MyLove pulang ke Malaysia pada raya ke-3, flight sampai pukul 6.45petang sebab transit Kota Kinabalu. Pukul 3petang kami dah berangkat dari Ipoh ke KLIA, abah dan mak naik kereta lain sementara I pandu wish sambil ditemani ateh, achik dan adik. 3orang ni ditugaskan jadi bibik untuk jaga my sons, hehe. Kereta agak banyak, maklum laa masih dalam mood raya dan balik kampung. Kami tiba di KLIA sekitar pukul 6petang. Solat asar dulu sambil tunggu abang myLove sekeluarga sampai, then borak2 hingga laa myLove keluar. Lepas dinner kami anak beranak pulang ke Melaka, abah mak dan adik2 pulak balik Seremban(abah sekarang kerja kat Seremban). Dok Melaka tak lama pun, khamis petang kami dah balik Ipoh balik sebab flight kami the next day.
Khamis tu setiba kat rumah terus buat operasi membasuh baju2 dan mengemas. Sampai tengah malam dok mengemas, terasa banyak sangat barang nak dibawa balik. Tu pun nasib baik kotak2 foods dah siap di pack, tinggal pakaian2 je. Kalau tak sebab balik kampung, semuanya dah settle seminggu awal tapi since 1st hari raya tu setiap hari asyik berjalan je kerjanya, macammana laa nak mula mengemas kan. Jumaat tu bangun pagi2 sambung mengemas lagi. Gedebak gedebuk sampai last minute nak bertolak tu pun masih dok pulun susun barang lagi, hehe. MyLove dah geleng2 kepala sebab semua benda I nak angkut bawa balik, so awal2 lagi I dah bagi jelingan manja suruh dia jangan komen apa2, cause semua2 tu nak jamu dia makan jugak nanti, hahaha...
Kami bertolak ke KLIA pukul 5petang dan selamat sampai lebih kurang 8malam. Kat sana jumpa dengan mertua, alang dan Shahril yang datang dengan adik2nya dan keluarga pakcik Faisal. Selesai check in, I bawa Rafiqh dan Raziqh ke bilik salin baby, tukarkan diapers dan sediakan susu Rafiqh. Tak lama lepas tu kami berangkat masuk. As usual terjadi laa adegan airmata, syahdu sungguh...
Us with the pengantin baru... Terpaksa buh gambar depa kat sini sebagai penghargaan atas usaha murni dok snap pictures kami, hahaha...
Disebabkan bulan 8 dan 9 kebanyakan kampus kat Jepun ni cuti, akhir2 bulan 9 ni selalunya flight penuh laa, ramai nak balik. Seperti yang dijangka memang flight agak full. Kami tak dapat seat yang ada bassinet. Masa dah masuk plane, I tanya pramugari boleh tak tukarkan seat, dia cari2 seat depan dan suruh kami tunggu hingga pintu plane tutup. Dah tutup pintu plane, 2seats kat barisan kami tu kosong, pramugari tanya either kami still nak seat with bassinet or just ambil seat sekarang with 2 extra seats. I pilih untuk tak berpindah... Alhamdulillah Raziqh remained to be a good boy, he slept the whole journey. Rafiqh pulak awal2 tu dok hok-hek-hok-hek laa jugak, dia faham kot dia dah nak balik, plus mengantuk dan lapar. Dalam plane dia ok, tak nakal dan tak buat perangai cuma time tidur tu dia agak gelisah, tak selesa agaknya...
Sampai kat Kansai Airport, lepas settle semua urusan, I bawa the kids ke toilet untuk bersihkan diorang, lap badan, salin baju dan tukar diapers. While myLove ke kaunter sewa kereta untuk ambil kunci kereta yang dah di-booked. Lebih kurang pukul 9pagi kami berangkat balik ke Yamaguchi, beberapa kali stop kat service area sebab myLove mengantuk. Kesian kat Rafiqh, dia dah restless dok dalam child-seat lama2. Lately dia selalu refused duk dalam child-seat sebab sejak raya tu setiap hari travel long distance so dia penat agaknya, asyik merengek2 minta keluarkan dia... Pukul 4petang kami selamat sampai rumah, penat sungguh, pukul 9malam semua tumbang...
Ni gambar pertama kami 4 beranak...
2 comments:
alhamdulillah slmt smpi ye fith..mmg penat balik msia kan, nak2 bila bwk budak2 kecik ni. hehe..
tp kalau MAS buat kempen tiket murah lg maunya kami cabut balik bercuti lg ..ehehe,,xpuas lah balik kejap sgt hari tu..
Kak Ojasamid,
betul2,mmg best blk tapi penat travel dgn budak2,nak kena jaga mood diorg betul2 kan,hehe...
fith pun klau boleh next year mau blk lg,kejap pun jadi ler,tapi taktau ler boleh ke tak,huhu...
Post a Comment