I ikuti drama ni kat web tv3, bila balik Malaysia 3bulan tu tengok kat tv laa. Satu hari tu masa dok tengok drama ni kat web, saja2 laa I baca komen penonton kat ruangan bawah tu, wahhh terkejut laa jugak baca orang dok kutuk si Tiz Zagyah, pelakon utama tu. Depa dok kutuk2 hina2 dia sebab "watak" dia di dunia luar tak sama dengan "watak"nya sebagai Nur Amina... Ler, apa punya pendek akal laa para penonton ni, senang kata apa punya bongok daa, dah nama pun berlakon kan, bukannya betul2 pun. Takkan laa nak kena cari pelakon yang sejibik sama akhlaknya di dalam drama dengan kat luar?! Lojik laa kan, kalau dia sebaik sealim Nur Amina, takkan laa dia nak berlakon?! Dah nama pun pelakon, dia berlakon je laa jadi baik, tu pun tak faham2 ker? haiyaaa... I pun taktau sangat apa isunya, boleh je nak google tapi malas nak ambil tahu....
Apasal I emo sangat?! Eh dak aih, ni bukan kes nak defend dia ka hapa ka, dan tak marah pun cuma terkilan dengan sikap orang kita(read: orang melayu) ni. Suka sangat laa hentam-menghentam, kutuk-mengutuk, caci-memaki(err?!). Kalau tak suka, tak payah tengok, buat apa tambah dosa kering free2? Kalau I, bila tak suka tengok satu2 cerita tu, I memang takkan tengok dah, puas hati! Sepatutnya kita tak payah laa dok hina dia, toksah laa cari kelemahan atau kekurangan dia, kalau betul2 prihatin dengan lifestyle dia, doa laa moga dia berubah, tak pun pi jumpa dia bagi nasihat kaw2 punya, takat dok potpet2 tu nothing will change maa... Dan sepatutnya jugak kita jadikan watak tu sebagai dorongan untuk kita pun jadi macam tu, bukan takat dok harap wujudnya manusia seperti itu, yer dak?! Sesungguhnya kita pun bukannya baik sangat dan bukannya mulia pun hingga melayakkan kita untuk buka aib orang lain...
Apapun, I memang salute laa Tiz Zaqyah tu. Lakonannya mantap, tu first drama dia kan? Pembawakan watak tu tak over sikit pun, sangat natural dan yang paling penting ekspresi wajahnya dah cukup untuk gambarkan gelodak hati dia, perghhh...
Semoga makin banyaklah drama2 macam ni kat pasaran Malaysia. Bagus sebenarnya drama2 islamik ni, boleh didik jatidiri kita, kalau kat Indonesia tu bersepah2 cerita berunsur islam ni, tapi kat Malaysia payah betul nak cari...
4 comments:
btoi2.
salute btul lakonan dia.sangat perfek.rasenye kalo pelakon lain yg bawak watak Nur Amina ni penghayatan dia x sama macam tu kot,n nas pon x tgk kot.hehe.sgt natural la dia blakon.
yer mmg betul.kakfith suka sangat tgk dia,sangat sempurna,hehe.aah klau org lain yg berlakon,mgkn tak se-best dia kan kan kan?
hahaha itula pasaiii. dh nama pn pelakon! isunya sbb ada 1 gmbr dia tgh berparty dgn member2. tulakan mmg lawa sgt dia dlm citer ni. nmpk mcm natural beauty. suka sgt dgn fesyen baju dia berjubah n style pakai tudung mcm masa dia kt mekah tu. kiter dok berangan la tingin nk berfesyen mcm dia. dok ckp kt hubby tp dia gelak je. kiter pn sbb pelik org dok kecoh psl citer ni. so suruh hubby cari nk tgk best sgt ka. hubby awal2 lagi dh kutuk2. skali dh tgk laki bini dua2 kemaruk dgn nur kasih. masa peknen ihsan dok marathon nur kasih ni la even mlm b4 bersalin pun haha :P
Ina,
hahaha,hebat penangan citer ni kan.tp mmg best pun,permandangan dlm citer ni pun sgtlah cantik,suka sgt tgk kampung gitu,hehe.
ooo psl gambar party laa yer.fith tau psl gambar2 dia je,dia pakai baju seksi2 rasanya kan.alah,nama pun pelakon kan,biasa laa benda2 tu semua,hahaha...
Post a Comment