Jumaat lepas kami dinner di restoran india, Shiva. Makan2 kat restoran ni ditaja sepenuhnya oleh kohai2(=junior2) 1st year dari Ambang Asuhan Jepun, dah menjadi tradisi kat sini kohai2 kena belanja senpai2(=senior2) makan dan kemudian diorang dikerah masak pulak untuk jamuan nanti. Walaupun semacam terdapat unsur2 pembulian, tapi tak laa sekejam mana pun, after all benda2 macam ni laa yang menyeronokkan, dapat eratkan hubungan sesama sendiri dan jadi kenangan yang akan diingat sampai bila2.
Biasanya setiap tahun kalau buat acara ni, mesti SEMUA akan join tapi tak tahu laa tahun ni kat mana silapnya, hampir satu pertiga tak datang meraikan. Pelik sungguh, orang nak belanja
makan pun jual mahal, hahaha. Mungkin jugak sebab benda ni dirancang last-minute, so tak ramai yang dapat info lengkap, jadi kelam kabut pulak. Kat Yamaguchi sekarang ni ada lebih kurang 35++orang Malaysian, jumlah yang agak ramai laa jugak sebab masa zaman I study dulu dalam 20++ gitu je. Bila ramai2 ni kadang2 jadi susah nak manage aktiviti. Selalunya akan dilantik seorang ketua yang bakal jadi organizer untuk apa2 aktiviti kat sini, tahun ni tak tau laa pulak siapa ketuanya, tapi harap2 ada laa yang rajin dan baik hati untuk wakilkan diri menguruskan kebajikan pelajar2 kat sini, ewah, kebajikan laa sangat kan :-p
Jumaat tu paginya I keluar beli barang dapur dengan Rafiqh. Balik tengahari tu masak spaghetti je untuk lunch, then tidurkan Rafiqh. Seronoknya tak payah masak dinner, bersenang-lenang laa hari tu dok buat kerja2 mengemas.
Pukul 7.45malam bertolak ke sana, ambil masa dekat sejam jugaklah nak sampai. Rafiqh ni boleh pulak tertidur dalam kereta, dah memang waktu tidur dia pun pukul 8.30 malam. Janjinya pukul 8.30 berkumpul kat depan restoran tapi kami yang sampai lewat 15minit ni pun jadi orang paling awal sampai, hehehe. Biasa laa kan, janji melayu! Pukul 9.15 baru nampak batang hidung budak2 ni, tapi baguslah jugak diorang sampai lewat, sempat laa Rafiqh tidur lama sikit. Masa masuk dalam restoran tu Rafiqh masih tak jaga lagi, tapi I dah usik2 suruh dia bangun. Bila bangun tu muka blur laa tengok orang ramai, mood pun kureng sikit, tak nak main2, dok diam jer. Lepas habis order2, sesi jikoshoukai(=memperkenalkan diri) kohai2. Acara makan2 berlangsung sampai pukul 11 lebih, mengantuk tak hingat, sampai je rumah terus tidur.
Terima kasih banyak2 pada semua kohai. Semoga semua berjaya dalam habiskan pengajian kat sini dalam 4tahun.
Abang Rafiqh, mama & baby @ 26weeks...
No comments:
Post a Comment