Friday, October 30, 2009

Main masak2 atau masak main2?!

Waaah saikin(=lately) setiap hari ada juadah minum petang. Sedap sungguh melayan nafsu ni kan, mentang2 penimbang kat rumah ni rosak, kemain lagi tak heran nak jaga diet... Ermmm takpa laa, bukan masak untuk sendiri je, ni untuk suami dan anak, saya tumpang gitu2 je pun, hahaha, tumpang laa konon, cit!
Jom2, jom jamu mata...

Ahad tu buat cucur manis(orang kedah panggil coq kembung), tau ka? Alah yang kosong tu, bancuh tepung macam buat cucur udang tapi tak buh apa2, buh gula dengan susu ja bagi lemak2 manis. Sedap woo, teringat time kecik2 dulu kalau balik rumah tok, bila ada gulai ikan lebih tok buat coq kembung. Aah cicah coq kembung dengan gulai, sedap! Kalau makan saja tu I tak suka sangat, I lagi suka cucur udang ka cucur jagung ka cucur ikan bilis ka, tapi myLove sangatlah suka cucur manis ni. Atas permintaan dia I pun buatlah petang tu... Errr sekian, gambar takdak!

Isnin buat kastard apple pie, haa ni kes tak puas makan pie minggu lepas. Kalau sebelum ni buat inti apple pie tu pakai tepung jagung, kali ni try pakai tepung kastard pulak. Pepandai je reka resepi sendiri. Untuk pastry tu buat sama macam yang sebelum ni, sebabnya nak goreng so nanti2 nak try buat yang macam Ina-mamaIhsan ajar tu pulak, yang tu sesuai untuk bakar...

Untuk inti tu, selain ganti tepung jagung dengan tepung kastard, I letak kurma dan kurangkan sukatan gula, tu jer. Kali ni buat 10 ketul, goreng 4ketul untuk buka puasa hari isnin tu, selebihnya frozen-kan... Komen? Mesti laa sedap!


Selasa pulak buat murtabak. Yang ni myLove yang request, so buat 10biji murtabak daging dan 5biji roti canai untuk Rafiqh, semuanya di-frozen. Disebabkan kulit murtabak lebih satu, kes inti tak cukup, terpaksa laa merapu meraban ganti dengan inti kastard apple pie tu yang berkebetulan pulak lebih. Ish, macam tau2 aje, hihi...

Murtabak kastard apple... perghhh nama, canggih you!

Pernah tak makan murtabak manis, alaaa murtabak pisang tu? First time jumpa murtabak manis ni masa dok Kota Bharu dulu, hairan laa jugak, sedap ka. Sampai sekarang ni pun tak pernah makan tapi bila dah makan murtabak kastard tu eh2 macam best laa pulak kan. Balik Malaysia nanti nak try laa beli murtabak pisang. Entah bila nak balik entah, baik laa buat sendiri, hehe...

Rabu buat choco chips cookies tapi kali ni try resepi lain, tak pakai resepi yang selalu dok guna tu. Ni resepinya... http://www.myresipi.com/top/detail/24

Macam biasa, I buat setengah adunan je, banyak jugaklah dapat, yang berjaya disimpan ada lebih dari 70biji, yang dah berjaya di-ngap oleh mama dan Rafiqh sah2 laa lebih dari 10biji, so total-nya memang banyak laa kalau nak banding dengan resepi yang selalu dok pakai tu. Cumanya I tak ikut exactly macam yang ada dalam resepi tu, I ubah dengan kurangkan sukatan gula, tambah lebih serbuk koko, letak milo, lebihkan choc chips dan kurangkan gajus. Rasanya sedaplah! Memang mama dan Rafiqh suka makan biskut coklat, hehe...


Khamis buat donat. Frozen-kan 20biji, yang selebihnya tu goreng untuk juadah berbuka puasa.

Hari ni je tak buat apa2, sebabnya malas! Kalau selalunya I masak dinner lepas asar, hari ni masak awal sebab nak buat nasi ayam, kena laa buat sup dulu untuk kerja2 memerap ayam. Haha mesti orang tak faham kan, apa kena mengena perap ayam dengan buat sup, tak aihhh resepi I pakai ni perap ayam tu lepas direbus dalam sup. Kiranya ayam tu dah masak ler, cuma perap sekali lagi untuk goreng/bakar pulak, tu jer.

Minggu ni agak produktif sikit, banyak buat frozen foods. Minggu depan taktau lagi nak masak apa, kalau rajin boleh laa tambah koleksi frozen foods, kot kalau malas makan je apa yang ada... Hari ni posting entry sampai 3, kekeke, sebenarnya entry2 ni dah ditulis dalam draft, so tambah sikit2 selit2 gambar, klik publish, tu yang banyak posting tu...

7 comments:

ojasamid said...

mak aih..kemain `berasap` dapur fith ni yek. best nyee...kami nk buat minum petang pon cuma ada akak n affan aje. last2 mak nya lah yg menggemuk sorg2..huhu..(beser la, selera beso..kihkihkih..)

Anonymous said...

ida pun sdg menggila membuat benda2 frozen minggu ni..tp takleh buat byk sgt sbb freezer tak muat..jadi la time2 malas nanti ade jugak benda nk mkn hehehe

Fith said...

Kak ojasamid,
haa tu bahaya tu kan.kalau takde tukang makan baik jgn buat kan,hahaha.fith pun kontrol2 gak ni,klau ikut selera hadoi lingkup2...

Ida,
haa tuh laa,tgk gak blog ida,power ida lg laa,mcm2 ada,hehe.

::NaS:: said...

eh eh coq kembong natsukashi....
mak nas slalu buat tu makan ngan gulai.sedaaaapppp

Fith said...

uish orang perak pun panggil coq kembung ek.haa sedap kan,hehe

Kaklong Nuzula said...

uiks... seronoknya main masak2.. heheh... kalah org kat mesia cam ni (saya la!)... isk, rasa tercabar plak. nak blaja jugak la buat apple pie, murtabak, roti canai... tak penah buat frozen food ni..

p/s: minum ptg paling rajin buat cucur jer.. huhu. tapi tak puas2 mkn cucur. selalu buat cucur ikn bilis+jagung+kentang, cicah sos+mayonis.. sedap jugak!

Fith said...

Kaklong Nuzula,
kalau kat msia bila2 teringin tu boleh aje beli kan,macam renyah pulak kalau nak buat kalau takat sikit2,yer dak.sini nak makan kena laa buat,kalau tak buat kena nganga je laa,hahaha.fith malas buat sket2,terus buat byk2 frozen-kan,kes malas ler ni.

haa fith pun suka sgt cucur ikan bilis gitu,mmg favourite laa.selalu gak buat,sedap2...