Thursday, October 8, 2009

Cuoca

Semangat nak kelebek roti, biskut dan kuih-muih dah mai balik dah. Harapnya janganlah semangat je ada, tapi buatnya idak, sia2 laa jawabnya...

Sebelum balik Malaysia hari tu I dah habiskan semua stok tepung dalam rumah ni. Licin habis tepung gandum, tepung roti, tepung kek dan segala-mala jenis tepung laa. Bila balik sini kena laa membeli balik bahan2 yang dah kehabisan tu. Kat sini senang jer, semua benda boleh beli melalui internet. Sangatlah memudahkan terutamanya bagi orang macam I ni yang dok ceruk kampung. Selama dok sini I memang taktau kat mana kedai borong barang2 bakery ni, dengan adanya online shop ni amatlah rasa bersyukur, selain jimat masa dan tenaga, jimat jugak duit sebab boleh compare2 price dari kedai berlainan.

Isnin lepas I dah order barang2nya dan pagi tadi dah pun sampai. Biasanya I akan order banyak2 terus untuk stok berbulan2. Senang sikit kan, boleh jugak jimat duit postage, sebab bila order banyak kedai akan potong atau bagi percuma terus bayaran shipping. Kali ni I order 10kg tepung berprotein tinggi untuk buat roti, 2.5kg tepung kek, 6ketul marjerin 500gm, 1 kotak shortening dan 1 pack skim milk.

Sebenarnya masa balik Malaysia hari tu I dah borong banyak giler barang nak buat kek/biskut/kuih ni. Kalau semua benda nak beli kat sini rabak laa kan. Mahal sangat kalau compare dengan Malaysia. I pulak beli barang2 tu kat kedai borong, memang untung sangatlah. Cukup laa kot untuk stok setahun lebih.

Rafiqh suka sangat makan cookies. Dalam sehari dia boleh makan lebih dari 15biji, itupun lepas di-limit, kalau ikutkan dia ermmm lagi banyak laa kot. Hari tu mak dah bagi 3balang biskut untuk dia, dah habis licin dia makan. So hajatnya esok nak buat choc chips cookies dan sabtu ni buat kek buah dan muffin coklat untuk dibawa ke jamuan raya ahad nanti. Minggu depan boleh start buat roti dll pulak...

Ni web kedai: http://www.cuoca.com/index.html

4 comments:

ojasamid said...

thanks for sharing ye fith. xsangka pulak ada kedai borong online utk brg bakery ni sumer ye. tp mmg memudahkan kan, nak2 harga brg2 tu mahal juga kalo kt supaa.
cumanya..kalau nk memborong kena pk 2,3 kali juga nih, sbb rumah kami hanya sekangkang kera. peti ais pon kecik (akak punya zmn bujang dulu) huhuhu..manalah nk sumbat ye.
di samping kadar `kebesaran` tempat penyimpanan, kadar kerajinan juga menjadi faktor utama yg perlu dipkkan kalau nk mengorder kan. :p bila la mood rajin nk mai sini ye...adoi la..

Fith said...

Kak ojasamid,
haa betul2,tampat nak simpan tu mmg problem,hehe.kat rumah fith ni ada 4kotak besar stok brg makanan,so fith biar je tepung2 tu dlm kotak,haha.
fith pun dok kumpul kerajinan nak buat ni.dgn 2org ni,hish taktau laa mampu sabar ker tak nak hbskan buat tu,huhu...

Ina said...

oih mcm nk bukak kedai bakery fith ni hehe. kiter dgn ihsan je kt rmh pn xmenang tgn nk wat apa2. honestly mmg masih xdpt nk ikut rentak mcm sblm ni. salute lah kt fith boleh nk buat2 kuih bagai lagi. tapi mak2 kiter 4 5 6 org anak pn boleh je survive kan. yelah ihsan baru nk msk 2 bln. kena practise pelan2 la utk jd pantas n cekap macam mak2 lain jugak :D

Fith said...

Ina,
fith dulu masa rafiqh kecik mmg tak terbuat pun.in fact masak pun simple2 jer.sbb tak reti nak bahagi masa.tp skrg dah boleh manage sket2.ina nanti pun gitu gak,anak dah bertambah makin terer laa nak lari2 dan curi2 masa buat kerja,hehe