Tuesday, October 20, 2009

Onichan...

Sebenarnya dari pagi tadi lagi nak tulis entry tapi tak sempat. Bukan busy sangat pun cuma elok nak menaip, ada ja halangan. Sekarang dah nak pukul 10malam, myLove tak balik2 pun lagi, anak2 dah selamat beradu. Walaupun mata ni dah ngantuk amat dah tapi tetap laa tak boleh tidur lagi, kena tunggu encik suami pulang dulu, haiyaa...

Dah beberapa hari teringin nak makan roti panas2, jadinya pagi tadi menggodeklah roti. Buat peanut butter bun je, gentel kecik2 dapat laa 12biji. Gambar bawah ni sebelum dan sesudah dibakar... Disebabkan bun jadi elok comel dan rasanya pun ok, I pun bagi laa sikit kat obasan(=makcik) bawah ni, sebagai tanda terima kasih bagi kami nasi campur kacang tempoh hari. Siap je bakar, tengah2 panas tu hantar ke rumahnya, Raziqh tengah tidur so bawa Rafiqh je. Sempat laa sembang2 kejap, dia ajak masuk minum dulu tapi I menolak sebab takut Raziqh terjaga karang mengamuk pulak. Macam biasalah dia mesti nak bagi barang jugak, so dapat laa Rafiqh buah kesukaan dia iaitu limau... Arigatou ne obasan(terima kasih makcik)...


Berbalik pada tajuk entry...
Sejak Raziqh lahir, kami panggil Rafiqh sebagai onichan(=abang)... Nak panggil "abang" sebab takut pulak dia confuse bila I panggil ayahnya. Buat masa ni panggil onichan laa dulu, kot nanti2 nak ubah, ubahlah! As I always mention before, he loves his brother so much, though sometimes caranya tu agak keterlaluan dan buat I hangin tapi kami semua tahu yang hakikatnya dia sayang amat pada si adik... Ada beberapa perkara yang buat I rasa lucu bila tengok gelagat dia terhadap adiknya... Antaranya:

1. Beberapa hari selepas adik lahir, dia dah boleh sebut nama adiknya. Dia akan panggil "a~jik, a~jik"... Kalau tanya adik nama apa, dia akan jawab "ajik". Selain tu dia pun pandai sebut "adik". I pernah tulis dulu, laaamaaa sebelum adiknya lahir kami dah ajar dia sebut "adik", berbuih2 mulut ni mengajar hagham dia tak sebut pun tapi once adik dah lahir pandai pulak dia sebut, siap boleh panggil nama adik lagi. Tapi yang lawaknya sampai ke saat ni dia masih tak boleh sebut namanya sendiri, hahaha, haparaaa...

2. Dia sangat suka tengok apa je yang I buat kat adik dia, dengan 1 tujuan iaitu nak meniru. Banyaklah yang dia dah tiru dan yang paling I nak tergelak ialah setiap kali si adik menguap/sangap, kalut je dia nak tutup mulut adik. Bagussss baik sungguh onichan, tapi sendiri menguap tak pernah tutup pun mulut, huk aloh!

3. Sekarang ni dia pantang kalau I biarkan adiknya nangis kuat2. I terpaksa ignore tangisan adik tu sekejap sebab tengah buat kerja yang penting, contohnya tengah memasak, takkan nak tinggal gitu ja kot kalau tengah menumis, terbantut laa, kalau tinggal, hangus laa. So kalau dia tengok I buat derk je kat adik dia, dia pun nangis sama, siap tarik2 skirt/seluar I. Ni benda yang dia tak pernah buat pun kalau dia yang nangis...

4. Dia happy sangat kalau ada orang datang rumah. Tak kesahlah siapa pun yang datang, "benda" pertama dia mesti nak tunjuk ialah adiknya. Dia akan lari ke cot adik, tunjuk2 dan jerit2 panggil adik. Walaupun yang datang tu adalah pakcik posmen, hahaha.

Banyaklah lagi perangai dia, nanti2 laa update lagi...

8 comments:

::NaS:: said...

hahaha lawak la rafiqh dgn pakcik posmen pun nak tunjuk adik.sweet~~

Fith said...

Nas,tu lah pasal.mcmlah pakcik posmen tu mai nak tgk adik dia.ish3...

ojasamid said...

haha..comel nye onichan ni.
tp no. 1 tuh mmg serupalah fith. sejak si adik smpi rumah lepas kuar spital dia boleh terus sebut nama adik dia ("ayyasy"). kdg2 "adik". tp yg haru sket tuh 5 bulan lps adik lahir barulah dia nk panggil "ibu". sadis betul.. ayyasy ni makechatta kibun :p

Fith said...

Kak ojasamid,
tuh dia,hahaha.affan lg teruja dgn ayyasy compare to ibunya yer,haha,lawak laa...tp comel kan the way diorg ni react towards adik2 tu.
tgk fb akak,affan sgt montel kan,geramnya tgk,rasa nak picit2.dah besar pun steady aje badannya...

zura said...

ehehehhe.., comel la rafiqh nie..! tu baiknya bila jarak umur dorang nie tak jauh sgt..! dia lebih syg each other n lebih pandai berdikari sebenarnya..! berbanding yg jarak jauh2.., kdg2 dia pnye rase jeles tu over sgt..!
ape pun.., rafiqh mmg budak bijak kan sayang..,

Fith said...

Zura,
aah part berdikari tu mmg tip top laa.automatik diorg ni akan pandai bawa diri...
td jenguk blog zura,wah dah berubah wajah yer.bila nak update lg?tunggu baby lahir ek?!hehe

Ina said...

tang point no 4 tu yg buat tergelak tu. kt pakcik posmen pn nk tnjuk jugak hihi. comel la rafiqh ni :D

Fith said...

Ina,
tu laa ina,haru sungguh!