児童手当 = jidouteate = child allowance
Pagi semalam keluar ke shiyakusho(=pejabat daerah) untuk submit borang2 teigakukyuufukin(=fixed amount benefit???, hish tak retilah nak translate), sebelum tu singgah kat bahagian kanak2 sebab ada nak tanya berkaitan elaun bulanan si Rafiqh ni.
Bagi sesiapa yang menetap kat jepun ni sure tahu kan yang baby/kanak2 berusia bawah 3tahun akan diberi elaun bulanan 10,000yen(=RM300) setiap bulan oleh kerajaan jepun, dipanggil jidouteate. Selepas berusia 3tahun dapat 5,000yen sebulan, tapi bagi anak no. 3 dan seterusnya tetap dapat 10,000yen jugak. Tak tau laa kalau tempat lain kan, tapi kat Yamaguchi ni elaun dibayar 3kali setahun iaitu bulan 2, 6 dan 10. Nak apply pun tak susah, isi2 borang je, pastu bagi no. akaun bank si bapa, settle!
Baby akan mula dapat eluan the next month after we submit the application. Kalau apply awal, untung laa kan, tapi macam kami ni yang tak tau, kami apply hujung mac 2008, so kami start dapat bermula dari bulan april. Selama ni dok sangka yang elaun tu dapat the next month selepas baby lahir. Kiranya Rafiqh yang lahir bulan 12 dah rugi laa sebab tak dapat elaun untuk bulan 1, 2 dan 3. Kakak yang jaga kaunter tu cakap, next baby ni balik je sini terus apply, jangan tunggu lama2 dah, hahaha.
I ada sediakan buku catatan simpanan Rafiqh, kalau ikutkan planning, at least kami sasarkan pelaburan dia dalam tabung haji for a year should not be less than RM5000, tapi bila dah terdapat kekurangan 30,000yen(=RM900), ada part yang terloponglah sikit, huhu. Kalau nak "cantikkan" balik amount tu terpaksalah I allocate my own money for him, takkan nak minta dari ayahnya pulak, tak tergamak aih, haha. Fikir punya fikir mana laa nak korek, teringatlah yang kerajaan jepun berbaik hati tahun ni bagi extra 20,000yen untuk yang berusia 18tahun ke bawah dan 60tahun ke atas, bagi kami2 ni dapat 12,000yen. Duit ni laa yang dipanggil teigakukyuufukin tu. So kira ambil duit tu laa tampung balik, kalau masih ada yang terkurang tu baru mama tambah yer.
Dah lama I terfikir nak beli insurans pendidikan untuk Rafiqh. Nak2 pulak bila baca blog mommies yang dah mula persiapkan "sesuatu" untuk anak2 mereka. Kat Malaysia kan banyak program2 atau tawaran dari pelbagai bank dan agensi, pilih je mana berkenan, sungguh senang. Lastyear masa buka akaun tabung haji Rafiqh pun, pegawai bank tu ada sarankan masuk skim diorang, buat potongan gaji si ayah setiap bulan. Haiii laaa, kot kalau kami ni dok Malaysia memang laa sonang kan, tapi nun tercampak kat sini, potong gaji hapanya. MyLove sendiri pun tak ada sebarang back up insurans, cuma I je yang dah masuk program MayBank 4tahun lepas. Bila dah ada anak ni, terfikir laa jugak kot kalau jadi apa2 kat kami ni, ada jugak something yang boleh support masa depan dia. Harta hapa pun tak ada, tak nak laa nanti dia hidup melarat pulak kan... Bab ni I pernah cakap dengan my mom, kalau laa takdirnya kami ni pendek umur, mak tolong laa jaga anak2 kami yer, hahaha, adakah I ni jenis mak yang risau tak tentu punca???
Baru2 ni masa suarakan hasrat nak ambil insurans untuk Rafiqh, myLove kata macam susah je sebab kami dok sini, dia suruh tunggu sampai kami dah balik Malaysia for good nanti. Buat masa sekarang ni, simpanan untuk Rafiqh memang 90% bergantung kepada apa yang dia dapat dari kerajaan sini, 10% lagi tu duit raya dll. Once dah balik nanti, barulah ayahnya pulak kena buat simpanan untuk dia.
I tak risau sangat bab perbelanjaan harian anak2 tapi yang I fikirkan sekarang ni ialah nak tampung kos pengajian diorang nanti. Bukan sikit duit nak pakai kan, 15tahun akan datang sure lagi meningkat kosnya. Nak tak nak kena laa menyimpan dari sekarang, nanti takut tak tergagau pulak. Tambah pulak anak nak ramai kan, kalau seorang dua je tak ada masalah laa kot.
Uih melencong jauh laa pulak, hehehe...
2 comments:
soo true! kdg2 pk2 bab ni n sembang2 dgn hubby.. rasa xsabar nk balik. yelakan lagi lambat lagi rugi. mcm insurance tu makin berumur makin mahal. property rumah plak sekejapan je nilai dh naik. kiter pn xtau apa akan jd masa depan. org kata jgnla pk yg ngarut2 tu. tp sbnrnya nk tanak kena pk so tat xdela tergagau2 nnt kalau pape. sama la mcm org yg hidup disarankan buat wasiat sblm mati kan. dh tggu mati wat hape hehe. tp tula dh jejauh ni hmm xde apa sgt leh dibuat. haa teringat lak psl gold investment tu haritu. bila nk chat ni leh share dgn fith2 apa2 kiter tau.
Ina,
tuh laa,nak taknak kena jugak fikir kan.bukan apa,kesian anak2,kalau kita tak bersedia dari awal,terumbang-ambing pulak life diorang nanti.
haa bila2 ina free,ina tegur je fith kat ym.dah dekat nak blk ni,boleh laa fith nak decide,hehe.
Post a Comment