Wednesday, May 6, 2009

Yatta!!!

Saya sungguh gumbira... Saya dapat apa yang telah "lama" saya hajati, muehehehe... Sebenarnya tak laa lama mana pun, sebab 2benda ni memang antara barang yang I suka buat collection so nanti tak lama lagi ni mesti ada laa design lain pulak yang berkenan di hati. Hampeh je kan, hehehe... Tapi kali ni kegembiraannya berganda2 sebabnya both of them walaupun dah lama I nak, tapi selalu teragak2 nak beli, hati ni berbelah bagi cause I always have to re-think everytime I saw the price, ended up tak jadi beli. Bukanlah mahal sangat pun kot bagi orang lain, tapi mahal bagi I dan memang jenis perangai I ni tak beli barang2 mahal kalau setakat nak pakai kadang2 je. Lain laa kalau macam purse ker kan, memang beli yang pukal terus, puas hati nak lanyak bertahun2. Bila dah lunyai, baru ganti yang lain... Tapi kalau setakat kasut dan handbags ni alahai I rasa tak berbaloi pun I nak beli harga ribu-riban, tambah2 pulak I bukannya bekerja pun...

Dalam entry "my wishlist" tak lama dulu I ada mentioned nak kasut skechers. At last, I got it, yatta! Kasut jenama ni baru je I kenal lastyear, masa my sis-alang datang sini, dia beli dan promote kaw2 punya, hahaha. Memang berkenan sangat dengan design, keselesaan dan keringanannya tapi bila tengok harga, hmmm no comment! Kalau zaman student dulu, ada scholar memanglah tak cakap banyak dah nak beli, tapi dalam keadaan sekarang yang banyak lagi benda lain nak kena timbang tambah tolak, jadi tak sanggup pulak nak habiskan duit tak menentu. MyLove tau yang I suka sangat kasut tu, masa ada festival sneakers pun dia ajak I pi tengok2 tapi I setakat tengok je laa, tak ada mood nak beli, ptuihhh jual mahal pulak! Cuma baru2 ni je masa dok merayap tengok2 kasut, dok belek2 kasut skechers ni, myLove paksa suruh pilih, kebetulan tengah sale more than 50%, tu yang terbeli tu, hihi... I berkenan warna silver tapi out of stock laa pulak, yang tinggal cuma putih, so ambil putih saja laa...




Beg ni pun tengah sale, selama I hidup ni I tak pernah beli beg harga lebih dari RM100, selalunya I tunggu musim sale je untuk beli handbag mahal2 ni, kalau harap nak beli yang new arrival ker limited edition ker, memang tak lah! Berkenan sangat totebag ni sebab ianya berzip, kat jepun ni totebag biasanya pakai kancing ketap tu je, mana laa selamat nak buh dokumen, barang2 berharga atau purse kalau pakai kat Malaysia kan. Dapat beg ni rasa puas hati sangat2, lengkap ciri2 yang I perlukan, yatta ne!



*** amacam alang, lawa tak? hihi

2 comments:

Ina said...

haa tahniah dh dpt kasut n beg baru. leh gang la kiter kasut lbh krg sama kehkeh. kiter bab kasut n henbeg ni takut nk bli kt nihon sbb slalu je bila dh bekenan skali tgk ada kulit b*bi. jdnya kalau bli pn mesti carik yg mmg established sket sbb slalunya brg2 branded ada tulis sumer kn. carik kt outlet brg tu terus. n kiter pn yakin. tp tula xleh la bli slalu. slalu kalau dh lunyai baru la leh bli baru hehe.

Fith said...

Ina,
haha boleh geng!
alah ina,fith bukan beli brg2 kulit pun,hihi,beli yg murah2 je,selalunya yg polyster so takde bab*.tp klau nak beli yg ada unsur2 kulit tu,mmg kena hati2 kan,diorg ni suka betul pakai bab*,haha.