Wednesday, October 14, 2009

Visa Raziqh

Khamis lepas myLove kerja halfday je, tengahari dah balik sebab nak uruskan permohonan penukaran status visa si Raziqh. Kat sini susah sikit nak berurusan dengan imegresen, sebabnya depa buka ofis di Ube ni 2minggu sekali je. Dulu seminggu sekali tapi sekarang ni 2minggu sekali pulak, haihhh leceh sungguh! Kalau ada emergency kena pi sampai ke Shimonoseki, jauh laa jugak, 1jam++ dari sini. Sehari sebelum pi tu I dah call main office kat Shimonoseki tu untuk tanya tentang dokumen2 yang diperlukan, bila dah get ready semuanya baru laa senang, harapnya lepas ni tak ada laa depa call minta itu ini lagi, malas nak tunggu permohonan tu diproses lama2, banyak lagi urusan lain nak kena buat...

Raziqh masuk Jepun menggunakan visa pelancong(temporary visitor). Masa memohon visanya di Malaysia hari tu, I tulis nak mohon visa tu untuk 3bulan, so his visa is valid for 90days. Masa my family datang tahun lepas, they only got visa for 10days, boleh pulak ek gitu, selama ni I tought kalau visa pelancong tu semestinya untuk 3bulan...

Memang kami sengaja tak mohon dependent visa terus, kalau nak mohon dependent visa tu mungkin akan ambil masa yang lebih lama sebab nak kena mohon certificate of eligibility dari imegresen sini dulu baru boleh submit kat embassy Jepun di Malaysia. Dalam keadaan imegresen sini yang tak beroperasi setiap hari plus myLove yang susah nak cuti, untuk memudahkan semua pihak kami dapatkan visa pelancong je dulu. Alhamdulillah untuk urusan visa kali ni semuanya berjalan dengan mudah. Masa Rafiqh dulu kami pakai travel agent dan rasanya depa submit di embassy Penang, mak aih punya laa banyak songeh sampai makan masa lama nak luluskan. Serik dah rasa kena macam tu so kali ni I ambil keputusan untuk uruskan sendiri. Nasib baik laa alang dan suaminya Shahril dok Selangor, depa laa yang tolong pi beli tiket flight Raziqh dan submit-kan permohonan visa tu.

Dulu kalau nak mohon visa pelancong, embassy nak tengok tiket pergi balik. Kali ni dah tak perlu dah, lega sungguh sebabnya kami tak belikan tiket pi balik pun untuk Raziqh, beli tiket pi je. Prosedur dah banyak berubah, rasanya yang latest ni sangatlah mudah. Visa Raziqh siap in 3days only... Oh walaupun dokumen yang embassy minta lampirkan tu tak banyak, tapi disebabkan I dah serik kena masa Rafiqh dulu, I lampirkan jugak segala tok-nenek dokumen yang I pernah bagi dulu2. Haa hambik kau, memang tebal giler laa, hahaha... Senang kan, tak payah depa nak minta2 lagi, ingat orang takde keja lain ka selain dok pi mai pi mai naik turun embassy hantar dokumen. I sediakan 3 bahagian dokumen, bahagian 1 ialah dokumen2 yang depa minta, bahagian 2 ialah dokumen yang I saja gatal2 nak bagi dan bahagian 3 ialah dokumen yang rasanya tak perlu tapi agak2 mungkin kot depa nak nanti, so yang ni I minta alang pegang je dulu, tak payah bagi lagi, just in case depa call cakap nak itu ini lagi, baru pi hantar. Kesimpulannya, seperti yang dijangka ada dokumen dari bahagian 2 yang depa ambil...

Ni website embassy, boleh rujuk sini: http://www.my.emb-japan.go.jp/index.htm

Lepas siap isi borang2 dan submit kat imegresen, kami terus ke shiyakushou(=pejabat daerah) untuk buat "alien card" Raziqh dan ke bahagian kanak2 untuk mohon jidouteate(=child monthly allowance). Alien card ni perlu dibuat oleh semua foreigners, taktau laa pasai apa panggil alien, huhu... Siap 2 urusan tu kami pun balik rumah...

Sebenarnya ada lagi beberapa tempat nak kena pergi, tapi dah lewat pejabat pun dah tutup. Kena tunggu visa siap dulu, nanti pi ambil visa sekali harung settle-kan benda2 lain sama. Ermmm bila laa visa nak siap ni...

4 comments:

Ina said...

if kt kl mmg mdh sgt fith nk mohon visa tu. dolu2 kiter mohon mmg dia bg je terus 3 bln. tp lps2 tu diorg bg ikut tempoh tiket pegi balik kiter. mebi sbb tu kot parents fith dpt 10 jari je? mak kiter dtg ritu pn dpt sbln je ngam2 dgn tiket g balik dia. tp kiter penah gak skali dpt 15 hari je even tiket pegi balik sah2 30 hari. bak kata officer kt embassy tu, dia kata duta tu ikut mood suka hati dia je dia pn xphm. pastu dia apply kt duta lg sorg so dpt la 30 hari. yela tiket dh bli takkan nk ubah ke 15 hari plak. kdg2 yg buat leceh ni bkn prosedur ke apa ke tp individu2 yg berkenaan je yg byk songeh. mcm bagus je. haih ingat2 balik geram je :P

Fith said...

aah betul2,kdg2 officer tu yg lebih2,ngada2 sgt,nyampah btul.
ooo boleh pulak ikut suka hati diorg je nak bg brp hari ek.hish pelik btul.nasib baik raziqh dpt 90hari,klau tak,mau sawan fith haa...
fith syukur sgt kali ni senang je urusannya.klau tak,hadoi tensyen manjang.

Fadhlyna Abd Wahab said...

salam fith,

pegi embassy m*sia kt jpn, mmg boleh kene sawan, fith. hihihi..lg 'mencabar' dugaannye.

Fith said...

Chiput,
haa fith pernah pi dulu,masa nak buat pasport fith.aah mmg boleh sawan,leceh giler,byk songeh kan diorg ni.