Perasan tak patent tangisan baby berbeza2 mengikut kehendak diorang?
Masa Rafiqh dulu I tak perasan sangat hal ni, tapi dengan si Raziqh ni memang obviously boleh "detect" apa dia nak. Mungkin sebab Raziqh jenis yang sangat jarang menangis so I cepat faham kenapa dia menangis...
Patut laa kat pasaran ada jual alat yang boleh bagitau kita apa baby kita nak dengan hanya menilai pada tangisan baby tu. Hebat kan?! hehehe. Tapi tu lah, budak2 kecik ni bukan banyak pun sebab musabab yang buat depa menangis. Lapar, mengantuk, tak selesa, tu je laa kot...
Raziqh ni kalau lapar atau tak selesa, dia akan bunyi hok-hek-hok-hek je. Kalau dia dah lama bunyi tapi tak dilayan baru dia nangis, tu pun setakat hek hek hek. Kalau mengantuk biasanya dia akan lentok tidur sendiri. Lately dia dah dapat satu "akal" baru iaitu takmau dok sorang2 dalam cot, huh! Kalau buh dia dalam cot dan dia tak nampak orang, dia akan gelisah dan bila dah lama tak diangkat dia akan meraung, bunyinya "aaaa aaaa", Rafiqh kalau dengar adik nangis macam tu dia akan kata "adik bird!", hahaha. Pernah dengar bunyi burung gagak? Kat sini banyak gagak, tiap2 hari pagi dan petang boleh dengar bunyi gagak. Bila gagak bunyi Rafiqh akan sebut "bird aaa' aaa'". Sekarang ni pulak si adik nangis patent tu, haa elok laa kan, adik jadi gagak!
Itu cerita si Raziqh menangis, so far tangisan dia belum pernah buat I hilang akal lagi laa... Sebaliknya yang buat I hangin ialah si Rafiqh ni... Dulu tak pernah pulak buat perangai pelik2 macam sekarang ni, entah apa sebab pun taktau laa, suka benor meragam tak tentu pasal. Emosi dia sangat sukar diramal, tengah2 gelak tu boleh menangis, memanglah ada sebab dia jadi gitu, ada laa tu tang mana2 yang tak kena, tapi I still tak boleh nak faham apa dia nak sebenarnya. Contohnya laa kan, tengah mandikan dia, amboi sakan bergelak ketawa main air, dah siap mandi I pun lap badan dia dan pakaikan towel kat dia, tiba2 je dia duduk mencangkung nangis2 taknak keluar toilet, hah kenapa? Dia tak puas mandi? Dia taknak pakai diaper? Weeeiiii laa, tak faham sungguh. Mula2 dulu I pujuk2 jugaklah ajak dia keluar, malas laa nak heret dia, tapi dia tak makan pujuk. End up I tinggalkan dia sorang2, satgi pandai2 laa dia keluar sendiri. Tu baru satu tu, ada macam2 hal lagi. Macam2 cara dah I cuba nak menangi hati dia, tapi selalu gagal, ada sesiapa boleh ajar tak cara nak ubat "penyakit" Rafiqh ni? hahaha... Mungkin semua yang dia buat tu sekadar nak extra perhatian je kot kan?! Ermmm I kena banyak belajar bersabar ni...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment