Masa bersalinkan Rafiqh dulu, macam ibu2 baru lain jugak, I agak clueless bab barang2 keperluan ni, banyak refer blog orang, buku2 dan websites untuk dapatkan gambaran kasar. Masa tu main taram je beli apa2 rasa perlu, padahal ada masanya benda yang orang lain perlu tu tak semestinya kita perlu pun. Kiranya I dah banyak belajar dari pengalaman lalu, kali ni dah tak gila membeli sangat dah, dah tau dah apa yang jadi keperluan dan apa yang sekadar keinginan, ecewah! Poyo jer...
Sebelum bersalin, I beli db sebab masa tu tak tau lagi wujudnya wb, selalu tengok orang tulis breastpad je kan, mana laa nak tau ada banyak jenis, hish. Dah lepas bersalin baru tau, oh rupanya ada jugak yang washable. Habis je tempoh pantang I pergi shopping barang2 tambahan sebelum balik sini, antara yang dicari ialah breastpad yang boleh re-use. Pi tanya salesgirl kat supermarket tu, dia kata ada 1 jenama je, tak banyak cakap I pun beli laa 2set. Murah je, tak sampai RM10 pun satu set(tak ingat exact price). Bila dah balik sini, pakai dekat 6bulan baru laa I tau yang rupanya breastpad ni ada banyak saiz, hahaha. Patut laa yang selama ni dok pakai rasa tak best je, rupanya yang I beli tu saiz S, diameternya 8cm, kecil laa sangat...
Masa breastfeed Rafiqh dulu, susu melimpah keluar hingga Rafiqh berusia 6bulan lebih. Maknanya, selama tu laa nak kena pakai breastpad, kalau tak pakai memang jadi pesta susu laa. Habis baju2 bau masam dan penuh lekat kesan percikan susu merata2. Jenuh laa kalau nak angkut beli yang disposable punya saja kan. Yang I pernah beli tu ada lebih 40keping dalam satu kotak, harganya RM20++. Masa tu rasa lega laa jugak sebab dah siap ada yang washable. That's why kali ni prepare siap2 beli yang washable banyak terus...
I beli saiz M, diameternya 10.5cm. Kalau tengok kat website tu, saiz ni kena refer pada saiz bra yang kita guna tapi perlulah diingatkan bahawa bila preggy dan menyusu, saiz breasts dah berbeza dah, so better beli yang besar sikit... Bercakap pasal bra during pregnancy ni kan, teringat masa 1st preggy, serius tak tau nak buat pilihan, nak stick pakai bra biasa ker atau pakai nursing bra. Yang pasti both kena beli baru. See, banyak jugak dilema masa preggy ni kan, sesuatu yang baru, memang banyak betul benda nak fikir... I tanya kawan2 dan kaklong, last2 buat pilihan untuk beli nursing bra terus. Boleh pakai hingga lepas bersalin, jimat sikit..
Harga 1set wb ni, tak kisah pun saiz apa(S,M,L) ialah 500yen, ermm mahal laa sikit compare dengan Malaysia. Tapi beli je terus sebab takut nanti jadi macam dulu, pi cari tapi tak jumpa yang sesuai. Haa lagipun yang ni macam best je sebab ada warna2, biasanya tengok yang warna putih je, hehe...
I beli warna pink sakura, light blue dan purple... Comel kan?!
6 comments:
masa mai dulu pakai washable pad tu xjalan(mai pakai avent nyer).boleh tembus n baju ttp basah.alhamdulillah,susu melimpah ruah sampai umur rayyan stahun stgh,pakai disposable pad.beli yg satu kotak rm23 tu,satu hari 2pasang.tiap2 bulan beli,terasa juga mahal tp dah xyah keluar duit beli susu, beli breastpad xpe laa..huhuh
Aah kalau pakai disposable,memang kena salin 2-3kali sehari..washable pun sama,cuma sbb fith tak kerja tu yang jarang guna disposable.after 6months tu bila rasa breasts penuh je terus sumbat mulut rafiqh,so pakai breastpad pun setakat sethn gitu je,hihi...
kalau keisang dgn nilai fm yg takyah beli tu,mmg rasa tak kesah je kan...
ingatkan masa baru2 bersalin tu je susu melimpah2. rupanya mmg lama ye berbln2. xtau.. mmg la kan sbb xboleh lactate pn ritu lps bersalin n doc pn suruh cpt2 mkn ubat stop susu hehehe. kena prepare gak la yg washable nyer tu. seb baik fith citer ni. tq ye.
Ina,
aah mmg pun,lama gak laa susu meleleh keluar.kalau dlm pantang tu jgn cakap laa kan,fith sampai buh lampin baby tu,sebab tak larat salin disposable breastpad.
kat nihong senang gak,boleh beli online,2-3hari brg sampai,kat msia kena tunggu hbs pantang,hehe.beli2!
tula, rezeki kita mak2 ni kan ade susu byk. kitepun kene pakai breastpad sampai setahun. hah apelagi mama ina, borong byk2..
Murni,
aah rezeki anak laa tu kan murni kan.hrp2 kali ni pun tak byk masalah nak bf baby...
Post a Comment