Wednesday, October 14, 2009

Auturm

Beberapa hari ni dah mula terasa sejuk dah. Yer laa kan, dah pertengahan oktober dah pun. Sepatutnya dah masuk aki(=auturm) dah ni, cumanya bila tengok pokok2 kat luar tu masih belum kekuningan lagi. Maybe 2-3minggu lagi baru nak kuning kot...

Pagi2 ni memang dah rasa sejuk tapi malam kadang2 tu masih rasa panas lagi. Tapi tak laa sampai kena on aircond, cukup dengan air-cooler je. I pun dah mula nak kemas2 kipas dan cooler, nanti sumbat masuk almari. Kena keluarkan heater laa pulak...

Aki antara musim yang I paling suka, selain dari haru(=spring). Tak terlalu sejuk dan yang penting tak panas, nyaman je rasa. Cuma tak bestnya masa aki ni kurang sikit aktiviti, tak macam masa natsu(=summer). Biasanya kalau aki setakat pi tengok kouyou(=red leaves) je laa. Tahun ni belum ada apa2 plan nak buat, taktau laa kalau students sini dah ada idea nak ke mana2, kalau sesuai untuk kami yang ada 2budak ni, boleh laa nak join kan...

Bagi I auturm jugak sangat sinonim dengan puasa. Sebabnya maghrib masuk awal, hehe. Sekarang ni pukul 5.44petang dah masuk maghrib, sekejap je puasa dah berbuka, tak terasa penat sangat pun. I dok pulun nak habiskan puasa ganti 9hari tinggal bulan ramadhan hari tu, lepas tu nak settlekan puasa nazar 9hari. Hari ni baru hari ke-5 berpuasa, ada 13hari lagi tu. Harapnya dapat laa puasa at least 2hari seminggu, kalau nak pulun puasa tiap2 hari takut jejaskan milk production pulak, kesian Raziqh. Sekarang ni pun bila petang dekat2 nak berbuka tu boleh rasa susu tak banyak, jenuh dia nak hisap, nasib baik laa dia tak mengamuk...

Oh ya, birthday Rafiqh yang ke-2 dah tak lama lagi dah, kurang 2bulan je dari sekarang. I tengah berkira2 nak buat small birthday party for him. Belum discuss lagi dengan myLove, rasanya myLove tak membantah. Dalam otak ni dah ada gambaran kasar dah tapi of course laa kalau I sorang nak masak untuk jemputan 30++ orang tu mau pengsan mak depa ni kan. Nak kena minta tolong girls kat sini laa nampak gayanya, macam lastyear jugak, haa masa tu baru Rafiqh seorang, ni dah 2orang takut tak menang tangan pulak nanti... Kejap je rasa Rafiqh dah nak masuk 2tahun...

6 comments:

ojasamid said...

wah..fith dh mula ganti ek..best best..
akak byk gak nk ganti thn ni. 8hari.ntah bila lah nk mula. asik lapo je mnjg..huhu..

Ina said...

agaga 30 hari apa pn xganti lg ni! susah tul nk start. kalau sket jumlah hari tu semangat la sket kot hehe. btw sepanjg breastfeeding rafiqh n raziqh fith buat tak spare ebm? kiter xbuat pn even terpk nk buat. takut tetiba waktu kecemasan especially tetiba susu merudum ihsan nk mkn apa. apa pndpt fith, perlu ke ek?

Fith said...

Kak ojasamid,
bab perut sentiasa lapar tu takyah ckp laa,sama laa kita,haha.fith ni klau tak posa,malas betul nak masak.ptg2 baru terhegeh2 masuk dapur,tapi klau posa tghari dah siap fikir dah menu berbuka,hehe.
ni tgh gambaru nak ganti ni...

Fith said...

ina,
tuh laa kan,nak panas enjin tu seksa tu.dah start puasa ok laa tu...
fith tak pernah buat stok ebm.selama ni mmg direct bf jer.masa rafiqh dulu fith puasa lps dia dah start mkn solid foods sbb masa tu risau susu tak cukup.lgpun dia mmg kuat nyusu.
tp dgn raziqh ni disbbkan fith terpaksa kena posa ramadhan,so lps dah hbs ramadhan pun takder risau sgt hal susu tu.raziqh tak kuat nyusu sgt,tu pun 1 faktor gak.tp for sure mlm2 kena mkn byk,hehe.
fith tak tau nak ckp perlu ker tak ebm,maybe ina boleh puasa selang2,so that susu tak terjejas sgt.

zura said...

hye fith.., apa kabar..? lama tak tinggal kan comment rasenya..! dok membaca blog fith dalam senyap je.., eheheheheh..! wah rafiqh dah nak masuk 2thn dah ye..! sekejap je kan.., amsyar pun baru je lepas celebrate birthday dia tu ari..! erm fith tak de facebook ke..? layan la facebook pulak..! ehehehee.., k laaa.., take care

Fith said...

Zura,
hai zura,lama tak dgr citer.blog pun lama tak update ek,hehe.apa citr baby tu?dah tau ker gender?update ler blog,update ler,hihihi...
aah dah nak masuk 2thn dah.wah amsyar dah 2tahun ek.tak lama lg jd abang laa dia yer.
alahai zura,fb ada tp tak aktif.nanti2 laa klau rajin fith aktifkan blk.
take care