Friday, April 30, 2010

Puding, kek dan muffin

Jumaat lepas buat puding roti marble ni untuk bawa ke usrah. Ambil resepi ni dari myR, thanks to hana6877, sedap dan simple. Luckily I tried this recipe, all this while I belajar buat 'marble' dan dah berkali2 cuba tapi selalu failed, don't know why I ni bengap sangat nak reti but alhamdulillah this time round I managed to get the 'skill', yatta ne! Terus berkobar2 semangat nak cuba buat lagi kek marble, nak prektis skill laa konon, hehe, tengoklah bila2 nanti nak cubalah...

Rabu lepas buat 3biji kek pisang dan 20biji banana muffins. Banyak2 tu bukan sendiri yang nak makan, melampau laa melantak banyak macam tu. 3biji kek pisang tu nak bagi kohaitachi sebagai ucapan terima kasih sebab diorang order nasi lemak banyak2 semalam. Gambar kek takdak sebab terlupa nak ambil, hish ingatkan dah ambil dah...

Banana muffins ni buat 2saiz cup, yang kecik dan sederhana. Gambar kat bawah ni sebahagian yang dah siap bakar. Resepi campak2 ni hasilkan cake-like muffins, sangat lembut dan gebu ala2 kek. Bagi kat jiran2 sikit, lebihnya kami ler makan, hiks...
Baru2 ni merayau kat myR jumpa beberapa resepi baru lagi, selalu kalau ada resepi yang berkenan I terus bookmark-kan page tu, bila dah bookmark banyak2 kat favourite tu mula laa gatai tangan nak cuba buat, masalahnya dah buat kena laa makan, dah makan rosaklah diet gue, hadoiii, nak kena tunggu ada jamuan ka usrah ka orang mai ka, baru boleh buat ni, kalau dak, sungguh bahaya! (Hint untuk adik2 Yamadai, buat laa usrah petang2 sabtu yer, boleh laa kami tumpang 6kaki, hehehe...)

Rafiqh's new hair cut

Semalam myLove cuti, tapi hari ni kerja balik, esok mula cuti untuk golden week hingga rabu depan. As usual, takdak plan nak pi mana pun, kami bukan jenis yang kuat berjalan sangat, takat jalan2 area sini saja laa. Memandangkan sekarang dah masuk spring, cuaca tak panas sangat dan tak sejuk sangat, memang sangat best nak buat outdoor activity so hari tu ada laa plan nak bawa 2R ke doubutsuen(=zoo) dan suizokang(=aquarium) tapi tak tau lagi bila...

Semalam kami lepak kat rumah ja, paginya pukul 3 I dah bangun memasak untuk siapkan order kohaitachi(=juniors) yang nak pi berjalan ramai2. Pukul 8 siap pack, tengah2 berkemas depa mai ambil order, 2R pun dah bangun, pungpang2 mandikan 2R, buat breakfast, basuh baju dan segala-mala, sedar2 dah pukul 10lebih. Layan AdaMaya sekejap dan kemudian masak lunch, ingatkan nak tidur laa lepas zohor tapi Raziqh takmau tidur laa pulak. Si Rafiqh sejak pagi tak tidur, melompat2 main tapi dah sebab ayahnya ada untuk tengok2kan dia, kalau tak tidur pun I tak kesah, nanti malam awal laa dia tidur. Mak depa jangankan tidur, nak baring pun takdak chance aih, kena membontoti depa yang tak reti nak main setempat, rata berjalan. Nasib laa rumah ni sekangkang kera ja, kalau sedepa gajah, mau pengsan mak depa...

Dah bosan2 melangut tengok 2R ni main, I pun gurau2 ja ajak Rafiqh potong rambut. Sebenarnya almost setiap hari I pujuk dia potong rambut tapi selalu dia takmau. Tapi semalam taktau apa mimpi tiba2 rela hati nak potong, oh mungkin sebab I kata kalau dia potong rambut I janji nak bawa dia keluar, desperate sangat nak keluar kot sebab hari sebelumnya pun tak keluar, hahaha. Dekat sejam jugak laa meng-adjust rambut dia, taraaaa inilah hasilnya, perghhh puas hati! Walaupun habis senget-benget mak dia kerjakan tapi takpa laa kan, sikit hari lagi elok laa balik, hehe... Dah siap potong rambut, terus mandikan dia dan dah ready pakaikan baju nak keluar, tengok2 aiseh dua2 tertidur pulak dah. Tunggu punya tunggu depa bangun sampai pukul 5 baru nak terjaga, tu pun puas kami kacau. Dah bangun tu Rafiqh ralit tengok tv pulak, bila tanya nak keluar tak, dia buat muka selamba ja, takdak langsung ekspresi nak keluar so I buat keputusan tak payah keluar, lagipun banyak lagi kerja nak buat. Cakap sorry kat dia, esok(hari ni) mama bawa jalan2 pi shopping ok...

Amacam? Pendek dah rambut, I loike!!!

Thursday, April 29, 2010

Babywearing ketika memandu???

So damn stupid! Idiot!!!

Sorry, I know it sounds harsh but I can't help myself from @#$%^(& this golongan mak2 yang baru ja 'kenal' babywearing tapi dah terlebih pandai perasan kreatif lah sangat. Lately dah jadi macam trend pulak mak2 ni memandu sambil menyusu atau babywearing baby, bangga pulak tu siap ambil gambar dan upload kat blogs/fb just to show off to the whole world nak bagitau yang depa ni super-mommy laa konon. Oh pleaseee... Orang sikit pun tak kagum, orang kata hang bodoh lagi ada laaa...

Kalau dulu(sekarang pun masih banyak), mak/bapak suka drive sambil riba anak, with whatever reason it could be, I tetap kata ianya tindakan paling bangang seorang ibu/bapa tu buat. Tahukah kita betapa besarnya risiko yang bakal anak2 kita tu hadapi kalau ditakdirkan kemalangan berlaku ketika itu? Kita mungkin rasa atau kata kita drive slow ja, tak pecut pun tapi adakah pemandu2 lain memandu slow jugak? Boleh ka kita tumpukan perhatian pada pemanduan bila anak atas pangkuan tu duduk tak diam, pegang itu ini dan sedarkah kita kecuaian yang kecil boleh menyebabkan kita hilang harta paling berharga? Seandainya pulak kita dilanggar oleh kenderaan lain atau tiba2 kita emergency break, agak2 anak yang kita pangku tu selamat ka? Silap2 haribulan dia yang akan terpelanting keluar...

I tak boleh bayangkan macammana laa mak2 yang bw-ing ni memandu sambil menyusu, dengan nak selak baju, nak tengok anak lemas ka tak, nak laras kedudukan anak dan sebagainya, dia ada 8tangan 8mata agaknya. Dah sah2 laa kalau bw-ing dia tak pakai seat-belt kan, kalau terjadi kemalangan time tu, anak yang kat dalam tu akan terhenyak ke stereng terlebih dulu, ya Allah, tak ka bodoh namanya tu???

Selama 2tahun lebih bw-ing my kids, tak pernah sekalipun terlintas dalam otak ni nak bw-ing while driving, seriously tak pernah! Raziqh ni ada masanya dia meragam menangis jugak time I drive tapi I tak pernah angkat dia dari car-seat, I takkan pangku dia dan drive, NO! Lantaklah nak melalak ka hapa ka, kalau perjalanan masih jauh I akan stop mana2 and entertain him first, then sambung drive. Kalau dah nak sampai, I'll try to soothe him by talking/singing or kalau tak jalan jugak, I ignore ja tangisan dia. Rafiqh pulak sampai sekarang, sebab dah terbiasa sejak baby, kalau I tengah drive dia takkan desak I penuhi keinginannya even untuk I ambil barang yang ada depan seat dia sekalipun, bila dia request apa2, automatically I'll say "no, wait, mama tengah drive kan? nanti ok". Kejam? Aah memang pun! Kita selalu kata kita sayang anak2 kita tapi kita selalu lupa 'tunjukkan' kasih-sayang kita dengan cara yang sewajarnya. Kita boleh belikan baju jenama mahal2 untuk dia tapi tak mampu beli car-seat untuk jamin keselamatan dia. Kita boleh ajar dia membaca/menyanyi etc supaya orang puji anak kita bijak tapi kita malas nak ajar dia supaya duduk diam2 ber-seat belt dalam kereta. So, betul ka kita sayang anak kita???

Tolonglah, tolong laa jangan drive sambil pangku/bw-ing/whatsoever your kids, bahaya!!! Janganlah disebabkan kebodohan kita, anak2 pulak jadi mangsa, nanti menyesal tak sudah!

Wednesday, April 28, 2010

Nak jadi bintang?!

Bagi sesiapa yang rajin tengok tv Malaysia, mesti tau ada iklan fair&lovely yang dok sebut pasal nak jadi bintang, nak jadi bintang tu, tau kan?! Kalau taktau, pi tengok!

Sekarang ni I dok melayan drama AdaMaya dan Hotel Mania, setiap kali tengok drama, selalu pasang kat tv, budak kecik 2orang ni pun melayan sama laa, tapi depa layan iklan ja lebih, hehe. Alkisahnya 2R suka betul iklan fair&lovely tu, haa lagi, iklan digi yang dok nyanyi "borak lama2, bla3 mudah saja, mudah saja" dan iklan fernleaf yang nyanyi "ibu2, engkau laa ratu hatiku", tu pun depa suka jugak. Tengah2 dok main kalau iklan2 ni muncul depa terus stop main dan melangut tengok, Rafiqh pun dah boleh nyanyi dah lagu2 tu semua...

Tadi masa tengah tengok drama, bila ada selingan iklan fair&lovely tu, macam biasa Rafiqh pun ikut sebut sama ayat2 nak jadi bintang tu, perbualan seterusnya adalah seperti di bawah, ahaks...

Rafiqh : bla3 make-up kan saya jadi bintang...

Mama : amboi aih, onichan nak jadi bintang... Rafiqh besaq nanti nak jadi apa?

Rafiqh : bintang!

Mama : ooo nak jadi bintang... tau ka bintang tu apa?

Rafiqh : ermmm *tersengih2 macam nak habaq kata dia tau*

Mama : haa bintang tu apa?

Rafiqh : neko nyaooo(=cat, meoww)

Mama : laaa tu binatang, bukan bintang! hahahaha *tepuk dahi*

Tuesday, April 27, 2010

Of potty training

The main reason why suddenly I need the baby swing for Raziqh is for potty-training Rafiqh. You guys might wondering what's the connection between swing and potty-train, right?! haha. Actually I'm trying to keep balancing and adjusting my time to juggle between both Rafiqh and Raziqh. All this while, just like other toddler Rafiqh banyak spends masa buat hal sendiri, so that I always occupied with Raziqh. But once I decided to potty-training him, I know I need to spend lots of my time with him, that's why tiba2 keluar ilham untuk tidurkan si adik dalam swing, well not sure whether it's really help, since we're still new, so have to wait and see before I could say anything yet, muehehehe...

From my reading, asking mak and kaklong, learning from other experiences, at least for the 1st 2weeks kita mula potty-training tu, tak boleh tak, kita kena banyak tumpukan perhatian dan luangkan masa kat anak. Sebelum ni I thought nak tunggu sampai Rafiqh dah pandai bagitau sendiri bila dia nak pee and poo baru nak start diaper-less him at home tapi bila kaji2 balik rupa2nya budak2 ni sampai bila2 pun dia takkan bagitau, even dia dah petah potpet2 bercakap pun still dia takkan habaq yang dia nak pee/poo, which we have to start first, we're the one who must teach them kalau nak pee/poo kena pi toilet, so I terus ambil keputusan untuk mulakan saja. Buat apa nak tangguh2 lagi kan, dia pun dah 2tahun 4bulan, malu aih besaq2 pakai pampers lagi, keh3...

Alkisahnya minggu lepas 2hari ja sempat potty training dia, hari ke-3 tu si Raziqh demam pulak, so tergendala sekejap. Alhamdulillah sekarang Raziqh pun dah sihat dan mama pun dah sihat, ingatkan minggu ni dah boleh mula balik tapi minggu ni plus minggu depan myLove cuti sempena golden week laa pulak. Cuti2 ni payah laa sikit(bagi I laa), sebab hari cuti adalah hari yang sibuk. InsyaAllah lepas cuti golden week ni nanti 'program' potty-training akan dimulakan balik dan mama kena kuatkan semangat untuk buat sampai berjaya, moga2 Allah permudahkan...

For this entry, I'm not going to talk much about the process of potty-training yet, mesti kena berjaya dulu baru boleh share info kan?! So guys, wish me luck!!! (macam hapa ja, keke)

'Sakura Apron' kini dibuka semula...

Mesti ada yang tertanya2, apa kejadahnya Sakura Apron(SA) ni kan?! Sebenarnya long time ago(ecceh), lepas bersalinkan Rafiqh, atas dasar suka2 dan nak isi masa lapang(sambil cari income sendiri), I buka bisnes berkaitan foods yang menjual pelbagai jenis frozen kuih-muih dan mengambil tempahan menyediakan makanan berat lainnya. Ni bukanlah 1st bisnes, sejak bergelar student lagi I dah buka online shop butik yang jual barangan muslim(hijab, shawl, hijabpin, sejadah, telekung, buku bla3), kemudiannya jadi dealer jual halal foods yang mainly bahan mentah(ayam, daging, sosej, frozen sayur bla3) untuk muslim yang tinggal kat area Yamaguchi. Lepas balik dari Malaysia setelah bersalinkan Rafiqh pun I masih aktif menjalankan kedua2 bisnes ni tapi atas sebab2 tertentu, last year I ambil keputusan untuk 'bersara' dari bisnes online shop dan kedai halal foods tu, hanya tumpu pada katering saja...

Selepas hamilkan Raziqh, bila perut dah makin besar dan kudrat dah berkurang, kira2 hampir setahun yang lalu SA 'dicutikan' dari beroperasi, hinggalah awal bulan april baru2 ni I dengan sebulat hati telah bertekad nak hidupkan balik bisnes jual2 makanan ni. Dengan restu dan galakan dari myLove, alhamdulillah bisnes kecil ni kembali berjalan. Selama 'bercuti' tu nak kata stop terus dari menjual tu pun taklah, I masih ambil tempahan buat kuih-muih, masih menjual tapi lebih fokus pada kuih2 frozen saja. Sekarang ni bila Raziqh pun dah makin besar, dah rasa ala2 menang tangan nak handle anak2 dan jualan, so baru berani nak ambil order untuk makanan berat semula...

Menu di web SA masih terhad, yang sebelum2 ni banyak dah dibuang dan sekarang dalam proses mempertimbangkan itu ini untuk tambah menu2 baru. Sebenarnya I agak fleksibel dalam menerima tempahan, contohnya macam setahun lalu, kohaitachi(=juniors) boleh nak order apa saja pun, as long as I rasa confident boleh masakkan menu tu dengan baik, insyaAllah I akan ambil tempahan, so kali ni pun sama jugak, kalau ada yang nak order menu2 yang takdak dalam list pun I'll try my best to serve them insyaAllah...

As for now, I mulakan dengan jualan nasi lemak dulu, ambil order untuk setiap pagi/tengahari sabtu. InsyaAllah bermula bulan 5 ni cadangnya nak kerapkan lagi hari jualan, mungkin boleh cuba buat 2sesi untuk jumaat dan sabtu iaitu tengahari dan malam, itupun kalau rasa diri ni mampu dan sambutan menggalakkan. Kalau ikutkan hati ni rajin ja nak menjual, even sebenarnya ada hati nak buat jualan makanan berat dan kuih-muih sekaligus, hehe tapi walau apa sekalipun, kena consider keupayaan diri+anak2 dan sambutan dari pembeli jugaklah kan...

Ada beberapa menu baru yang sedang difikirkan, contohnya macam fried chicken chop, nasi daging, nasi hujan panas dan sebagainya, tu untuk makanan berat. Untuk makanan sampingan pulak, teruja jugak nak menjual kek/muffin atau dessert lainnya(macam dadih dan jelly), menarik jugak kan?! Seronok woo jual2 ni, ada satu kepuasan bila berjaya siapkan order dan orang puas hati, selain tu dapatlah menjana income sendiri, dan boleh jugak prektis skill masakan kan, hihi. Apa lagi yang best untuk dijual yer???

Semoga rezeki kami makin melimpah-ruah, moga bisnes kecil ni akan berjalan baik, semoga diberi laluan mudah dan diberkahi Allah... Alhamdulillah, alhamdulillah ala kulli hal...

Monday, April 26, 2010

Raziqh dan tidur

"Bayi dan kanak2 perlukan tidur yang banyak untuk membesar", ni semua orang pun tahu kan, hehe, golongan budak2 ni tumbesaran minda dan tubuh badan mereka berlaku ketika mereka tidur. Rata2 bayi dan kanak2 memerlukan tidur hampir/melebihi 12jam sehari untuk melengkapkan skop keperluan tidur mereka...

Rafiqh sejak kecil tak banyak masalah berkaitan tidur, in fact dia memang kuat tidur pun. Sampai sekarang ni dalam sehari dia tidur paling kurang 12jam, so I memang tak pernah risau tentang dia dan keperluan tidurnya...

On the other hand, Raziqh ni lain sikit kekdahnya. Kecik2 dulu no problem, sama ja macam Rafiqh but lately dia sangat 'liat' nak tidur petang, puncanya ialah sebab Rafiqh tak tidur. Lain laa kalau Rafiqh tidur sama, memang Raziqh boleh tidur aman damai permai berjam2. Rafiqh adalah tarikan hiburan yang selalu buat Raziqh teruja nak main rather than sleep, haiyaaa. Kadang2 tu dia dah lalok lali2 nak tidur dah tapi bila dengar Rafiqh dok main terus mata celik segar balik. Kalau bawa dia tidur dalam bilik pun, most of the times Rafiqh akan ikut menyibuk sama, pakcik kecik ni mulut masyaAllah potpet2 macammana laa adik tu nak lelap kan...

Bila si Raziqh ni dah tidur pulak, Rafiqh suka benor laa mengacau. Dia tak 'usik2' adik, sebab nanti dia kena cubit tapi dia suka pi duduk dekat2 adik, baring2 sebelah adik, tenung2 belek2 wajah adik, haa gatai sungguh kan?! Kadang2 tu bila adik ber-ekspresi(normal laa kan baby pun alami mimpi so wajah dia berkerut2 sedih/suka), dia boleh ketawa kuat2 sambil cakap "adik gellak(=gelak)", kengkononnya adik gelak laa, padahal tak pun, cet! Kalau adik bergerak sikit mengeliat ka ubah posisi ka, dia dah sibuk tepuk2 nak dodoi adik, orang tepuk pelan2 dia bantai kuat nak mampuih, dah tu siap nyanyi "ya iyya ha iyawaah(la ilaha illallah)", orang nyanyi slow2 ja tapi dia buka volume terus up to maksimum, jangankan adik, anak badak pun boleh terkejut bangun! Hish, sabar je laa...

So kalau nak bagi Raziqh senang tidur petang, I kena bawa 2R keluar jalan2, entertaining Rafiqh while Raziqh having his evening nap peacefully. Tapi jenuh laa pulak kan kalau setiap hari nak keluar, akibatnya I kena fikir macam2 cara untuk tidurkan si Raziqh. Dalam rumah, paling mudah nak buat dia terlelap ialah dengan babywearing him and doing house chores at the same time. Kalau guna cara ni I memang kena berdiri lama2, tak boleh stop buat kerja sebab nanti bila I duduk dia sure terjaga. So ada masanya kaedah ni pun I rasa kurang prektikal...

Tapi sejak dah ada buaian ni, alhamdulillah masalah tidur petang ni dah hampir settle. Bila dia dah kenyang menyusu I cuma perlu letak dia dalam buaian dan buaikan hingga dia tertidur. Kalau Rafiqh bising pun dia jarang terjaga, mungkin dia rasa selesa di'kepit' dalam buaian tu. Dan kalau pun terjaga tak susah nak tidurkan dia semula. Setakat ni Rafiqh pun tak kacau sangat bila Raziqh tidur dalam buaian. Alhamdulillah rasa sangat membantu sekarang ni. I dah tak payah risau2 pasal waktu tidur Raziqh lagi, kalau tak, kadang2 tu rasa stress jugaklah bila tengok Raziqh tak tidur petang. Walaupun ada antara kita yang beranggapan mungkin dia tak mengantuk sebab tu tak tidur tapi I pernah terbaca somewhere yang mengatakan sebenarnya sebagai ibu/penjaga, kita sendiri kena sediakan environment yang membantu anak2 ni tidur, walaupun depa nampak macam taknak tidur tapi hakikatnya mereka perlu di'push' untuk tidur supaya tempoh masa tidur tu cukup, macam tu laa lebih kurang...

Oh tapi, I pasang buaian ni bukan semata2 sebab nak pastikan Raziqh tidur petang saja sebenarnya, ada tujuan lain yang lebih utama iaitu nak potty training si Rafiqh. Cerita bab ni dalam next entry, insyaAllah...

tidur sambil meniarap...

Sakit di sana sini...

Sejak pagi jumaat lepas, tekak dan rahang kiri ni dah mula terasa sakit, mungkin disebabkan oleh posisi tidur yang salah, akibatnya rahang mendapat keradangan, sakit tu boleh ditahan lagi cuma bila nak makan tu seksa sikit sebab tak boleh buka mulut luas2 dan bila nak telan pun rasa sakit, so for past few days setiap kali makan I makan sikit saja and I had skipped from having my usual dinner(read: nasi). Alhamdulillah, Allah gives me a good sign to diet I guess, muehehehe...

Sakit tekak dan rahang ni tak seberapa, tak menganggu pun aktiviti harian, as for sabtu pagi tu I still boleh masak untuk jualan nasi lemak dan lunch macam biasa, petangnya bawa 2R ke rumah kohaitachi(=juniors) untuk usrah...

Tapi malamnya dapat sakit lain pulak, setelah sekian lama bertahun2 tak sakit disebabkan PMS, kali ni mungkin sebab dah lama tak period so sakitnya adoiii rasa macam cramp perut ni. Setiap kali sakit tu datang, I sampai boleh teringat2 rasa sakit masa minggu2 terakhir pregnant-kan Raziqh dulu. Dulu bila orang cakap sakit contraction tu perut rasa cramp ala2 macam period-pain I was blur + clueless, considering myself as lucky cause since my first menstruation I jenis yang tak alami heavy/serious period-pain so bila orang describe pasal contraction I tak boleh nak bayangkan. Masa sakit time pregnant dulu pun tak terfikir yang rasanya sama macam PMS tapi kali ni bila sakit tu datang, boleh pulak ter-relate-kan dengan sakit masa pregnant dulu, ooo macam ni rupanya rasa perut cramp, haha entah hapa2...

Pagi semalam bangun awal untuk join gotong-royong apato. Dalam sakit2 tu terpaksa pulak mencangkung dan buat kerja2 pembersihan kawasan, hadoiii rasa macam nak cabut balik rumah ja. Dekat 2jam jugaklah baru selesai, mujur Rafiqh tak ikut sebab masa I turun tu dia masih tidur, kalau tak, lagi haru laa, mana dengan nak buat kerja, nak pantau dia lagi, hohoho... Naik rumah ja badan dah rasa kurang sihat, dengan pening2 dan sakit2 badan, rasa macam nak tidur ja tapi kerja banyak lagi tak settle. Lepas selesai uruskan budak2 ni dan sidai baju, I buat muffin pulak untuk jamuan 'masuk rumah' kohai2 Okafuji. Kelam-kabut punya pasal, muffin pun jadi huduh semacam, hadoiii laa, siap je baking, tidurkan Raziqh dengan mak dia pun terlelap sekejap. Lepas mandi badan dah rasa segar, dengan pipi yang sedikit bengkak kami pergi jugak jamuan makan2 tu, alhamdulillah dalam sakit2 tu pun boleh jamah setiap hidangan hihiks.

Kemuncak rasa penat tu datang bila balik dari makan2, rasa nak rehat dan tidur tu dah capai tahap maksima dah. Siapkan dinner dan ready-kan 2R untuk tidur, I minum milo dan makan ubat, pukul 9 dah terbongkang, alhamdulillah both 2R slept well lastnight, I had a good sleep too so bangun pagi ni totally fresh! No more PMS, pening2 dan sakit badan, but still rahang bengkak lagi, hopefully sehari dua lagi kebah laa...

Friday, April 23, 2010

Menu minum petang

Hari ni myLove balik lambat, ada sobetsukai(=farewell party) dengan bos nya yang bakal pindah department lain, so petang dan malam ni I tak payah masak, yippie! Lagipun si anak teruna kecil kami Raziqh Takeshi baru nak sihat, malam rabu lepas tiba2 badannya panas, demam akibat main hujan agaknya, huhuhu. Baru ja pagi tu chat dengan Murni pasal sekarang ni tengah musim orang demam/sakit, terus tak sihat anakandaku itu. Apapun alhamdulillah petang semalam dah bawa ke klinik, semalam seharian suhu badannya dok naik-turun-naik-turun tapi mujur tak cecah 39darjah celcius, risau betul kalau suhu tinggi2 ni. Alhamdulillah sejak pagi tadi dia nampak dah ok, dah ceria dan badan pun dah tak panas lagi. Moga2 tak demam dah laa ye, si kecik ni mengada2 sikit, bila tak sehat tu dia punya manja dan merengek dia kasi up sikit, hish sabar je laa...

Oklah, jomlah tengok menu minum petang seminggu ni(tapi gambar tak lengkap)...

Isnin goreng keropok je untuk minum petang...

Selasa buat apam tepung gandum (myR-kak Fida) dan burger malaysia (myR-Yani). Mak aih, sampai 2 sekaligus, haa ni namanya bahana nafsu orang puasa muehehehe. Apam tu I sendiri yang teringin nak makan, setahun 2 kebelakangan ni suka bebenor makan apam tapi bila buat asyik ler tak jadi. I blame my periuk pengukus lah sebab ianya simple je(lain dari pengukus biasa) so bahagian penutup tu tak boleh nak balut agar air kukusan tak jauh balik, disebabkan air kukusan jatuh atas kuih maka terbantatlah apam2 yang ku buat selama ni...

sedap! simple je resepinya tapi really2 yummy, kalau ada kelapa parut, perghhh lagi terangkat!


burger 1 malaysia...

Selalunya kalau buat burger malaysia I akan pakai resepi buat pau tapi kali ni buat pakai resepi burger malaysia. Ni 2nd time buat dan tetap kurang memuaskan hati, not sure salah resepi atau I yang tak reti, cause selalunya kalau adun roti 140ml air tu memerlukan tepung 280gm tapi kalau ikut resepi ni 140ml air diadun dengan hanya 200gm tepung, hasilnya doh lembik giler. Tu pun I dah kurangkan 20ml air, so terpaksa 3kali tambah tepung dan uli balik. Maybe lepas ni kena try guna 120ml air saja tapi tepung buh 250gm, then tengok hasilnya macammana kan... Apapun, rasanya tetap mantap!

Hari rabu buat cucur keria, gambar di bawah keria tak disalut gula. I kureng minat yang dah salut sebab rasanya terlalu manis. Apatah lagi Rafiqh yang nak makan, tak elok budak2 makan manis kan, hehe. Dah sebab ubi tu pun manis dah so makan sonomama(=macam tu) ja pun dah sodap! Goreng sikit ja, selebihnya di-frozen...



Semalam buat double layer puding (myR-onigiri), tapi I buat jadi 3layer, hiks. Sedap sangat rasanya, lemak berkrim! Selain tu goreng jugak cucur pisang untuk myLove...

puding yang belum beku...

Hari ni buat donat frozen lagi dan puding roti marble, cadangnya nak bawa puding ni ke usrah petang esok, itupun kalau Raziqh dah sihat sepenuhnya. Gambar dan resepi puding akan diupload kemudian...

Wednesday, April 21, 2010

Playground...

Sehari-dua-tiga kebelakangan ni, terasa agak lemau nak meng-update blog, selemau cuaca yang tak menentu sekarang ni. Di awal2 pertukaran setiap musim, berminggu jugaklah hujan akan turun, alhamdulillah hujan tu rahmat, tak baik kan merungut, hehe. Alhamdulillah jugak sebab hari ni pagi tadi cerah, tapi sekarang dah mendung, malam nanti mungkin akan hujan sampai laa seharian esoknya. Harap2 jumaat ni tak hujan, kalau tak, habis laa kucar-kacir jadual kerjaku...

Dah lama tak bawa anak2 main kat playground, kalau bawa takat jalan2 round2 pusing2 ada laa. Rafiqh ni pelik sikit peelnya, kalau pi playground takdak budak2 nak main dengan dia, dia memang takmau main, dia akan jalan2 pimaipimai tang tu ja. Bila ajar dia naik suberidai(=slide) atau buranko(=swing), boleh pulak dia kekok2, haparaaa takkan nak suruh mama buat demo kot, ada gheban terus semua2 tu, hahaha. Petang sabtu lepas disebabkan taktau nak bawa budak2 ni ke mana, kami pi playground depan rumah ni saja. Selalunya kalau keluar jalan2, I akan babywearing Raziqh, Rafiqh duk dalam stroller tapi lately rasa macam nak banyakkan train dia supaya berjalan so kali ni I suruh dia jalan while adik duduk dalam stroller. Bila adik duk dalam stroller, Rafiqh pun sibuklah nak menolak, sampai dia tergolek2 jatuh tersepak batu masa tolak stroller tu, hahaha *ops ada ka pi gelak pulak tengok anak jatuh*...

Kebetulan minggu lepas pi 100yen shop belikan alat2 mainan pasir untuk Rafiqh, bila sampai kat playground tu I keluarkan laa baldi kecik dengan segala mak-neka cedok2 tu tapi Rafiqh buat derk pulak, aiks dulu suka sangat main pasir, sekarang tak minat dah ka, musykil2... Then keluarkan bola dan tendang ke arahnya, dia ambil bola tu sapu2 pasir dan cakap "ish kotoq! kotoq!" hahaha hampeh! Bola sendiri pandai pulak gaduh kata kotor tapi bola orang selamba ja nak rembat main, hish budak ni! Kesimpulannya tak main pun benda2 yang mama angkut tu, nantilah kita ajak kakak2 Yamadai pi picnic kat umi(=pantai) dekat2 sini yer... Tak lama lepas tu dia jumpa geng, terus pi main dengan budak2 tu sampai nak ajak balik pun punya laa seksa. Last2 mama perambat budak2 tu suruh balik, baru laa Rafiqh nak balik muehehehe...

Gambar takdak, next time lah ambil, I bawa camera tapi lupa masukkan balik memory card, apa punya ngokngek laa, ohohohoho...

Tuesday, April 20, 2010

Pabila dia mula memilih dan membuat keputusan...

Memang dah jadi kebiasaan untuk kanak2 sekitar usia 2tahun menunjukkan kecenderungannya dalam memilih dan membuat keputusan. Perkara ni pastilah suatu perkembangan yang baik kan, sebab mereka cuba belajar untuk 'berpendirian', tapi pada masa yang sama, selalunya kita juga bakal berhadapan dengan 'kesukaran'(read: handling tantrums) bila kita tak penuhi keinginan depa but actually with a good skill and lots of creativity, kita mampu tackle mood mereka dengan mudah...

Dulu Rafiqh hanya memilih pada perkara2 yang simple dan tak complicated, contoh macam nak tidur sini-taknak tidur sana, nak ayah salinkan diaper/buat susu/suap makan-taknak mama, bla3, tapi sejak kebelakangan ni dia mula memilih dan membuat keputusan pada perkara2 yang 'besar'(for me lah!). Semakinlah buat mama terasa cepatnya anak mama dah jadi big boy...

'Perubahan' ni sebenarnya buat I rasa super-happy, most of the time rasa lawak giler tengok kelakuan dia, especially tang nak memahamkan mama apa keinginannya tu, nak cakap tak reti, so dok main hutau2(tunjuk2) ja laa, mak dia pulak kuat menyakat, lagi laa dia tensyen, but of course nak deal dengan dia memang kena banyak2 lah bersabar...

Situasi 1: Nak naik kereta, kadang2 nak duk depan sebelah driver, tapi kadang2 nak duk belakang with adik. So masa tengah jalan dengan dia ke arah kereta, I'll ask him first, "nak duduk mana? ushiro(=belakang)? mae(=depan)?"... Then he will decide on his own, layankan je laa...

Situasi 2: Sejak dulu Rafiqh ni jenis tak memilih makan, jamu apa pun dia belasah. Lately dia makan makin banyak, so kadang2 bila nak jamu dia makan lagi I kena tanya dulu, nak makan tak? And when he says "no", it's really means no. kalau bagi jugak mula laa dia makan main2, I pulak jenis pantang anak main2 dengan foods, untuk elakkan kena marah, better ikut ja kehendak dia... Selain tu, kadang2 dia sendiri nak decide apa dia nak makan, dia akan minta itu ini nak makan yang ada masanya I tak boleh penuhi(contoh before lunch nak makan oyatsu(=snack), oh no no no, takpun tiba2 minta spagetti ka bla3), tapi part ni senang ja, just distract dia dengan benda2 lain, muehehe...

Situasi 3: Sendiri nak decide samada nak jalan atau duk dalam trolley bila pi supermarket, oh tapi bukan takat tu ja, siap nak pilih trolley lagi, so selalunya kami kena ler tunggu dia buat pilihan...

Situasi 4: Pandai jugak nak pilih2 baju mana nak pakai. Oh selalunya baju tak problem sangat tapi dia terlebih concern dengan seluar, and sometimes even with his cloth diaper, kalau seluar tu I boleh 'terima' lagi tapi hadoiii laa cd pun mau pilih ka?! Takdak sapa kelapaq nak tengok aih! So far perangai pilih2 baju ni berlaku untuk pakaian rumah ja, bila nak outing dia rela hati pakai apa yang I tentukan, tapi kot2 nanti buatnya dia dah mula pepandai nak matching-kan baju2 outing pulak memang tepuk dahi laa mama, haru-biru!


inilah hasil pilihannya-baju biru seluar oren, ingat comel dah laa tu, hahaha...

Dan macam2lah lagi dia nak memilih...
Lepas ni apa pulak?!

Monday, April 19, 2010

Kedai kuih kaklong!

Entry ni nak promote kedai my sil-kaklong lah pulak, hehehe...

Bagi sesiapa yang tinggal di sekitar Kepala Batas, Pulau Pinang yang teringin nak makan kuih-muih sedap2 boleh laa order kat my sil-kaklong. Kaklong dah officially buka online shop yang menerima tempahan kuih2. Eeeiii bestnya, kalau duk dekat boleh laa order, kaklong memang terkenal dengan ke-terer-an dia memasak. Nanti bila2 mak nak buat majlis apa2, boleh laa order kat kaklong kan, hihi... Moga bisnes kaklong berjalan lancar dan maju, who knows nanti ada rangkaian kilang ka kan, wohohoho...

Jom2, mai jemput masuk tengok apa yang ada - online shop Siti Mariam...

Saturday, April 17, 2010

Swing in the house!

Bought this swing almost 2years back, masa pesan mak belikan buaian ni I was not yet pregnant with Raziqh, sekadar suka2 minta abah belikan since kebetulan at that time my family had planned to visit us, kengkononnya kot2 laa nanti2 for next babies nak guna ka(cause Rafiqh tak pernah tidur dalam buaian), kalau sendiri yang nak bawa mai sini memang taklah, buat rugi timbangan ja kan, baik bawa balik stok makanan, hihi...

Only 8months after Raziqh was born, baru sekarang I buka kotaknya dan pasang. Mula2 dulu ingatkan sia2 ja laa beli cause tak nampak 'gaya' nak guna langsung, akhirnya digunakan jua. For how long? Just wait and see...

Zaman moden sekarang ni ramai dah yang menolak penggunaan buaian bayi ni, most probably for safety reason. Ada yang kata bahaya sebab baby tak boleh bernafas lah, bahaya baby jatuh lah, so on and so forth, yes I agree, memang ada betulnya. But personally bagi I setiap benda tu ada risiko tersendiri, in fact walker, baby cot, formula milk, baby foods kat pasaran, feeding bottle yada2 semuanya boleh menjadi faktor yang memudaratkan atau membahayakan baby...

Ada jugak yang kata baby yang terbiasa tidur buai ni leceh, pi mana2 pun nak kena hangkut buaian, yang ni pun betul jugak, contoh terdekat adalah my own siblings, dulu2 nak pi mana2 pun mak kena make sure tempat tu ada buaian. Tapi lately banyak pulak I dengar cerita dari my friends yang anak2 mereka dihantar nursery, kat nursery ditidurkan dalam buaian but once balik rumah their baby is able to sleep in baby cot or on mattress. I guess semuanya terpulang pada asuhan dan mindset mak dia. Kalau mak dia jenis yang tak letak limit itu ini anak dia tak boleh/reti, insyaAllah itulah hasilnya...

I tak pernah kecam tindakan atau pilihan ibu2 yang nak/taknak guna buaian ni, pandai2 laa decide untuk kemudahan/kehendak/keselesaan sendiri. Tapi sebaiknya biar laa baby tu besar sikit kan, kalau baru beberapa hari dah masuk buai, risau laa jugak...

Masa balik Malaysia lastyear mak bagi kain buaian tu(my youngest brother guna masa kecik2 dulu), istimewanya kain ni selain ia lubang2(tak ganggu pernafasan baby, baby boleh nampak luar dan I sendiri boleh nampak dia), kain ni ada zip kat both hujung tu so that insyaAllah Raziqh takkan jatuh. Zip tu jahit sendiri, kalau kat kedai rasanya takdak jual. Kalau tengok kat gambar tu, 1bahagian I dah zipkan siap2, 1 lagi untuk masukkan Raziqh...

Oh actually, ada sebab kenapa baru sekarang we need this swing for Raziqh. I have 'big project' to be done, so untuk fulfill-kan projek tu, I rasa I perlukan buaian ni. Memang agak terlewat nak perkenalkan buaian kat Raziqh, but hey dia ok ja, seronok kemain dapat tidur dalam tu. Nanti bila my so called project tu dah berjaya, I'll write about it here okey...

Masakan semalam dan hari ni...

Pagi semalam buat srikaya ni, dah lama tak makan pau inti kaya, tetiba teringin pulak. Rafiqh pun suka sangat pau kaya, sama macam mama, cuma ayahnya ja yang suka makan inti kari ayam, takpa laa kan, sekali-sekala kita ubah selera, ikut tekak mama dan anak pulak, hihi... Resepi homemade srikaya ni I dah pernah letak kat sini dulu, kalau berkenan sila laa godek2 kat 'recipe' tu sendiri ye...

Tengaharinya buat donat(lagi). Kerap2 buat donat ni bukan untuk meniaga pun, sekarang dah makin jarang orang menempah donat, buat frozen donat ni stand by untuk masa2 memerlukan, lagipun senang sangat, nak buat tiap2 hari pun boleh. Breakfast rabu dan khamis lepas I goreng donat, Rafiqh suka laa, 3biji pun dia boleh habiskan. Pagi semalam breakfast roti laa pulak, tapi Rafiqh takmau, dia dok laa tanya "mama, nonat?!(=donat?!), mama, nonat?!"(ulang2 40kali), hamboi2 nak makan donat lagi, tak cemuih2 ka?! "Laa mai mana pulak donat, habis dah mama goreng, hari ni kita breakfast pan(=roti) ok, nanti petang mama buat donat ek". Tapi dia dok nonat2 situ laa jugak, so buka fridge dan tunjukkan memang takdak donat dah aih, baru dia ok. Sebagai memenuhi janji, kena laa buat untuk dia donat ni. Sebelum nak goreng donat ni, sementara tunggu minyak panas, I letak talam donat atas meja, dia nampak ja donat terus panjat kerusi meja makan tu, tadah tangan dan baca doa, uishhh nasib baik mak dia nampak, kalau dak, haihhh selamat laa anak haku makan donat mentah. Haa memang pernah dah jadi, hari tu dia makan roti goreng-tak-dan-nak-goreng, hahaha. Loqlaq sungguh budak ni, lapaq sangat ka?!

Lepas siap goreng donat, kelebek pau lah pulak. Donat tu 2ketul ja goreng sampai masak untuk Rafiqh, selebihnya tu di-frozen-kan. Pau ni macam biasa buat 12biji, ayah 4, mama 4, Rafiqh 2, lagi 2 tu mama makan breakfast pagi tadi, hehe, ops ayah dan Rafiqh pagi tadi makan goreng pisang...

Dinner semalam masak nasi daging, walla terangkatlah ada menu air asam. Ni 1st time masak nasi daging tak pakai perencah segera, hahaha, ternyata masakan yang diadun sendiri lagi sedap(perasan!). Macam biasa laa resepi nasi daging berempah ni dicilok dari Kak Fida myResepi. Dah terbiasa sejak dulu kalau makan nasi daging, tak sah kalau takdak air asam, memang gandingan yang mantap! Menu tambahan semalam buat ayam bakar saja. Tomato mentah dalam pinggan tu milik Rafiqh, sebab dia mana boleh makan air asam, mau kelupoq nanti, hehe.

Lunch hari ni pulak, masak ayam masak lemak(tanpa cili api), sengaja tak letak cili api sebab nanti kasihan Rafiqh kepedasan. Gantikan cili api tu dengan sambal belacan. Selain tu ada ayam goreng berempah dan ulam timun...
Gambar hiasan: Rafiqh si tukang tumbuk sambal belacan(berlakon semata2) dan Raziqh pemerhati setia, hahaha...

Friday, April 16, 2010

Kasihan baby mama

Dah 2hari tak update blog, memang nak sangat2 post entry baru tapi masa yang ada agak terhad. Banyak benda nak dibuat dan kena buat tapi apakan daya tangan cuma ada 2 saja, kalau tangan ada 8 ka, haa serba-serbi boleh beres cepat2, kan kan?! Ok lah, entry ni nak cerita pasal Raziqh...

'Budak tak reti duk diam, memang selalu dapat sakit', memang tepat sekali! Sama ja macam Rafiqh dulu, dalam sehari tak sah kalau tak jatuh ka terhantuk ka hapa ka, tapi Rafiqh lasak, takat sikit2 dia tak menangis pun, muka releks ja, kalau dia menangis tu maknanya memang sakit laa tu, memang 'kena' sangat nama Tsuyoshi(kuat) tu dengan keperibadiannya. Raziqh ni pulak lain, manja sikit, or should I say mengada2, tak sakit tara mana pun tapi dia punya ghenggah tu mak aih bingit telinga. Selalu cakap kat dia, "apalah adik ni, nama ja Takeshi, patut kena jadi samurai maa" hahaha...

Gambar kat bawah ni 'habuan' dia dapat hasil penyibuk nak 'tolong' mama kemas rumah 3hari lepas. Lebam tang dahi baru nak pulih dapat pulak tanda tang pipi. Dalam gambar tak nampak jelas sangat kesan lebam tu, nampak garisan merah ja tapi kalau tengok real, memang obviously nampak lebam teruk, terhantuk kat meja, hmmm. Dah beberapa orang tegur lebam tu, semalam pi klinik untuk cucuk pun paed tegur, haiyaaa sat lagi orang ingat mama dera adik pulak, hish budak bertuah ni!

"Bulat kan mata saya? Penat saya jegil tau!"

Gambar di bawah ni pulak dia tersangkut bawah kerusi. Selalu jadi macam ni, sangkut merata2, masuk tau, keluar taktau. Kadang2 Rafiqh lah yang tolong tarik kaki dia, haha comel sangat tengok tapi kalau kes macam ni mama ja boleh keluarkan, onichan tolong tengok ja laa...

Banyak sangat kerja budak 2orang ni, tak boleh ralit sikit pun. Dah berapa kali entah Raziqh ni terjun tergolek2 kat beranda luar. Hari tu 2beradik ni 'kerjakan' sabun dalam toilet, sedar2 ja dengar Rafiqh menangis sebab mata dah pedih sabun masuk mata. Mama tengah kemas baju dalam bilik, ingatkan depa main kat tepi beranda, rupa2nya si abang dok lumoq sabun kat dia dan adik, adik syok laa. Patut laa diam ja, masuk2 ja toilet tengok dua2 dah berlemuih penuh sabun, hadoiiilaa tapi lepas mandikan depa, tuh dia, wangiiii...

Tuesday, April 13, 2010

Spring cleaning lagi...

Hadoiii penatnya laa, hari ni dari pagi dok pulun mengemas rumah, spring cleaning fasa ke-2(konon!), ni baru nak berehat. Sejak seminggu kebelakangan ni dah mula rasa panas dah, Raziqh pun malam2 tak berapa boleh tidur lena, 4-5-6kali jugaklah dia terjaga, asyik resah gelisah, ubah sana tak kena, ubah sini pun tak kena, melalak ja laa kerjanya. Tapi mungkin jugak dia dok meragam tu sebab gigi atasnya nak tumbuh kot. Semalam pasangkan kipas kat dia, haa baru laa dia tidur nyenyak...

Sebab kasihankan dia, mulai malam ni dah kena tukar tempat tidur dah la, sebelum ni kami tidur kat ruang tamu sebab ruang tamu lebih panas, sesuai untuk winter, tapi sekarang kan dah masuk spring so better tidur kat bilik tidur semula. Tu yang dok pulun kemas bilik tu, vacuum-lap-salin cadar dan ubah kedudukan barang2 dalam tu. Dah alang2 mengemas bilik tidur, habis serumah I kerjakan, dengan almari baju dan laci2 barang semua habis kena punggah dan susun balik, haa baru puas hati...

Pagi tadi bangun sahur, sementara tunggu subuh tu belek dulu apa2 yang patut. Ikut hati ni memang takmau stop tapi lepas solat terdengar Raziqh menangis laa pulak, pi susukan dia dan nak sambung tidurlah, mata pulak taknak lelap, akibat bersahur dengan kopi hikhik. Terkebil2 tak sudah, baik bangun buat kerja kan, berhenti sekejap untuk siapkan breakfast dan bekal myLove. Lepas myLove pi kerja, I dok pungpang2 mengemas, stop lagi untuk layan 2R dan tidurkan depa, then sambung balik. Tengahari stop pulak nak bagi 2R lunch, kemudian akhir sekali kemas dapur. Baby cot yang dibuat playpen tu pun dah selamat disimpan, buat menyemak ja kat dapur tu, bukan depa mau pun main dalam tu, dok jadi tempat simpan toys depa ada laa. Dah lipat simpan semua terasa lapangggg sungguh rumah ni. Rumah yang sempit ni kalau disusun kemas pasti akan terasa luas kan?! Haa begitulah seadanya...

Ni rupa ruang tamu kami sekarang. Habis dah futon2 diangkut, tinggal sekeping ni ja untuk 2R guna masa tidur siang. Jumaat ni nak pi 100yen shop nak cari raga besar nak dijadikan bekas simpan omocha(=toys) 2R, lepas ni nak bagi depa main kat bilik ni ja sehingga Raziqh cukup 'besar' untuk main kat bilik satu lagi tu...

Dapur pun dah clear, luas laa sikit untuk 2R bermain kan. Gambar bawah sekali ialah baby cot yang siap dilipat, jadi kecik ja, senang nak simpan, tak makan banyak space. Tunggu next baby pulaklah ye baru khidmatmu diperlukan, hehe...

Puasa dan makanan

Hari ni baru hari ke-2 mula puasa semula, dah berapa lamaaa dah tinggal, ni baru terhegeh2 nak puasa balik. Puasa ganti untuk puasa ramadhan yang tinggal sebab bersalinkan Raziqh hari tu dah settle dah, alhamdulillah. Sekarang dok pulun nak langsaikan puasa nazar pulak, ada 7hari lagi. Cadangnya nak puasa 3hari seminggu so insyaAllah dalam 3minggu selesai laa. Lepas tu boleh la nak buat puasa sunat pulak. Bagus sebenarnya puasa ni, sebab hanya dengan berpuasa dapat menghalang diri ni dari makan. Kalau tak puasa, kerja melantak ja tak habis2, hehe...

Orang kata tengah2 puasa ni laa nafsu makin susah nak kawal, aip2 ni nafsu makan ek, bukan nafsu lain hokey! Memang betul pun, tengah dok puasa pun otak ni tak habis2 fikir pasal makanan. Pagi2 lagi dah belek myResepi, macam2 benda teringin nak makan, hampeh sungguh!

Semalam buat susu pekat manis, 1st time cuba. Kat sini bukannya takdak jual susu pekat, ada aih tapi agak mahal ler. Boleh ja nak beli, bukan nak pakai selalu pun kan tapi dah kebetulan masa merayau2 dalam myR terjumpa resepi ni so terus rasa nak cuba lah. Gambar kat bawah ni diambil masa susu tengah panas so tak nampak sangat 'kepekatan'nya. Bila dah masuk fridge baru nampak pekat. Tapi sepatutnya I masak lagi lama untuk hasil yang lebih baik, takpa next time buat lagi sampai berjaya...


Bahan2:
500 ml susu segar
100 gm gula

Cara2:
- masak atas api sederhana sehingga susu jadi separuh dari sukatan asal


Petangnya pulak cuba buat apam gula hangus tapi tak berapa menjadi, gambar pun tak ambil(dah tak jadi, takkan nak tunjuk jugak kot, hish). Tak jadi pun takpa, Rafiqh belasah jugak, I buat juadah berbuka semalam dan bersahur pagi tadi, bakinya ada sikit ja lagi...

Hari ni pulak buat dadih, guna resepi mak, ambil kat fp kaklong. Lama dah tak makan, rindu pulak nak jamah dadih mak. Resepi mak ni special sikit tau, lembut beralun2, bila start makan memang tak boleh stop...


Kalau kat Malaysia, boleh laa beli susu segar 'terbaik dari ladang' yang biasanya ada banyak dijual kat pasar tani tu, tapi kat sini susu pure tu mahal laa, I pakai freshmilk biasa ja, untuk dapatkan rasa lemak yang mantap, beli freshmilk yang 'pekat', bukan yang rendah lemak atau yang dah diubahsuai tu. Dari 2liter susu dapat 9 cawan macam dalam gambar tu, buat perisa jagung, bandung dan kosong. Rafiqh dah tak sabar nak makan dah, dari tadi dok gelut pimaipimai nak buka fridge, hish budak ni...

Bahan2:
1/3 (8 gm) agar2 bertali 24 gm
1 1/2 cawan air
3/4 cawan gula
2 liter susu segar
secubit garam

Cara2:
- masak agar2 bersama 1 1/2 cawan air hingga larut, kemudian tapis
- masukkan susu, gula dan garam
- masak hingga susu mengelegak skit2, kacau sentiasa
- agihkan dalam bekas2

Tips: biarkan susu tu suam2 sebelum letak perisa dan agih masuk bekas...


Juadah berbuka hari ni tak buat apa2 dah, nak habiskan mee-bandung-bodoh hari tu, ada baki lagi kuahnya. Esok nak masak apa pun taktau lagi, ermmm apa yang best ek?!

Monday, April 12, 2010

Roti goreng dan mee-bandung-bodoh

Hari jumaat buat roti goreng berintikan daging cincang dan peanut butter(Rafiqh punya) untuk minum petang. Doh roti goreng ni pakai resepi buat pau tapi kali ni tambah 1/2biji telur lebihan buat donat hari sebelumnya. Selain tu, kelainan roti goreng kali ni juga ialah masa nak goreng tu salut roti dengan telur dan golek2 dalam serbuk roti, then baru goreng, hasilnya lebih rangup. Tak ingat laa pulak tengok kat blog mana buat roti goreng jenis ni. Inti tu sama ja macam buat inti karipap, pakai serbuk kari cuma tak letak kentang, sebaliknya letak mix vegetables...

Ni resepi doh roti goreng kali ni:
130 ml air suam
1/2 biji telur
250 gm tepung gandum (I campur tepung gandum dengan tepung roti dalam 100gm)
1 sudu teh serbuk penaik
3 1/2 sudu besar gula
1 sudu besar marjerin/shortening
1 sudu kecil yis

Caranya macam biasa, sukat2 campak2 dalam breadmaker, bagi bm yang adun, senang! Bila dah siap jadi doh, bahagikan 12ketul dan kelebek lebih kurang, biarkan 1/2jam sebelum digoreng...


Lastweek beli mee dan fishcake, rasa nak makan mee goreng laa pulak tapi sampai ke sudah tak buat2. So disebabkan semalam paginya tu ada gotong-royong apato, tengahari tu nak cepat punya pasal, masak mee laa paling simple kan. Tapi jenuh fikir punya fikir, tak tau nak masak mee apalah pulak, tekak dah tak rasa nak makan meegoreng, tapi bahan2 yang ada pun terhad sebab memang tak plan nak buat mee berkuah, then saja2 laa buat status kat fb so dapatlah beberapa idea sumbangan kawan2, hehe. Kak Hanny cadang suruh buat mee kungfu, perghh best tu, lama dah tak makan tapi mee kungfu ni banyak pakai telur kan, telur yang ada cuma 2biji saja so cancel. Belek2 myResepi terus decided nak buat mee bandung. Ni kira mee bandung bodoh laa ni sebab tak cukup bahan. Mee bandung ni pun dah lama tak buat...
Bahan untuk kuah:
* bawang merah/besar
* bawang putih
* udang kering
* cili boh
ayam
fishcake
carrot
kobis
sos cili
sos tomato
sos tiram
garam
gula
telur (dipukul)

- bland bahan2 bertanda *
- panaskan periuk dan letak minyak, tumis bahan bland hingga naik bau
- masukkan air dan sos2, masukkan ayam, fishcake dan carrot
- adjust rasa, masukkan kobis dan akhir sekali masukkan telur

Simple sangat kan, kalau ada udang, sotong, daging, sawi, tomato dan sebagainya, mesti lagi mantap!

Sunday, April 11, 2010

Rindunya pada majlis ilmu...

Sejak bergelar ibu, boleh kira berapa kali sangatlah dapat peluang menghadirkan diri ke majlis2 ilmu. Ya Allah, rindu sungguh hati ni nak kembali berkumpul ramai2 untuk berusrah...

Kat sini alhamdulillah memang ada kegiatan usrah yang aktif, baik dari kalangan lelaki mahupun perempuan, atau yang dibuat secara keseluruhan(campur lelaki dan perempuan). Dah lama wujud aktiviti usrah ni, dah ada organisasi tersendiri yang sentiasa bergiat cergas mengimarahkan majlis2 ilmu. Selalu jugaklah dapat jemputan, kalau majlis untuk lelaki dan perempuan biasanya kami tak ada masalah nak join, tapi kalau yang perempuan saja tu which I really2 want to go, selalu ada saja kekangan yang menjadi penghalang...

Pertamanya dari segi nak mengawal 2R. Budak2 ni unpredctable sikit kan perangai depa, sometimes they can behave well, but sometimes they can't. Kalau bawa jalan2 memang no hal tapi bila ke majlis yang semua orang duduk je, budak2 ni cepat bosan, banyak laa benda yang depa nak buat nanti, kalau I sorang2 nak handle both, memang tak menang tangan laa. Takkan nak harap kohaitachi pulak kan, depa pi usrah tu nak dapatkan ilmu, bukan nak jaga 2R. Ermmm boleh ja kalau nak tinggalkan salah sorang pada myLove, tapi I rasa sangat berat hati laa pulak...

Tambahan pulak, disebabkan majoriti peserta usrah ni adalah students so they always prefer to held it at night. MyLove takdak problem nak lepaskan I keluar even at night tapinya nak bawa 2R ni berjalan kaki alone masuk kawasan apato tempat usrah tu agak menjadi masalah sikit. I tak reti drive masuk situ sebab jalannya agak sempit, malam2 pulak lagi laa rasa susah, selalunya kalau nak pi apato tu I akan park kereta kat luar area apato dan jalan kaki around 10minutes...

Kemudiannya dari segi tempat, I rasa yang ni lah big problem. Bawa budak2 kecik pi rumah orang memang memerlukan pengawasan yang rapi. Nak paksa depa duk diam2 tu memang sangat mustahil tapi nak lepas depa bebas bergerak pun bakal menimbulkan kekecohan, biasalah kan, rumah orang bujang ni banyak barang2 menarik dan hiasan2 comel, hehe...

Alhamdulillah, semalam kami berkesempatan menghadirkan diri ke majlis Welcome To Japan di bawah kelolaan Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi. MyLove kerja semalam so I was thinking nak bawa 2R ni ke mana, teringatkan majlis tu so rasa nak join. WTJ ialah program khas untuk pelajar2 baru bagi membincangkan isu2 berkaitan cabaran dan tatacara kehidupan di bumi sakura ni. Program bermula dari pagi tapi kami hanya sempat join untuk sesi petang ja, lepas zuhur baru kami pi. Secara keseluruhannya, memang sangat menarik dan sangat wajar diadakan lebih kerap. Rasanya banyak isu2 berbangkit yang boleh dibincangkan dalam program2 macam ni, bukan saja untuk orang2 yang baru sampai Jepun malah untuk yang dah lama pun, banyak jugak ilmu yang boleh dipelajari. Harapnya pihak presiden PAMY dan ahli jawatankuasa lainnya boleh mempertimbangkan cadangan untuk diadakan majlis2 macam ni at least sekali sebulan ka, macam dulu2 kami jemput 'penceramah' yang terdiri dari orang luar(student dai(=universiti) lain) datang bagi berkongsi ilmu. Majlis semalam buat kat dewan, I personally rasa sangat selesa, senang nak concentrate sebab boleh lepas Rafiqh bebas bergerak dan main kat belakang dewan tanpa rasa risau...

Bila fikir2 balik, nak cari ilmu ni memang tak mudah, kalau nak mengalah dengan situasi semasa ja sampai bila pun tak ke mana kan? So next time dalam masa terdekat ni, rasa nak ajak the girls datang ke rumah berusrah di sini, hopefully Allah akan permudahkan...

Raziqh sampai2 terus tertidur...


nampak tak budak kecik kat belah kanan ni?! Tekunnya dia...


tulis apa tu cik abang?!

Raziqh Takeshi @ hanami...

Kredit to my kohai - Nazir aka Ustad for Raziqh's pictures at hanami. Banyak pulak gambar2 Raziqh yang diambil, hehe tq2! Sasuga camera mahal dan canggih, gambarnya cantik!



Saturday, April 10, 2010

Hanami 2010

Entry ni betul2 dah basi, entah macammana boleh pulak terlupa nak update kat blog...

Ahad lepas kami pi hanami(=tengok bunga sakura), aah sekarang musim sakura tengah berkembang. Tak lama pun sakura ni mangkai(=kembang penuh), selalunya kurang dari 2minggu ja. Apa yang menariknya, sakura ni bila mangkai, penuh sepokok dengan bunga semata2, sehelai daun pun takdak, subhanallah sangat cantik!

Seperti tahun2 sebelumnya, aktiviti hanami ni antara aktiviti yang paling ditunggu2, best betul dapat berpiknik di bawah rendangan pepohon sakura, di tepi tasik, dengan mentari menyinar terik dan angin yang bertiup lembut, tambah pulak jumpa kawan2, ada bbq dan makan2 lagi, perghhh nikmat! Kali ni pun buat kat Tokiwa Koen(=Tokiwa Park) jugak, sangat meriah sebab ada lebih 40orang Malaysian yang terdiri daripada pelajar, pekerja dan penyurirumahtangga(hahaha sorang ja pun), eh tak lupa jugak ada pebudak, muehehehe...

Kohaitachi(=juniors) bagitau majlis start pukul 9.30pagi tapi kami sengaja pi lambat, satgi pi awai2 dok melongok ja, malaih aih, hehe. Bagi 2budak ni tidur dulu, lepas depa bangun baru bersiap2, pukul 11 baru kami tunjuk muka, terkejut jugaklah tengok ramai dah yang ada, tengah makan dah, bagus betul, punctual! Macam2 hidangan disediakan, ayam bbq, nasi goreng, mee goreng, bergedel, keropok, kek, muffins, onde2, pizza, uish tak larat nak senarai, pendek kata macam2 ada, panjang tak kata apa2...

Kami jemput jugak Mariko-san dan senpai(=senior) myLove zaman gakusei(=student) dulu. Mereka ni antara nihonjin(=japanese) yang paling lama berkawan dengan Malaysian. Dah lama tak jumpa, sekkaku(=kebetulan) nak ber-hanami, kami just inform ja laa, jauh dari nun Shimonoseki dan Onoda mereka ni datang...

Cadangnya tahun ni anniversary picture yang selalu kami ambil di studio tu nak laa ambil kat outdoor pulak, kengkononnya nak posing kat bawah pokok sakura. Tapi hampeh tak menjadi, lepas ni kena cari peluang nak ambil jugak2 gambar tahunan tu. Gara2 si Rafiqh yang tak lekat kat tempat piknik, asyik laa berjalan dari awal sampai hingga dah nak balik, tak habis2 heret tangan orang tu orang ni ajak pi jalan2. Diorang ni pun kuat melayan, syok kemain laa dia. Mama pulak yang naik risau bila tak nampak kelibat dia, bukannya apa, tau dia tak nakal dan takkan lari2 cuma takut dia ikut orang yang tak sepatutnya. Susah jugak kan kalau anak jenis tak heran kat orang ni, ikut suka hati ja nak ikut2 orang, haihhh, ni mujur Raziqh tak berjalan lagi, so dia ni di-pass2 kat sekitar situ ja laa, nanti dah boleh jalan, jenuh nak berkepung, dia pun jenis tak takut kat strangers, waduh2...

Lepas habis makan2, Persatuan Anak2 Malaysia Yamaguchi adakan meeting dan majlis jikoshoukai(=memperkenalkan diri) pulak. Kami tengok dari kejauhan sajalah. Menarik sungguh kebelakangan ni, banyak improvement nampaknya sejak ada persatuan ni, good2! Keep it up guys!!!

Tak banyak pun gambar yang sempat mama 2R ambil, selalu macam tu, dah balik rumah baru nak nyesal tak snap picture banyak2, huhu...

Us with Mariko-san, Kudo-san dan aweknya...



tengah meeting...


permandangan sakura dari kawasan perumahan kami...

Friday, April 9, 2010

Tag dari Kak Hanny

Kali ni kena tag dengan Kak Hanny pulak, sebab tengah takdak kerja, meh laa nak jawab, hehe...

1) Go to your photo files…Select the 8th photo folder.
2) Select the 8th photo in that folder.
3) Post that photo along with the story behind it.
4) Then challenge 8 blogging friends to do the same!



Gambar ni diambil masa golden week(bulan may) 2006 kat Tokyo. Kami pergi sana sekadar untuk jalan2-buang-karan, masa ni I dah pun final year, so time tu ada shuushoku katsudou(=job hunting) so I pun pi menyibuk ja laa, bukan nak cari kerja pun, niat sebenar nak pi meronggeng jumpa kawan2 lama satu batch kat AAJ dolu2, hakhakhak, poyo giler.

Dari Ube kami naik bas dan sampai kat Tokyo eki(=station), kami separate, cause myLove nak ke Gunma, jumpa bestfriend dia kat sana. Lepas seharian di Tokyo, malam tu I stay kat Utsunomiya dan ber-huhahuha gaya orang bujang dengan all my bestfriends IMFEEN berapa hari entah tak ingat dah, last day tu pi Tokyo balik jumpa myLove jalan2 berdating dulu then balik Ube semula. Gambar atas tu salah satu gambar kat sana lah!

Eh2, tiba2 rasa rindu giler kat IMFEEN, apa khabar kalian di sana? Ecceh! macam lagu pulak aih...
Eh2 no 2, tiba2 teringat dan terbayang2 kembali kenangan zaman hidup berdua, selalu keluar dating berpegangan tangan dengan myLove, sekarang keluar tak dan dah aih nak pegang2 tangan, mau bersepai-berselerak-tarak anak2 lari mencanak, hak3. Takpa laa, nanti anak2 dah besar, boleh dating balik, kan kan...
Eh2 no 3, tiba2 tersedar betapa 'slim'nya mak 2R zaman muda2, tak boleh jadi ni, kena usaha, gambare gambare nippon! yosh esok start diet *tiap2 hari dok esok2, bila entah nak betul2 esok*, hahaha hampeh...

8orang yang ingin di-tag ialah :-
1. murni - umi 2Z
2. maisara sensei - mommyRayyan
3. ina - mamaIhsan
4. ida - mamaAiman
5. aisya - ibuAina
6. zura - mama 2A
7. faeeza - mamaAdam
8. anje - ummiYaya

Silalah jawab tag ni bila2 rasa takde modal nak update blog yer...

Apabila 2R bertocang...

Kalau mak atau adik2 I tengok gambar2 merapu 2R, mesti kata "ish, awat laa hang/angah loqlaq sangat...", hahaha nasib arr budak2 ni dapat mak yang suka buli dan megheben(merapu). MyLove pun dah naik malas nak layan bini dia yang suka buat kerja tak berfaedah ni. Bukan apa pun, suka2 ja nak release tension, rasa syok tahap gaban bila tengok budak2 ni kena buli, rasa lawak, boleh gelakkan depa guling2 macam tenggiling. Depa pun akan gelakkan sesama sendiri jugak, jadi tambah seronok aktiviti2 macam ni, hehe...

Gambar2 ni diambil minggu lepas, 2R jumpa pengikat rambut mama so depa kerjakan main tarik2. Mama pun apa lagi, ikat ler rambut depa, muahahaha. Budak2 ni siap tadah kepala lagi bagi ikat, bagus sungguh!


Rambut Rafiqh ni dah panjang sangat dah, ramai dah yang tegur, hari tu sempat 'repair' yang depan ja, tu pun jenuh bertepis dengan dia. Pakai mesin pun dia tak bagi, pakai gunting pun takmau jugak, hish kalau ikut hati nak heret bawa pi kedai ja. Dah cakap kat myLove, nanti summer nak 'botakkan' ja dia ni, hahaha, myLove memang tak bagi, tetap berpegang teguh kata anaknya tak hensem kalau botak, cet! Telah terbukti anaknya tetap comel walaupun botak, lastyear masa balik Malaysia kan I dah botakkan, ramai yang kata Rafiqh nampak comel rambut pendek gitu, bak kata my juniors Rafiqh nampak macam 'budak nakal yang cute', hahaha ok mak dia perasan lebih!


Buat muka blur konon, padahal dia laa 'kepala', kuat munggah!!!

Nampak tak lebam kat dahi dia tu? Tak pernah tak lebam, merata lebam, asyik cium lantai ja kerjanya, sungguh rajin bertahajud budak kecik ni, kuang3...

Thursday, April 8, 2010

Gambar rentetan entry lepas...

Di bawah ni ialah gambar2 yang sempat dirakamkan sebelum kejadian 'buang penumpang' semalam. Sayangnya mama tak terfikir nak ambil gambar adik yang terjelepuk jatuh dengan muka blur terkebil2 tak faham kenapa tiba2 kena lempaq, tak terfikir jugak nak snap gambar muka onichan yang selamba ja lepas reverse kereta dengan muka tak bersalahnya nak angkat adik naik kereta semula...

adik tengah main sorang2...


onichan pun datang nak menyibuk...


mula2 adik seperti biasa akan menunjukkan rasa iya(=tak suka), tapi tak lama lepas tu dia ok laa pulak...


kereta yang di'gantung' semalaman, pagi keesokannya baru diturunkan...


Baru 2orang anak, dah boleh rasa hiruk-pikuk dah hidup ni, tu pun ada hati nak tambah baby cepat2 lagi tu, hahaha sungguh tak sedar diri kan?! Seronok sebenarnya, memang seronok tengok budak2 ni walaupun kadang2 sakit jiwa pening kepala jugaklah nak hadap kenakalan dan kerenah depa tapi tetap tak pernah timbul rasa tak suka terhadap kehadiran depa, malah setiap hari rasa bersyukur amat sangat, kalau depa takdak, hidup ni pasti rasa tak cukup sempurna...

Biarpun saban hari mama tidur tak lena, mandi tak basah dan makan-tak-sempat-kunyah-main-telan ja dek kerana Rafiqh dan Raziqh, mama tak kesah. Walaupun kadang2 mama mengeluh mama penat tapi mama bukan merungut, jauh sekali untuk menyesal melahirkan onichan dan adik. Mama tak pernah terfikir pun nak ada masa untuk bersendirian atau berdua je dengan ayah, rasa tak sanggup nak tinggalkan anak2 mama hanya sebab nak keluar berhibur. Bagi mama, hiburan, kegembiraan dan kepuasan hidup tu ada pada setiap ruang yang diisi bersama anak2 mama... Tak lama pun nak 'merasa' hidup macam ni kan, nanti anak2 mama dah besar, mama pasti akan rindu dengan saat2 ni...