Tuesday, May 19, 2009

Burger Malaysia kukus dan Chicken chop

Lastweek teringin sangat nak makan burger Malaysia, so fikir2 baik tunggu buat untuk minum petang ahad tu, myLove ada, makan panas2 lagi sedap...

Macam biasalah sabtu ahad melepak kat rumah je, sabtu petang bawa Rafiqh ke rumah my junior, Iza & the gang untuk pulangkan mesin jahit Fida, pinjam dari orang lain tapi tinggal kat rumah orang lain, tak larat nak usung mesin tu ke rumah dia, nak bawa kereta tak berani sebab jalan masuk apato tu kecil laa sangat. Sebelum tu singgah minimarket dekat rumah ni beli soya nak buat tau fu fa. Masa sampai tu tengok diorang dok berkebun, rajin pulak menanam sayur, dah nama pun menyewa rumah ada halaman luas, kalau tak menanam nanti lalang naik penuh pulak. Kami lepak2 kat luar rumah je laa, sambil2 bagi Rafiqh main kat laman dan minum petang. Lepas guide lebih kurang cara nak buat tau fu fa tu, I tinggalkan je bagi tuan rumah yang buat, hihi. Tuan rumah siap buat teh dan scone lagi, yummy!

Ahad tu nak keluar sebenarnya tapi hujan laa pulak. Angin pun kuat, dari pagi sampai malam tak henti2 hujan. So cancel plan, dah laa barang2 dapur banyak dah habis, suntuk jugak idea ni tak tau nak masak apa. Sebab dah cadang dari awal nak buat burger malaysia, buatlah jugak sambal ikan bilis dan doh-nya, dari celik mata dok buat itu ini tak henti2, bila doh siap uli je I dah mula rasa mengah dah, tengoklah hasilnya, buruk aih, hahaha... Disebabkan minyak tak cukup nak menggoreng, tu yang buat ala2 pau tu. Resepi doh ni guna resepi sama buat pau, kiranya jadi pau inti sambal ikan bilis...
Lepas dah kukus tu, I try potong bahagian tengah nak tengok intinya ok ker tak, sebab awalnya tu buh inti sikit je, takut meleleh keluar sambal. Nampak kering je inti dalam tu so potong tengah semua untuk tambah sambal dan letak timun, taraaa jadi laa burger Malaysia kukus!

Semalam untuk dinner I buat chicken chop. Asalnya nak buat chicken-katsu je, tapi entah jin apa merasuk, tekak ni kepingin sangat nak telan chicken chop. Lepas asar, buka web myResepi dan klik Cari Resepi menu chicken chop, ala kadar tengok resepi2 orang then terus perap ayam. I pernah buat chicken chop ni 2-3kali je, cause myLove prefers steak more than chicken chop. Malangnya wife dia ni tak reti buat steak, pernah cuba buat sekali masa celebrate anniversary dulu, tapi tak berapa sedap, so malas buat dah!

Untuk chicken chop ni I pakai leg boneless, dipotong 2, kelar2 sikit dan cucuk2 pakai garfu untuk mudahkan bahan perapan meresap masuk. Perap style orang malas, buh rempah masala, serbuk kunyit, garam dan serbuk kari je. Perap lebih kurang 4jam sebelum goreng... Untuk goreng, salutkan ayam dengan tepung tenpura/tepung jagung, salutkan pulak dengan telur yang dah dipukul dengan sedikit lada sulah dan akhir sekali salut dengan bread crumbs, goreng dalam minyak hingga kekuningan...

Untuk coleslaw pulak, hentam je gabung2 resepi orang... Cincang bawang besar dan karot, sagat halus kobis dan gaulkan dengan 3 sudu besar freshmilk, mayonis, beberapa titik jus lemon dan lada sulah. Simpan dalam fridge...

Kuah tu pun bantai jugak, hahaha, sungguh teruk laa cause I memang tak reti masak western foods, semua main tibai ja... Tumis bawang putih dan bawang besar yang dicincang halus dengan sedikit minyak, masukkan sedikit cili boh, sos cili, sos tomato, sos bbq, sos tiram, garam dan gula. Agak2 dah ok semua rasa, buh mix vege, siap!

Oh nasi pun masak jugak, myLove kan wajib makan nasi, hihi. Ni gambar my dinner, without rice. MyLove makan yang sama jugak tapi tambah nasi je...

9 comments:

kew_chop said...

bestnye chicken chop. nk wat gakla hari ni.. hahaha, besar betui penangan fith ni.

zura_betty said...

aduhai..! tetibe rase lapar..!

Fith said...

Murni,
haha,buat2...sekali sekala ubah selera syok gak kan...

Zura,
alahai...lama tak update blog,bz ek?bila nak citer psl baby tuh?hihi

jue said...

tu dia..setiap kali masuk blog kak fith ni mesti entry psl mknn..tau je jue tgh lapaq ni..tak seswaii tau..hehehe

tlg bg sket kerajinan memasak kat jue..plsss=P

Fith said...

Jue,
ish mana ada selalu pun.kdg2 je buh.syian syakaijin ni ek,hehe.

jue tak rajin masak takper jue,boleh beli,haha.haa weekends nanti msk best2 ok.

Ina said...

fith nnt kalo rajin cuba cari demi glace sauce. sedap! sng nk guna mkn dgn stick ke apa ke. kiter slalu dh bancuh sos tu cmpur dgn black pepper dgn lemon sket pastu msk smpi pekat dh siap! kiter bwk dr mesia dlu tp smpi la ni xhbs2 lagi sbb dia xperlu guna byk2. fith bli 1 pek kecik dh cukup dh thn bertahun.

Fith said...

Ina,
thanks...selama ni dok cari jugak,tp selalu tak jd beli sbb takde tanda halal.nanti blk fith cari sos yg ina rekemen ni,best2.pasni boleh buat steak :d
thanks again

zura_betty said...

ehehehehe..! tu la pasal.., baca blog org ade mase.., nak update blog sendiri tak sempat2..! sampai dah basi dah citernya..! ehehhehe..!
insyaAllah ade mase nanti org update k..! nway.., take care k..!

Fith said...

Zura,
owh ok,hehe.
u 2,take care ya