Saturday, October 17, 2009

Kasihan kami...

Hari ni hari sabtu, myLove pi kheja makanya terperap laa kami 3beranak kat rumah. Esok pun myLove kata mungkin kena pi kheja jugak, huhu memerap lagi laa jawabnya. Kalau perap2 boleh jadi sate syok laa jugak, boleh bakar makan dengan nasi empit dan kuah kacang, nyam2. Hari tu masa jamuan raya budak2 ni buat sate liat sikit, Rafiqh pulun makan sampai habih terpelanting atas lantai, hahaha. Eh melalut pulak...

Kebelakangan dan kedepanan ni encik suami selalu pulang lambat... Ceq bukannya apa, tak kesah pun dia balik lambat, tau dia pi kheja bukan pi melewaq(=merayap). Tapi yang tak tahannya ialah anak2 laa, time depa baik, depa baguih dok diam. Buat time depa nak meghap(=meragam), hadoi sawan mak depa nak layan. Yang si kecik tu asai malam ja buat susah nak lena, dia nak sughuh(=suruh) buh dia dalam bilik, bagi susu seround pastu dia pengsan sampai pagi. Masalahnya selagi si abang tu tak tidoq, hagham laa nak aman damai sentosa landing2 atas tilam, memang taklah! Yang si abang ni, siang malam memang takdak benda lain laa, habih2 main dia kheja nak munggah ja. Dah habih mainan dia berselerak-tarak, dia buka laci2 pi punggai(=baling) segala mak nenek khazanah ayah mama. Mula2 larang dia patuh laa sat, dah lama tu mak dia ghalit(=ralit) buat kheja, dia buat balik, tak laghat(=larat) nak jerkah dah, lantak pi hang laa. Kalau ambik gambaq rumah ni, boleh pengsan hangpa tengok, macam tongkang kena langgaq kapal selam...

Awat laa oghang Jepun ni rajin sangat kheja? Habih dengan laki haku jadi macam depa. Hari2 balik lewat, harung sampai sabtu ahad, bila masa depa rehat?! haiyooo...

Tapi takpa laa, kena belajaq didik hati. Dia pi kheja cari rezeki, bukan untuk orang lain, untuk anak bini jugak kan... Kena redha, kena sabaq, fuhhh fuhhh *tarik napas, hembus... hahaha macam senaman pulak*

Kesian kat kami kan? Minggu ni tak pijak tanah pun lagi, bukan takmau turun, tapi tak laghat nak ligan si Rafiqh ni, mana dengan nak kendong si adik ni lagi. Takdak ka sapa2 nak mai rumah, bosan aihhh... Mai laa, mai laa, boleh kita masak2 makan2, bagi muka besaq talam, hahaha...
Dah dah, merapu dah, nak pi tengok Nur Kasih laa, bye2...

5 comments:

ecah said...

hadiff nak dtg bole ker...

Fith said...

eh mai laa,sila2...

p|nKy MaMa said...

tudia aih kak fith..abih keluaq loghat kedah..lawak plak bila baca hehe..kalau la dok dekat mmg laaaama dh kami sampai umah kak fith hehe..
sabaq2 naa;)

Fith said...

hahaha,kalau dok dekat,tak tunggu dyana mai aih,kami pi terjah rumah dyana stp minggu,hehe.
ish lamanya tak update blog,awat bz sgt ka?hehehe

p|nKy MaMa said...

saikin agak bz sket..mcm2 benda nk kena wat..skrg ni tgh berusaha mengupdate,tp tulis ari ni ntah minggu dpn ka br nk bleh publish huhu