Friday, October 30, 2009

Raziqh @ 3months

Alhamdulillah, Raziqh is 3months young today...

Nothing much to update about this little guy, but still mak dia gatai nak tulis entry pasai dia jugak, hihi...
Raziqh belum boleh meniarap lagi, setakat ni ada laa 4-5kali dia accidently meniarap, tu pun sebab dia tidur mengiring dan disendal bantal kat belakang dia, mungkin dia ter-push bantal tu hingga dia termeniarap. Rafiqh dulu dekat2 4bulan baru meniarap, tapi takpa lambat pun, mama tak kesah, sebab nanti kalau dah boleh meniarap, mengunjur apatah lagi merangkak, hagham dah laa mama boleh update blog macam sekarang ni, muahahaha...

Mulut dia makin kecoh, sakan sungguh nak bercakap, bila depa 2beradik buat "conference" hadoi laa riuh rendah rumah ni padahal tu baru ada 2budak!

Sangatlah concern dengan kehadiran onichan(=abang), kalau tengah menyusu onichan lalu tepi siap paling2 muka tu nak tengok onichan. Dia dah boleh response bila diagah, so dah pandai dah nak main dengan onichan. Onichan pun suka laa tengok adik nganga2 mulut, senyum2, gelak2 dan bunyi bising...

Raziqh ni jenis ada mood, tak padan dengan kecik, Rafiqh dulu takpun! Kalau time moody, dia memang alergic dengan onichan, onichan tak sentuh lagi baru mai dok dekat dia, dia dah ghenggah gheyau(=nangis). Dulu I taktau pun hal ni, so I thought onichan ada buat apa2 laa kat dia, tak pasai2 onichan kena marah, naya sungguh, haha, tapi sejak dah perasan Raziqh ni berangin orangnya, I lebih peka menilai tangisan dia tu...

Unlike Rafiqh, Raziqh ni boleh tidur dalam suasana yang macammana sekalipun. Dia boleh tidur sambil duduk dan paling penting dia boleh tidur dalam keadaan bising. Rafiqh dulu sangatlah sensitif dengan bunyi bising, nak buat apa pun susah. Semut kentut pun dia boleh bangun, huh! Normal laa tu kot kan, Raziqh sejak dalam perut dah terbiasa dengan keadaan bising, naik mangli(=lali) dah kot. Kadang2 tu I boleh marahkan si onichan masa Raziqh tengah sedap tidur atas riba, dia releks je macam tak dengar apa2...

Dalam sehari at least ada 1sesi yang dia akan tidur 3-4jam straight. Time ni memang syok habis laa mak nya, boleh buat macam2 kerja. Tapi biasanya mula pukul 5petang hingga laa I masuk tidur, dia akan buat perangai on off tidur, entah apa yang susah sangat nak tidur pun tak tau laa. Tapi takpa, as long as tak nangis dan dok diam dalam bouncer tu mama no hal laa dik...

Menyusu still macam dulu, tak berapa banyak sangat. Geram jugak bila dia dah tidur lama tapi bila bangun dia nyusu 5minit je, haiyooo bila nak besar ni dik. Kalau tengok gambar Rafiqh dulu, time umur ni dah montel dah, adik biasa2 je. Raziqh ni suka benor hisap jari, tengah2 nyusu tu boleh pulak selit jari masuk mulut, end up dia stop hisap susu tapi ralit hisap jari, haa patut laa adik tak besar2 yer dik?! Aparaaa jari adik lagi sedap ek?!

Raziqh selalu jadi mangsa bulian Rafiqh. Kadang2 nak tergelak jugak tengok muka dia kena buli, hahaha. Onichan tu nak main je sebenarnya tapi cara tu tak kena, dia tu kasar, pulak tu dia geram sangat tengok adik, dia ingat adik ni patung ker hapa boleh picit2 cubit2, siap nak angkat dokong lagi, haiihhh. Nasib laa dik, takpa2 tunggu few months je lagi, lepas ni sure bergomoi laa hangpa berdua, haa time tu buli laa onichan balik hokey!

4 comments:

Ina said...

xkuat menyusu pun dh berlipat2 jugak tu raziqh ye. lawak plak tgh2 nyusu boleh plak sumbat jari hehe. comel ler raziqh ni! ihsan plak la ni menyusu smbil nk sembang. kdg2 tgh2 susu dok mencurah2 tu la dia nk beramah mesra. tenung sana sini. sengih sana sini. alahai nk paksa suruh cpt pn xsmpi hati haha. rasa nk tampung je susu dlm mangkuk. rasa syg susu terbuang hoho.

ojasamid said...

comel2! kejap lg le tu nk bergomol dgn onichan. body pon dh `mantap`. :p
affan n ayyasy pon dh mula `geng` sejak ayyasy dh merangkak. seronok lah jugak nengoknya. n tak risau sgt, compared to masa adiknya masih baby yg terbaring je dulu. (time tuh mmg seriau habis setiapkali si abang dtg dekat baby.) skrg dh kurg mengusik, instead dia akan ajak main sama2. kita pon senang hati sket :D hopefully budak2 ni akan jd "nakayoshi" adik-beradik smpi ke tua..

Fith said...

Ina,
tuh laa ina,maknya plak lbh2 risau anak tak cukup makan.fith ni sampai sumbat2 mulut dia paksa minum,haha.
ish boleh plak time nyusu tu nak sembang,tak lapar sgt laa tu kot,boleh plak buat keje lain,haha,comel2...

Fith said...

Kak ojasamid,
mmg hrp sgt diorg boleh main baik2 sama2 nanti.onichan ni tak sabar dah nak ajak adik main,tunggu kejap je lg,siap ler dia,hehe...