Memang ler nak tambah baby lagi tapi bukan laa sekarang atau dalam masa terdekat ni yer puan2, tunggu Raziqh besor sikit. Baru 2orang ni pun mamanya dah bersilat nak buat kerja rumah, bagi chance laa mama bernafas tenang "sekejap" sebelum ada yang nak mai lagi, hihi...
Baru2 ni masa myLove call dari ofis, dia terdengar anak2 dia melalak, dia tanya kenapa diorang nangis? I pun bagitau laa si Rafiqh ni seharian takmau tidur, dah dekat nak maghrib baru lelap, haa biasalah dah kalau tidur time2 tu bila bangun je mesti merengek2 meragam. Yang si Raziqh ni pulak dah mengantuk sangat tapi tak boleh nak tidur sebab si abang bising menangis, last2 dua2 orang melalak. Hadoi pening2, tapi mama releks je, ihiks. Lepas myLove balik kerja, masa dia dok mengasuh dan sembang dengan anak2 dia tu, dia kata "adik cepat laa besor, boleh lari2 main dengan onichan". I dengan tak puas hati pun jawab "uish, mada hayai yo!(=awal lagi ler). Adik biar laa lambat sikit besar ek, mama tak puas lagi nak cium bau baby, nak dukung baby, nak main2 dengan baby". MyLove jawab balik, "apa susah, kalau nak cium bau baby lagi, tambah ler lagi"... Hamboi2, ingat nasi ker boleh tambah2?!
InsyaAllah kalau ikutkan perancangan tu biar laa Raziqh cecah 2tahun dulu sebelum dia dapat adik. Selain dari sebab nak fully breastfeed for 2years, ada banyak faktor lain yang kami kena pertimbangkan, contohnya macam ekonomi keluarga, penjagaan/asuhan anak2 dan lain2... Lagipun kalau ikutkan myLove, dia nak 4orang je anak. Disebabkan I ni pun masih muda(hahaha perasan muda laa pulak, sila jangan muntah ok!), I tak nak laa beranak 4orang tu sebelum umur cecah 30. Nanti sabishi(=sunyi) pulak baru umur 30tahun dah stop beranak dan dah tak ada baby lagi, huhuhu... Lain laa kalau ikut kehendak I ni, I nak anak 6orang. Sebab tu laa I rasa bersyukur yang teramat sangat bila Allah izinkan I bersalin normal kali ni. Kalaulah ditakdirkan bersalin operate lagi, 3orang je laa, sikitnya anak kami. Kot bernasib baik, boleh laa dapat 4orang. Sebelum bersalin tu, ramai laa bising2 bila tau I pregnant lagi sebab takut I kena operate lagi, so nanti tak dapat laa bersalin ramai. Untuk sedapkan hati sendiri, I cakap "takper laa, Is(refer to myLove) bukan nak anak ramai pun, 4orang je." Konon2 lapang laa hati bila jawab macam tu, seolah2 meyakinkan diri bahawa I dah mampu bagi dia anak sepertimana yang dikehendaki, padahal dalam hati ni nak anak lebih dari tu, hehe... Apapun, soal rezeki dapat anak ni adalah rahsia Allah, berdoa je laa, even myLove nak sikit, kalau Allah takdirkan anak kami ramai, haa dia tak boleh cakap apa pun kan, tapi andai ditakdirkan anak kami sikit pun I terima dengan redha...
Apa bestnya ada anak?! I taktau laa baai(=situasi) orang lain kan. Kalau tanya I, I suka sebab rasa hidup ni sempurna dengan kehadiran anak2. Rasa damai dan bahagia bila tengok anak2 membesar especially bila tangan dan kudrat ni yang jaga diorang sepenuhnya. Jiwa rasa tenang bila tengok wajah anak2 masa diorang tidur(tapi serabai kepala otak bila depa bangun, lari2 panjat2 dan bising- in my case baru sorang laa, tapi tetap mencabar kesabaran, kahkahkah)...
Apa bestnya ada baby?! Best woo... Suka sangat dengan bau baby, bau masam2 tu lagi syok. I paling suka cium pipi baby time pipi dia panas2 baru bangun tidur atau baru habis nyusu. Kulit baby halus, best nak kiss. Suka tengok semua part badan dia yang kecil, main dengan tangan dan kakinya... Suka kemam2 gigit2 pipi, tangan, kaki dan badan dia yang tembam. Happy tengok dia punya development setiap hari, each day ada je benda2 baru yang dia discover. Ish banyak laa lagi, tak tersenarai!
Memang beranak tu sakit, teramatlah sakit, tak kira laa beranak normal atau c-sect. Tapi I tak pernah serik nak lalui semua tu lagi. Moga2 Allah izinkan I hamil dan bersalin lagi dan lagi... Amin.
Friday, October 9, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
betul tu. rasa bahagia je tgk muka dia bila dia tdo. tp kalau time dia mengamuk haa rasa nk tercabut otak buntu xtau nk buat apa. tp tula cmner2 pn tetap hiburkan hati kan. kdg2 dia senyap baik sgt rindu plak nk tgk dia bising2. hehe mcm2. kiter pn nk anak ramai. tp tulakan byk benda nk kena consider. apa2 pun moga Allah bg kemampuan utk pelihara semua anak yg dianugerahkan.
Ina,
aah ina,time kecik2 ni plg pening masa diorg nangis.bila dah besar,pening dgn kenakalan diorg pulak,haha...
hari tu baca kat blog ina,nak tambah baby cepat2 ek,hehe.bagus2 nanti jumpa ina,anak berderet dah,hihi
hehe cpt xcpt jugak la fith. dh 2 thn berturut2 ni bersalin. yg pasti papehal pn next bb nk tggu blk mesia. cukup la dlu segala pancaroba selama 2 thn ni. rehat dlu la. bak kata fith nk kena pertimbangkn ekonomi, asuhan n so on sumer tu jugak kan :D
oh gitu,fith pun sama.insyaallah yg selepas raziqh ni tunggu dah blk msia.udah tak sanggup nak bercuti pnjg kat msia lg.plus,2org ni pun sesak napas ni,bg salah sorg "cerdik" sket,haha
Post a Comment