot huhu..muz je still kt sn,kensyu 6bulan..

Fith said...

dyana,
laa ye ker,ish3 tak tau pun.nanti kita msg kat fb laa,boleh cerita panjang,hehe

Ina said...

bestnya tgk raziqh pulun pisang cam gitu gaya. kalau ihsan lah mcm tu mama dia menangis kesyukuran kot haha. kiter jarang skali bg ihsan mkn sndiri. ni kes malas nk kemas sepah2. tp tula sbnrnya lg bgs bg dia blaja mkn sndiri. smpaikan skrg ni dia kdg2 je nk pgg mknan sndiri. kalau kita sua kt tgn pn dia bg mulut dia hihi. wiken ni nk blk rmh parents sndri. boleh la bg chance ihsan nk buat comot n sepah haha.

Fith said...

ina,
haha fith pulak malas menyuap,eh tapi klau mkn mee nasi semua2 tu fith suap laa,kang yg sepah lg byk dari yg masuk mulut.cuma benda2 remeh mcm buah biskut kek tu dia mkn sndr.tp mmg penat nak kemas kan,tiap2 hari kena vacuum rumah,huhu.
haa pasni boleh ihsan sepah2 comot2 yer.