Haihhh, ni laa masalahnya bila I berpuasa, nafsu makan tu melampau2. Puasa ni selain dari sebab wajib kena ganti tu, kononnya nak jaga pemakanan, boleh laa nak diet dan shed weight. Tapi hampeh!!! Kalau tak puasa, nak masuk dapur pun malas. Nak masak dinner tu lepas asar baru decide menu dan baru terhegeh2 nak masak. Tapi kalau time puasa, perghhh dari tengahari lagi dah fikir dah menu nak masak, bukan takat dinner je, complete dengan side menu/desert lagi, hamboi teruk sungguh. Macammana laa nak kurus kan, bantai makan tak ingat dunia, kuang3...
Selain buat kek, hari ni jugak I buat roti canai dan murtabak. Eh2 tu bukan I yang nak makan tau, isnin lepas myLove tanya tak ada murtabak ker? Hish, buat pun tak, mana nak adanya... Kesian kat dia punya pasal, haa semalam I dah buat intinya, hari ni balut je laa, weekends nanti boleh makan untuk breakfast atau minum petang...
Kek ni I buat setengah adunan je, cukup laa 2orang je nak makan. Tak boleh nak komen rasanya lagi sebab tak ngap lagi, hehe. Sesiapa nak tau resepi kek ni boleh laa ke rumah Ida yer...
Kek coklat yang dah disiram coklat dan ditabur choc rice, tak sabar den nak makan ni?! yum2...
Ni version cupcakes untuk si Rafiqh. Budak2 tak boleh makan coklat siram dan tabur, nanti rosak gigi, mak budak je boleh, hahaha...
No comments:
Post a Comment