Wednesday, October 7, 2009

Rafiqh 1year 10months

Rafiqh reached 1year 10months 2days ago, in just 2months time he will turn 2 !

Ramai orang kat sini tegur that he looked different from the last time they met him. Yer laa kan, in 3months sesiapa pun boleh nampak lain, inikan pulak for a toddler yang sedang membesar. Budak2 seusia dia ni memang cepat nampak perubahannya, baik dari segi rupa mahupun capability in doing something, right?!

Sekarang ni dia selalu demand nak makan sendiri. Dulu2 pun I dah bagi dia makan sendiri tapi terhad laa pada jenis makanan. Of course untuk makanan berat macam nasi tu I still prefer to feed him. Kalau dia makan sendiri dah sah2 laa yang jatuh berterabur tu lagi banyak dari yang masuk mulut. But lately he wants to eat everything on his own. Kalau I tak bagi, dia akan mogok lapar, ces! Oleh itu, untuk mengurangkan bebanan kerja I, I set-kan 2 tempat untuk dia makan. Kalau nak makan nasi kena duduk dekat meja. Kalau nak makan breakfast atau oyatsu(=snack), boleh duduk dekat sofa. Setiap kali dia nak lunch/dinner, I'll accompany him, sit by his side, put some nasi in his plate and let him feeds himself, while at the same time I feed him from another plate. Secara tak langsung dia boleh makan banyak laa compare dengan kalau dia yang suap sendiri. Semestinya setiap petang sebelum ayahnya balik kerja, I'll make sure I dah vacuum both area, kalau tak buat macam ni alamatnya tiap2 petang I kena vacuum the whole house, pengsan!!!

Sejak ada adik, dia dah pandai throw tantrum. Actually this is so normal for kids at his age, bukan sebab ada adik dia jadi gitu. Kalau tak ada pun dia tetap akan lalui fasa tu. Cumanya disebabkan ada adik, it makes the situation more tough and challenging for me. Masa kat Malaysia hari tu, memang selalu laa I naik angin. Tapi sejak balik sini, I dah mula belajar banyakkan sabar, tu pun sebab kesian kat dia, kang marah2 sangat dia tension pulak, dah laa dia cuma ada mama dan ayahnya je. But still, sometimes I failed to tolerate with his tantrums. Most of the time I will just remain silent and ignore him in order to not making me crazy, karang ada pulak yang kena dera kan, hahaha. For me the best way untuk tak meluap2kan amarah ialah dengan diam. Ada 2 patents budak2 in throwing tantrums, sesetengahnya boleh dipujuk baik2, sesetengahnya pulak makin dipujuk makin menjadi2, so untuk golongan ni mak bapak kena buat derk je. Pantau dari jauh je kot2 dia buat sesuatu yang membahayakan diri. Bagi Rafiqh ni, kalau mengamuk dia cuma akan baringkan diri dan menangis. Sebab dia ni jenis tak makan pujuk, I akan cuba pujuk 2-3kali je, then lantak pi hang laa. Bila dia cemuih(=jemu), dia akan senyap dan datang menyendel balik. Lepas mood dia dah baik, baru cakap elok2 tentang "kejadian" tadi. Dari pemerhatian I, apa yang selalu buat dia mengamuk ialah disebabkan miss-communication. Apa dia nak tu I tak faham, alaaahai macammana nak faham, dia tak mau bercakap apa dia nak padahal dia boleh express keinginan dia melalui perkataan dah pun. Bila kehendak dia tak dipenuhi, mula la bergolek2, hish sabar je laa...

So far, vocab dia dah banyak improve since balik Malaysia. He actually can speak lots of words already but I don't know why he still refuse to talk. Geram pun yer jugak sebab mulut tu potpet2 bercakap tapi bahasa planet mana pun taktau laa. Cuba laa cakap bahasa yang ayah dan mama faham, kan ker senang?! Both of us tak ambil hal pun kalau dia lambat nak bercakap, cumanya bila terjadi miss-communication tu yang sakit jiwa tu, I ni jenis tak boleh dengar budak menangis, rasa serabut. Sebolehnya nak minimumkan jumlah tangisan dia tu, so please dear, cakap laa apa yang kamu nak, okey?!


Macam kanak2 lain, dia makin nakal. Hadoi, mak dia dah jadi tarzan dah tiap2 hari. Semua benda dia nak explore, kalau tak membahayakan diri tu takper laa jugak, tapi selalunya dia suka buat benda2 yang pelik. Macammana laa mak dia tak terjerit2 kan, nasib laa takde sakit jantung, kalau tak, dah banyak kali kot koma...

Rafiqh sayang adiknya, tapi dalam sayang2 tu ada terselit cemburu jugak. Normal laa tu, sebelum ni mak ayah dia attend kehendak dia je, sekarang dah mula terbahagi 2, dia rasa tersisih laa agaknya. I ada tulis kat entry lepas tentang percubaan dia nak bagi si adik makan. Baru sekarang I faham kenapa dia selalu nangis bila nak minum susu, rupa2nya dia nak I bagi adiknya minum dulu. Terpaksa laa I pura2 minum dan pura2 bagi adik minum, then cakap kat dia yang adik taknak, adik nak oppai. Ni adik kecik lagi tak boleh makan lagi, dia sibuk nak suap, nanti adik nak share dengan dia, kalau tak bagi memang laa nak kena pelangkung arr...

Ni baby tua, hehe. Apa je barang2 lama dia yang dah jadi milik adik ni dia buat hak milik kekal dia. Bouncer ker walker ker hapa ker semua dia panjat naik. Tu belum masuk botol susu kecil isi air zam-zam adik pun dia sebat minum, hahaha. Macam2 hal laa, jangan nanti berebut dengan adik udah ler, ada yang nak kena debik sedas dua ni...

Kalau ikutkan planning, I nak dia stop bangun malam untuk minum susu since he reached 1year 8months, masa kat sini sebelum balik Malaysia tu dah berjaya dah tapi bila balik Malaysia dia nak minum pulak. Sekarang ni tengah train dia balik. I jugak plan untuk stop-kan bottle feeding before he turns 2, ermmm dah kena mula dari sekarang ni. Next is to potty training him. Waaa yang ni kalut sikit sebab dia masih tak reti nak bagitau bila nak pee apalagi nak poo. Takper2, maybe selepas dah 2tahun I boleh cuba...

That's all for now...

4 comments:

ojasamid said...

wah, rafiqh sudah beso!
aah kan fith, toddler at his age,tiap2 hari ada je dia buat benda yg buat kita bertukar warna biru hijau segala..kami pon masih struggle dgn benda ni..hehe. nak2 affan tuh even dh 2thn 3 bulan ni pon masih dlm proses belajar nk buat ayat yg jelas. sokmo sepatah2, n the rest lgsg tak boleh difahami . adoi la.. :p
(tp kalo ikut research pon kebanyakan baby boy lmbt sket bercakap dri baby girl kan, since mrk nih lbh fokus kat benda2 fizikal n sekitaran dia. asik nk main, lari, memanjat je kerjanye..;) )

tp part jd "baby tua" tu mmg samer fith. akak dulu igt dia jeles, tp mmg gitu agaknya ek. segala reta dia yg lama2 zmn baby kecik dulu sumer nk dicubanya, termasuklah brg2 baby yg si adik pakai. akak pon layankan sajelah, selagi benda2 yg tolerable. huhu. yelahkan, waktu dia kecik dulu dia pon tatau apa rasanya pakai benda2 tu sumer kan. kiter pon kasi can lah..:p

tp mmg mencabar kesabaran kan depa ni? tak reti penat lak tu. pening..pening... hehe..

Ina said...

hihi klaka tgk kerenah rafiqh. yelah dh mmg peringkat usia perangai gitu kan. xlama lg ganda 2 la fith, dgn raziqhnya plak. tp by that time rafiqh pn dh makin pandai. sure dh boleh diharap sket kan :D

Fith said...

Kak ojasamid,
aah betul2,ada jer benda diorg ni nak buat kan.
rafiqh ni klau takde ngamuk2 psl kitorg tak fhm kehendak dia tu fith pun tak kesah dia lmbt ckp.ni asyik laa ngamuk,huish tensyen2,hehe...
baby tua tu takleh buat apa dah.mmg lawak tgk kan,dah beso baru sibuk nak naik/guna blk.

selalu dgr citer affan,teringin nak tgk tuan empunya nama,hehe.akak takde blog/fp/flickr ker?

Ina,
haa tu laa ina,pasni tunggu turn ihsan pulak bg mama dia pening.kdg2 rasa syok,kdg2 mmg makan hati dgn perangai/kerenah diorg ni,hihi...
apapun,semua ni laa yg buat semua ibu tu rasa bahagia kan...

ojasamid said...

alamak, baru perasan jikoshoukai tak abis ek. eheh.malangnya akak xde blog dan yg seumpamanya..melainkan fb n frenster (yg dh lama xdiupdate) saje. kalau ada fb habaq lah ye. ID akak: oja samid. frenster pon samer je ID nye.
x pon add kt ym lg senang. ID:ojasamid
yoroshiku onegaishimasu :D