Tuesday, February 1, 2011

Alhamdulillah part 1 - Berhenti kerja & kerja baru !

Haa mai nak reveal satu persatu 'rahsia' yang ditulis dalam entry lama dulu tu, hehe. Banyak part-nya tu, so buka cerita satu2 lah yer...

MyLove semalam dah officially berhenti dari company tempat dia bekerja selama ni, dah hantar dah surat perletakan jawatan. Walaupun aksi 'tarik-tali' pujuk-memujuk masih ada tapi dia dah bulat hati nak berhenti. Setelah hampir 6tahun berkhidmat kat situ, at last mengambil keputusan untuk mengundur diri selepas mendapat tawaran yang insyaAllah lebih baik untuk masa depan family kami...

Selepas ni, bermula 1/3 nanti insyaAllah myLove akan masuk company baru. Kali ni betul2 berubah angin, cari pengalaman baru dengan bekerja bukan lagi dengan nihongjin(=orang jepun), tetapi dengan mat saleh lah pulak. Of course cara bekerja, sistem dll semuanya akan berbeza dengan apa yang dilalui sebelum ni. Company ni berpusat di Holland, tapi idak ler kami pindah pi sana, kami still duk Jepun lagi sebab myLove akan bekerja menjaga branch kat sini iaitu di Shimonoseki...

Bertitik-tolak dari pertukaran kerja inilah kami nak balik Malaysia untuk bercuti. InsyaAllah kali ni nak balik lama, I dan anak2 laa yang bercuti lama, myLove tak kot, sebab awal bulan 3 dah mula masuk company baru, kena pi kenshuu(=training) pulak. Tarikh bila nak balik tu belum tau lagi, sekitar minggu depan mungkin, hopefully visa siap by this week. Ok, cerita nak balik Malaysia ni sambung entry lain lah yer...

Moga2 kerjaya myLove makin bertambah maju dan menyerlah dalam company baru ni nanti. Semoga bertambah2 rahmat dan keberkahan untuk keluarga kami. Awal 2011 telah membuka lembaran yang baik, alhamdulillah...

8 comments:

naz said...

InsyaAllah, bertambah2 la rezeki. Yeay, x sbr nak jumpa fith, rafiqh n raziqh. 帰ったら、全体に連絡してね。

Fith said...

naz,
amin...
zettai2,mesti cari korg.bln 3 gitu kita reunion eh.tak sabarrrr...

Unaizah said...

Congrats!!! Murah rezeki Fith sekeluarga.

hajar said...

tahniah...semoga Allah memberkati fith n fmily...
selamat pulang ke tanah air...
klu dtg klantan, mai la kb, leh jmpa2...
hajar duk kb...

Elah said...

Fith pun blk msia lama ek...kakujitsuni blh lah bt reunion imfeen kalau camtu :)
Omedetou and all the best utk keje baru ninja,insyaAllah utk the better.
Selamat berpacking and safe trip blk.
Jumpa kt msia nnt insyaAllah :D

Fith said...

Kak unaizah,
thanks,alhamdulillah rezeki tahun baru.menghrp 'rezeki' yg lg satu tu pun ada jugak,hehe...

Hajar,
ooo hajar dok kb yer?rindunye nak balik kb.dulu fith tinggal kat blkg billion.lama dah tak blk sana,mesti dah makin2 maju.nanti kalau ke sana,bolehlah cari hajar yer,hehe...

Elah,
sou2,ada peluang utk kita reunion.hopefully ida tak dtg nihong lg masa tu.rasanya bln 3 tu the best timing laa,nanti fith tanya2 the others ye.boleh 'kosongkan' plan.otanoshimi da ne!

akmlyana said...

Alhamdulillah..
so kak fith stay ube ke pindah shimonoseki.. kekkou jauh gak tu ube-shimonoseki.. kalo pindah dekat jugak ngan kak hani kan... erm.. sedih pulak kalo kak fith pindah sane.. eceh cam la akmll duk ube lg..

Fith said...

akmal,
insyaAllah pindah nanti.dok area onoda atau shimonoseki,tak kettei lagi.tuh laa,bebudak ni dah sedih2 dgr kitorg nak pindah,sabishi la diorg nanti,hihi