Wednesday, May 13, 2009

17months

My little prince is already 1year 5months old. He is now a little toddler, though I still keep calling him "baby"... Kekadang tu tersasul, but I guess he loves when I mentioned him as my no. 1 baby, while the little fella in me is my no. 2 baby, "ni baby nombor satu mama ni" sambil kiss and hug dia...

In past few weeks he has learned to feed himself. Yes, quite ketinggalan compares to other toddlers at his age. Before ni memang dia refused makan sendiri, knowing him yang jenis penggeli itu, I guess dia tak suka tangan dia kotor, so kalau hulur biskut suruh dia pegang sendiri pun dia akan nganga dan tadah mulut je, ish3. But now, starting with raisins and choc chips, he is able to eat all by himself. But for nasi, mee and etc. (read:makanan berat) dia masih minta disuap. Actually I tak kesah sangat bab ni, baguslah jugak sebab fikirkan dia tak gagau pinggan orang dan senang nak bagi makan bila ke majlis, tak laa dia demands memberontak nak makan sendiri kan.


He loves veges so much. Dulu I pilih2 jugak sayur untuk dia makan, agak2 yang liat dan boleh buat dia tercekik macam kobis dan asparagus tu, memanglah I elak bagi dia makan. Tapi hari tu masa dia makan dengan ayahnya, ayahnya jamu dia makan kobis, terkejut laa jugak sebab elok je boleh telan. Bawah ni gambar dia meratah salad...


Dah mula tunjukkan minat untuk menulis. I bagi buku2 lama I zaman student dulu untuk dia "melukis". Part ni kena pantau sebab takut sangat dia terlebih kreatif buat lukisan atas dinding/lantai, hohoho...


Dah pandai buka baju dan seluar sendiri, hadoi laa... Part pakai belum pass lagi tapi dia dah tau kalau tudung pakai kat kepala, kalau socks pakai kat kaki dll.


He loves to imitate us. Gambar ni sebiji gaya ayahnya yang suka tengok tv sambil hadap laptop, ish3...


Sejak cuti golden week hari tu, dia dah makin susah nak tidur siang. Dah terbiasa ayahnya ada kat rumah, so asyik nak main jer. When his dad backs to work like usual, he still refused to have his evening nap. Pagi tidur macam biasa, cuma petang tu jenuh masuk keluar bilik, dah mengantuk pun masih nak ajak main.


Ni kerja dia setiap hari, jengah atas meja nak tengok ada apa. Tapi sekarang dah tak sewenang2nya gagau segala mak-neka barang atas tu dah, dia pilih2 apa dia nak. Pernah sekali jatuh tergolek sebab kereta yang dia pijak tu berjalan, hambik! Kejap je nangis, tak serik2 dok ulang buat lagi...


Kalau bawa dia ke shopping mall I always put him in the stroller or trolley. Dia memang tak kesah dok dalam tu, cuma kadang2 I rasa kasihan sebab dia tak boleh lepas bebas. Tapi tu laa, pantang lepas kejap pun, berdesup dia lari macam peluru sesat. Seminggu dua ni kerap ulang alik ke mall sebab dok survey barang dan beli omiyage(=souvenir) sikit2, pergi berdua je dengan dia, hadoi mengah mak dia nak ligan dia. Untuk bagi dia main, I bawa dia pi kat kids' department atau book store, konon boleh baca buku sambil tengok dia main, ces buku ke mana, dia ke mana. Nak ambil gambar dia main pun tak sempat, baru mama nak keluarkan camera, pusing2 dia dah lari, hahaha. My junior kata nasib baik laa kasut dia bunyi tot-tet-tot-tet kan, boleh "kesan" pergerakan dia, tapi dia lagi terer, ada masanya dia jalan jengkek2 so tak dengar laa bunyi kasut dia tu. Mau mak dia tak gelabah kan, nak pilih barang pun susah, last2 buh dia dalam stroller balik, hihi...
Makin hari dia makin aktif dan ligat, mamanya pulak makin lembap, haa elok laa kan, semput memanjang... Nak bawa dia keluar setiap hari memanglah tak larat nak naik turun tangga, so sekali keluar tu I bagi dia main puas2 sampai dia penat...

6 comments:

p|nKy MaMa said...

rafiqh dlm gamba mmg nmpk mcm big boy..tp jumpa aritu xdela besa sgt kan..comel je tgk..lg satu sgt suka tgk time dia dpt timun tu..dok pgg sambil berlari2 dgn muka happy dia tu mcm dpt coklat ja..lwk btoi la rafiqh ni

Fith said...

dyana,
aah gaya je macam org besar,tp masih baby lagi,hihi.
dia mmg suka sayur,dpt mkn sayur tu kira best sgt dah laa,haha.

zura_betty said...

ehehehhe..! pelik kan budak sekarang..! sayur yg dia lagi suka dr benda lain..! amsyar pun gitu..! rase kita kecik2 dulu selalu mak complaint sebab tak nak makan sayur..!
bagus.., bagus.., kecik2 dah pandai jage kulit..!

Fith said...

Zura,
aah tuh laa,diorg rasa diorg nampak bagus kot bila mkn sayur,hahaha.kita dulu dah besar baru mkn,dah tua gini baru pandai berulam2,hihi

kew_chop said...

sukela rafiqh ni muke mature jek. dah ade ciri2 abang tu. bestla die suke gak dok dlm stroller kalo kuar shopping. ni maira paling lama pun 10 min jek. penat kan nak kejar derang ni.

Fith said...

Murni,
tuh laa,sib baik gak dia tak kesah dok dlm stroller tu.kalau tak,mmg fith tak bawa dia keluar dah laa,penat sungguh nak kejar kan,hadoi,haha.