Sunday, May 10, 2009

Aiskrim

Encik suami telah berbaik hati membeli berlambak aiskrim, mungkin kesian kat bini dia yang dah lama "puasa" makan aiskrim, hahaha... Yer, memang lama sungguh! Bukan laa aneh sangat pun dia beli aiskrim, memang selalu pun dia beli tapi tak pernah laa lagi sebanyak kali ni, err perli ka hapa?!


Dulu masa pregnant-kan Rafiqh, almost setiap hari makan aiskrim. Apa taknya, pregnant time spring and summer, panaih haih tak payah nak habaq, aiskrim tu ibarat penawar... Tapi bukanlah setiap hari tu I angkut beli sendiri, selalunya dibelanja. Masa tu I dok kerja part time kat satu lab ni, so profesor2 kat situ sangatlah rajin mensponsor makanan2 ringan seperti aiskrim, kek, cookies dan coklat. Tambah2 pulak mengenangkan diri ni yang membuyung kan, ramai laa yang berbaik hati. Tapi masa tu I tak gemuk, Rafiqh yang membesar dengan jayanya.


Berbeza pulak kali ni sebab badan dah dekat nak serupa macam ikan buntal, nafsu nak makan aiskrim tu amatlah kurang. In fact junkfoods lain pun memang tak sentuh sangat. Bila tak nak makan, maka tak membeli laa kan, kesian myLove kena beli sendiri, hehehe...

Setiap kali dia nak makan, dia akan offer dan ajak I untuk join. Kadang2 tu sebab dah kenyang atau tak selera nak makan, I menolak laa, boleh pulak dia tanya, "apsal? takut gemuk ek?!", hahaha, hampeh, ada yang nak kena ni!


2liter aiskrim...

Yang ni tinggal 2 je...


6 comments:

kew_chop said...

suke gak eskrem meiji tu. dahla murah kan. tapi selalu beli yang vanilla. kalo beli yg 2 perasa sekali tu mesti yg coklat abes last dulu, semua dok pulun mkn vanilla jek. time peknen zayyan dulu, sekali mengadap pun leh abes. manala tak si zayyan tu kuar besar, hehehe..

Fith said...

Tuh dia aih,sekali hadap boleh habis,fith tabik aih!hahaha.patut laa zayyan montel kemain lagi.mak dia pulun aiskirm time pregnant,ish3,hahaha...
aah murah kan,aiskrim2 kat nihong ni mmg murah,hehe.

Ina said...

kami ni laki bini mkn bermusim sket n ikut mood. ais krim meiji sebekas tu kan besar. pnh skali 6 bln pn xhbs2 lagi hehe. kali ni peknen suka sgt mkn soft cream aiskrim. tp mcm biasa ler... mak buyung sorg ni kena sekat2 sket makan benda2 ni. esok ada check up. xtau la kali ni apa citer plak. hrp2 baik2 saja la hehe.

Fith said...

Ina,
tuh dia,yang ni lagi laa fith terkejut.sampai 6bln tak habis2,hahaha.fith tak laa sekuat tu menahan nafsu,mmg kami ni jenis suka aiskrim,hehe.
oh esok check up ek,haa jgn lupa update citer adik yer.lama dah tunggu entry baru ni,hihi
moga semuanya baik2 saja yer

Fatin Farhah said...

amboi kak..
ke main agi..kuat mkn eskrim ne...
huish2..
bior pown saya ne..xda apa2 yg berkaitan ngan oag yg dah ada fmily..
tapi setaun belum tentu mkn eskrim..
takut sgt gigi rosak..he3..

Fith said...

Fatin,
tuh dia,byk sungguh kejutan,mcm2 jenis org kan.hebat laa boleh tahan makan aiskrim setahun.