Friday, May 15, 2009

Check up

Semalam adalah hari yang sangat amat memenatkan. Tambah pulak dengan mood swing, memang rasa tensyen sangat2.

Semuanya bermula dengan kerenah Rafiqh yang tiba2 buat hal susah nak tidur pagi semalam. Selalunya bila dia bangun pukul 6.30pagi, dia akan tidur balik around pukul 9, tapi semalam selepas lebih sejam dok tepuk dia suruh tidur, dia asyik nak main, padahal dah berapa kali menguap(=sangap) dah. Kalau tak ada plan nak keluar memang I tak kesah sangat nak paksa dia tidur, tapi since I nak kena keluar settle-kan beberapa urusan, memanglah I kerah dia tidur jugak2. Mula2 dok pujuk2 lagi, tapi tak makan pujukan laa pulak, last2 I hilang sabar dan naik hantu, memang jarang2 sangat I mengamuk terjerit2 marah dan pukul dia, tapi semalam dia dah buat I bertukar jadi hijau dan jadi tarzan! I really hate myself bila pukul anak dalam keadaan marah! Pukul anak untuk ajar/didik(read:bila dia buat salah) dan pukul anak kerana marah adalah berbeza kan? Ianya boleh buat I hilang mood for the whole day, sebab rasa tensyen dengan diri sendiri dan rasa bersalah pada anak...

Lepas dia bangun tidur, kami ke shiyakusho settle-kan beberapa urusan then ke imigresen pulak untuk tanya pasal sijil kerja myLove yang imigresen keluarkan sebagai persediaan nak apply visa baby ni nanti. Sebab I dah masak sangat dengan kerenah kerek orang2 imigresen Yamaguchi ni so memang dah agak dari awal mesti diorang suruh myLove datang apply sendiri. I dah tahu dah tu mesti jawapannya so tak terasa sakit hati sangat kan, on the other hand benda tu tak penting pun, lantak lah, malas haku nak layan! Lepas tu kami pi ke beberapa tempat lagi hingga semua urusan selesai, balik rumah memang dah penat sangat2...

Lepas lunch I buat mini-pizza untuk minum petang dan masak dinner siap2. Petang tu lepas myLove balik kerja kami pi klinik pulak untuk check up baby...

Semuanya ok alhamdulillah, berat pun naik 1kg++, berat baby pun dah 1kg++... Tak ada banyak pun benda nak cerita, tapi ada berita tak best pulak dah, my baby ni pusing balik position-nya, songsang laa pulak. Haiii laa baby, awat pi pusing balik? Mama dah tak senang duduk dah ni. My gynae kata I ada lagi lebih kurang 3-4minggu untuk perbetulkan balik position baby. Kena kerap2 bercakap dengan baby minta dia pusing balik dan pada masa yang sama kena praktikkan tips yang doctor bagi. Next check up will be after 2weeks from now. Ada 2 je lagi check ups sebelum balik Malaysia. Semalam midwife pun dah tanya pasal surat pengesahan untuk membolehkan I naik flight dan laporan kesihatan I tu, hehe, prihatin betul laa midwife ni, tak sempat pun I nak tanya dia dah tanya dulu. Dia kata nanti doctor buatkan dan bagi pada hari last check up...

Lepas balik dari klinik, kami ke Kojima, myLove nak bagi Iphone as mother's day present for me. Dah lama dia nak I tukar pakai Iphone, dia pun dah lama pakai, tapi I teragak2 jugak sebab harganya yang agak mahal kan. Selain tu, I ni bukanlah terer sangat bab gadget2 macam ni kan, kalau handphone tu setakat boleh call dan sms dah memadai dah. Bukan reti nak guna lebih2. Kat jepun ni kalau beli Iphone dari softbank kena bayar bulan2 hingga 2tahun. Kiranya tak mahal laa kan, tapi campur2 dengan kos plan yang diambil dan segala mak nenek kos lagi, jadi mahal laa jugak. Tu yang berat hati sangat nak tukar even sebenarnya minatlah jugak, ahaks. Yer laa kan, selain boleh simpan lagu2 dan video, banyak jugak functions lain. Tambah pulak my current handphone dah weng, mereng tak tentu pasal, lagi laa myLove kenen2 suruh tukar. I was speechless, cuma mampu cakap terima kasih je. MyLove kata tu hadiah hari ibu, lagi ler terharu, hohoho...

Balik rumah uruskan Rafiqh, salin dan bagi makan, dia pun tidur awal, pukul 8 dah tumbang. I study lebih kurang pasal Iphone sambil sembang2 dengan myLove sebelum tidur. Hari ni pun dok belek benda alah tu je laa...

3 comments:

kew_chop said...

aahla sgt tensen kalo marah anak dlm keadaan yg marah rase nk ketuk pala sendiri pastukan. nasib baikla pas bersalin ni angin marah kurang sikit. nk tanye fith selalu kalo pukul manja anak tu tang mana n bagaimana. kite selalu tarik n jentik pipi tu tapi kadang2 die wat dek jek. tak sakit gamaknye. naik geram plak. hihihi..

aisha said...

betui2. pernah berlaku gitu hr tu.aina tak nak tido.penatt duk nenenkan berjam.peluk,tepuk2..tapi tk jalan gk. pastu geram.bg main, tknak lak main,nangis je...kite nk mkn, nk kemas umah, nk sidai baju,nk mandi, semua la..rase cam tk tau nk cakap ape..cam tercabar gk kesabaran masa tu.pastu akhir ye sya lak yg nangis..hihi..take care fith..insyaALLAH bcakap byk2 dengan bb yek..

Fith said...

Murni,
fith selalu pukul tang kaki dan tangan jer.cubit atau tampar.marah mcmmana pun mesti pastikan pukul situ je,fith takut gak klau terlebih emo fith pukul teruk2.
haha,boleh pulak dia buat derk ek.dah tak heran kot tgk umi marah,hihi.mcm rafiqh ni kdg2 baru fith angkat suara panggil nama dia,muka dah cebek2.tau pulak org nak marah,tp kdg2 tu dia pun buat donno je...

Aisha,
tuh laa kan,kdg2 tensyen kita dibuatnya.nak2 time kita sorg je nak handle.mmg selalu klau fith ngamuk gitu fith pun nangis.lps semua dah reda,baru fith ckp baik2 terang kat dia kenapa fith marah,then fith minta maaf pukul dia.kdg2 rasa diri ni teruk lak.
nway,thanks