Friday, October 23, 2009

Rafiqh's corner

Waaahhh, hari ni rasa macam sabtu laa pulak. Bukan sebab myLove tak kerja tau, tapi sebab tadi dia pi kerja pukul 5pagi, tuh dia, awai kan?! Lepas myLove pi kerja I pun sambung tidur balik, hihi, sedar2 bangun pagi tadi dah pukul 8.30pagi. Lega rasa hari ni boleh bangun lambat, dah 3-4hari tidur malam tak menentu, siang bukannya boleh lelap pun, kira macam cover balik tidur yang tak cukup tu laa, hehe...

Entry ni nak tunai janji dengan kak Ojasamid sebenarnya. Hari tu janji nak post gambar2 Rafiqh punya playground, eceh playground konon. Jadinya meh laa nak tunjuk tempat Rafiqh bermain yang kami namakan Rafiqh's corner tu. Tak seberapa pun kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang siap boleh provide satu bilik khas untuk anaknya bermain. Kami cuma mampu bagi satu space kecik untuk dia buat sepah ikut sedap hati dia...

Dulu barang2 mainan dia I buh dalam laundry basket dan letak kat dapur. Biasa laa budak2 kan, sekali main tu habis satu bekas tu dia punggah dan sepahkan, penuh atas lantai sampaikan nak jalan pun susah, asyik laa terpijak mainan2 dia tu. Tu tak masuk lagi dengan bukan takat dapur ja macam tongkang terbalik, kat ruang tamu pun dah jadi lagu kapal karam. Bila mai mood nak menyimpan, sikit punya baguih semua dia hawing(=baling) masuk bekas tu tapi bila mai mood malas, hagham dia buat derk je bila suruh simpan, mau tak mau mak dia laa yang kena kemas, grrr... Yang selalu jadi kelam kelibut tu ialah bila ada tetamu mai rumah, kalau tetamu tu bagitau dulu sebelum mai takpa laa jugak, sempat laa nak clear-kan rumah tapi kalau jenis yang mai terjah ja tu, perghhh macam lipas kudung laa, mana dengan nak salin baju pakai yang proper sikit, mana dengan nak sarung tudung, nak mengemas lagi, memang tak sempatlah! Hadoiii malu kat orang rumah berselerak tarak...
So, balik dari Malaysia hari tu I cakap kat myLove I nak buat satu corner untuk Rafiqh. Memandangkan rumah ni ada satu extra bilik yang dulu kami buat bilik bisnes tu, kami decided untuk letak barang dia kat situ. Lepas arranged balik barang2 bilik tu dapat laa satu ruang untuk Rafiqh, and all I need is a table and a chair only... Bila check balik barang2 lama, ada satu meja kotatsu(meja jepun yang bawahnya ada heater) yang dah tak pakai. I rasa better guna yang tu je instead of buying the new ones, kerusi tu pulak memanglah kena beli tapi till now tak beli2 pun lagi, hari tu dah jumpa kat supermarket tapi sebab dok ralit tengok barang2 lain terlupa pulak nak beli *sigh*, nanti2 laa beli...

Kalau I kata lepas dah ada corner ni rumah dah tak bersepah tu I tipu sangat laa kan. Tetap laa mainan dia ada di merata tempat even dalam toilet pun! Cuma I feel better than before, cause at least tak seteruk dulu. Tak laa semput I nak mengemas buatnya tiba2 ada orang datang, sekurang2nya kalau rasa malas nak tolong dia menyimpan, I biar je bilik tu tunggang-langgang, tapi biasanya setiap hari petang2 sebelum ayahnya balik tu I ajar dia untuk simpan balik semua yang dia dah main. Cuma biasalah kanak2 ni cepat bosan, dia kutip separuh jalan je lepas tu dia lantak pi ja. Takpa laa asalkan dia nak buat tu kira ok dah.
After all mainan dia tak laa banyak sangat, kami bukan jenis yang suka membeli mainan, bila rasa penting je beli. Boleh dikatakan lebih 50% tu semua dari pemberian orang especially kohaitachi(=juniors) yang even pi ryouko(=travel) pun masih ingat nak bagi buah tangan untuk si Rafiqh ni...

Mainan dia yang dok atas rak tu sengaja buh bagi tinggi sebab memang tak bagi dia main selalu. Bukan apa pun, flashcards, buku2, peralatan menulis dan blocks. Semua tu hanya boleh main bila I ada untuk awasi dia, kang habis koyak buku2 tu pulak, tak pun takut dia conteng benda2 lain(read:dinding) dan macam2 laa lagi yang tak diingini...

2 comments:

ojasamid said...

wah wah..mekasih fith for this special entry..hikhikhik..

nmpk best je rafiqh (n raziqh) ada corner sendiri. kecik pon takpe kan, dri takde.
as for affan (n ayyasy?), nmpknya space yg agak kosong kt area dapur kami (umah sgtlah kecik..ehe) skrg dhpon occupied dgn set mainan buai+gelongsor+jungle gym affan. gian sgt nk main, terpaksa carik gak yg chuuko. terus penuh rumah tu jadiknya. adoi la. so skrg `tukang sepah` mainan2 yg ada tu bukan si abang tp si adik! haha. syouganai ne. :p

Fith said...

Kak ojasamid,
wah bestnya affan,syok laa ada mainan2 gitu,mesti lg mencabar kan,takyah pi playground dah,hihi.haa tuh laa pasal kan,si adik pulak tukang buat kerja,haha,fith boleh bayangkan... ni nanti raziqh pun sama laa mcm ayyasy,hihi...