Monday, May 18, 2009

Rambut...

Ni nak cerita pasal rambut pakcik kecik! Hampir setiap bulan kami kena potong/trim rambut dia, mengalahkan orang dewasa pulak, ish3... Lately cuaca tak menentu, hari tu panas kemain lagi, dah macam summer, 2-3hari ni sejuk balik. Bila dah panas2 ni mula laa nak naik ruam especially tang leher, tu yang kena potong selalu tu. Kalau ikutkan I, memang potong bagi pendek terus. Tapi ayahnya kata nanti tak handsome pulak, so dok main potong area dahi, telinga dan belakang je laa. Selalu senget benget, hahaha...
Jadinya semalam kami dah pun berjaya repair rambut dia lagi. Kali ni both of us puas hati dengan hasilnya sebab dia behave, dok senyap je, good2! Biasanya jangan harap laa, dia memang marah kalau orang paksa2 pegang kepala dia, dia merengek2 sambil tepis2 tangan ayah/mama. Takut dengan bunyi mesin rambut tu agaknya. nak bagi dia releks sikit kena pasang upin ipin bagi dia tengok, satu kerja laa pulak kan... Tapi semalam senang sungguh...

Sejak kecil lagi, kalau bawa dia pi mana2 pun, selalu orang akan tegur tang rambut dia. Rambutnya lebat dan hitam... Even paed-nya pun pernah beberapa kali tegur, tertarik dengan rambut yang tak macam rambut baby tu. Ada jugak yang bertanya tips nak lebat dan hitamkan rambut anak, hahaha, susah cheq nak habaq, cheq pun tak tau sebenaqnya...

Ok2, mungkin faktor utama dia miliki rambut lebat dan hitam tu ialah mewarisi genetik ayahnya, kalau ikut mama memang nipis saja laa... Kemudian, lepas lahir I memang cukur botak rambut dia. Orang tua2 kata kalau cukur rambut ni boleh melebatkan rambut. I pernah terdengar/terbaca yang kalau tak cukur pun, rambut baby akan gugur jugak, betul ker tak, tak tau laa kan...

Selain tu, sejak lahir sampai sekarang ni setiap hari at least 2kali I akan minyakkan rambut Rafiqh dengan minyak zaitun. Especially lepas dia mandi, tapi kadang2 time nak keluar pun bila tengok rambut dia sedikit tak terurus I akan buh minyak lagi... Jadinya tak hairan laa kalau dia miliki rambut macam tu kan...

sebelum...




selepas...

6 comments:

Ina said...

patutla tgk rmbut rafiqh mcm sokmo je bergel gitu rupanya fith buh minyak hari2. tula lebat n hitam rmbut dia. makin ensem la pakcik ni dh ptg rmbut :D

Fith said...

haha tuh laa pasal ina,camne laa org tak tegur,heran agaknya.rambut dia klau kering susah nak sikat ke tepi,tu yg kena bg basah2 gitu...

kew_chop said...

encem boy!! letak minyak zaitun ek fith. ni nak soh mak bwk minyak zaitun byk2 ni. hehehe..

Fith said...

Murni,
aah minyak zaiton.rafiqh ni pakai minyak zaiton 3bulan habis satu botol 150ml tu,mmg stok kena ada sokmo.kalau beli kat nihong ni mahai kan,even baby oil tu pun mahal,huhu

mysara said...

mai lumur baby oil jer..2kali everyday.kalau ikutkan mai,prefer rambut dia pendek2,sbb rayyan pon jenis suka garu2 kalau rambut dia panjang kat telinga tu..tp ayahandanya tak bagi,takut kurang kehenseman anak dia...sama la dgn kes fith..hahaha

Fith said...

Mai,
baby oil baunya lebih wangi kan.fith dah terbiasa sejak dlm pantang pakai olive oil,tu yg dok terus guna yg tu ja.
haa tu laa,rambut panjang ni payah.nak bg mandi pun lama sebab nak ratakan air tu.klau pendek senang je,cepat dah habis basah.
susah tul laa bapak2 ni kan,hahaha