Wednesday, September 30, 2009

2months

Raziqh turns 2months young today...

So far alhamdulillah, this cute little baby sangatlah baik, senang mak dia nak jaga, hehe *puji anak sendiri*... Dulu masa jaga si Rafiqh, I dah considered myself lucky sebab Rafiqh pun baik, cuma bila dah besar sikit(1month++) dia dah pandai buat perangai, but still ok laa. Tapi sekarang ni dengan Raziqh, terasa jauh jugak bezanya, macam 10kali lebih mudah nak handle this little guy. Maybe sebab dia second, somehow I dah ada serba sedikit ilmu compared dengan yang first dulu, terlebih manjakan hingga mengada2 sikit, hehe.
Apapun, syukur alhamdulillah, moga anak2 mama menjadi anak yang menenangkan hati ibubapa hingga ke akhir hayat, amin...

Look at his eyes, menjegil kemain lagi. Mata yang sepet kena buka luas2 untuk dia puas melihat dunia, habis kerut2 dahi tu, haha...

Unlike Rafiqh, Raziqh ni lambat sikit nak reti senyum. My mom kata dia sombong, muka serius je, hehe. dah habis tempoh berpantang baru laa pandai nak response senyum2 bila diagah. And lately he loves to "talk" when someone talks to him, dah pandai "agoo agoo" dah...

Kesian Raziqh, tiap2 hari kena cepuk dengan onichan(=abang)... Jarang sangat dia nangis, kalau sakit sungguh2 baru dia meraung tapi kejap je laa. Sabar je laa yer dik, tunggu beberapa bulan je lagi, lepas ni bergasak laa korang berdua ek... Yang si Rafiqh ni pun satu hal jugak, jeles ker hapa ker tak tau laa. Kalau orang lain pegang adiknya, tak laa dia kacau sangat tapi kalau I yang pegang, memang nahas laa si adik tu dia kerjakan. Yang geram tu elok si adik tu nak tidur je, gedebuk dia lepuk, dah terjaga balik si kecik tu, dah tu kena laa I tidurkan semula. Bila laa nak habis kerja tidurkan dia kan, asyik bangun-tidur-bangun-tidur, haiyaaa... Bila mak depa dah naik angin, memang kena laa si abang tu...

Raziqh ni bukan jenis kuat nyusu. Minum main2 je, ala2 macam nak lepaskan haus je. Naik bosan pulak menyusukan dia, kejap je dah stop so kadang2 tu I akan biarkan dia betul2 lapar baru I breastfeed dia, haa termengah2 dia hisap, haha hambik! Dari apa yang I tahu, biasanya baby yang di-breastfeed ni selalu terlentok tidur semasa proses menyusu, lama2 jadi habit nak tidur je mesti nak menyoyot macam si Rafqih dulu2, tapi berbeza dengan Raziqh ni, dia tak suka "bergantung". Jarang sangat dia menyusu sampai tertidur, biasanya dia akan tidur lepas dah selesai minum... So that kalau dia dah betul2 mengantuk lepas menyusu I just put him in his cot, let him sleeps by himself...

Tidur pulak kalau siang tu ikut mood dia. Mai mood nak tidur, haa dia akan tidur biarpun dikejut dengan pelbagai helah pun dia tak layan. Tapi kalau mai mood susah nak tidur, jenuh mendodoi laa. Yang paling syok si Raziqh ni malamnya tidur sangatlah baik, maintain dari lahir hingga sekarang, dia terjaga sekali je waktu malam untuk menyusu, jarang2 sangat bangun 2-3kali untuk menyusu. Kalau si Rafiqh dulu dia siap poop lagi tengah2 malam tu, si Raziqh ni baru 2-3kali I bangun malam untuk salin diapers dia.

Sangat suka hisap jari, haiyooo. Ni maklangnya laa yang ajar ni, huh! Dulu hisap jari bila lapar je tapi sekarang dok saja2 pun tangan dia dah masuk mulut, berdecap2 bunyi. Bila I tarik mesti dia mendengus marah, haha comel sangat...
"sedapnya jari"...

Budak kecik ni pun jenis yang susah nak menangis. Bila lapar, panas atau rimas diapers basah dia hanya akan bunyi oh-eh-oh-eh je, kalau I biar tak layan dia baru dia menangis. Kat rumah mak, I dan adik2 suka usik dia, biarkan je dia hingga dia nangis sebab syok dengar dia nangis, mahal sangat suara tu ek...

3 comments:

kew_chop said...

banyak persamaanla perangai raziqh ngan zayyan. dia tak pandai bergayut. kalo dah kenyang dia akan stop minum susu, pastu tido dodoi sikit2 kalo mak dia rajin or letak jek dlm cot kasik tido sendiri. tapi sekarang dah ade peel baru, isap susu sambil gentel ibu jari kaki die.. alahai, macam2 la..

ojasamid said...

raziqh sudah jadi sgt montel! hehehe..geram menengoknya.
tu la kan, skrg br nmpk peel sorg2..mmg setiap anak tu unik :p

kat sini pon slalu `berperang dgn si 2A -affan n ayyasy- tu, tp sejak balik dri msia si abang otonashii sket kurg menyakat si adik, si adik pulak makin suka melalak dan menjerit2 mintak perhatian..adoi la..haha..mcm2..

tp walau mcm mana taihen dan mencabar menjaga depa kecik2 ni, hopefully sok besar nnt tak jd manusia yg menyusahkan org pula. :)
ganbarou ne...hehehehe..

Fith said...

Murni,
hehe,macam2 laa kan budak2 ni.apa je diorg buat,sentiasa nampak cute di mata mak2 diorg ni kan.

Kak Ojasamid,
fith tak sampai tahap berperang dgn 2org lagi,skrg ni dok berperang dgn si rafiqh ni je.tu pun dah sakit kepala dah,haha.ni sikit hari lagi ni mau bertukar hijau ni.