Thursday, May 7, 2009

Lawan bola di Horoshima

Istilah asalnya sakka taikai, tapi tak reti nak translate macammana, bantai ja laa buh lawan bola kan, hahaha, sah2 ada yang tak faham...
Habis dah cuti golden week, hari ni myLove dah start pi kerja balik. Puas laa kot cuti 5hari sejak sabtu hingga semalam, kami ke Hiroshima ahad lepas, lain2 tu jalan dekat sini2 jer...

Ahad lepas Hiroshima jadi tuan rumah untuk sakka taikai yang memang dianjurkan setiap tahun bagi students Malaysia yang tinggal kat area dari Okayama-ken hingga ke Pulau Shikoku dan Pulau Kyuushuu. Last year Okayama jadi tuan rumah, next year Tokushima pulak, dah lama dai(=universiti) kat Shikoku tak jadi tuan rumah, seingat I kali terakhir dulu buat kat Ehime masa tu I baru 1st year. Hampir setiap dai hantar team, ada jugak team import yang dibentuk oleh Malaysian yang duk kat area atas2 nun. Acara macam ni memanglah best kan, dapat berkumpul ramai2 jumpa kawan2, dapat jalan2 tengok tempat orang, hadoi teringat zaman muda dolu2, hahaha... Yer lah, sedar pun diri tu dah tua, la ni pi mana2 dok mengusung anak ja, kahkahkah...

Plan asal konon2nya nak bertolak pukul 6pagi, tapi awal2 I dah cakap kat myLove paling lambat pun 6.30pagi laa, sebabnya I bangun pukul 5pagi goreng tuna roll dan karipap untuk breakfast dan bekal. Lepas tu goreng nasi pulak untuk bekal lunch. Barang2 lain semua dah kemas awal, so tak laa kelam kabut sangat. Dalam pukul 5.30 Rafiqh bangun, settle mandikan dan siapkan dia, baru I ambil giliran. Pi mai pi mai pukul 6lebih kami turun, singgah konbini beli onigiri dan biskut Rafiqh, dah nak masuk highway baru myLove sedar dia tak bawa lesen dia laa pulak, haiyaaa... I pun tak ingat nak tanya, kena patah balik. Last2 pukul 7.30 baru mulakan perjalanan. Nasib baik jalan tak jam, dekat2 nak turun tol tu je sangkut sikit sebab ada accident. Yang accident tu belah sana tapi belah sini pun ikut sangkut jugak, hampeh je, orang jepun pun macam Malaysia, penyibuk nak tengok! hahaha. Pukul 9.30 kami dah sampai, sebab taktau tempat perlawanan, myLove call kawan dia, kawan dia datang jemput kami bawa pi rumah dia dulu. Makan2 dan sembang2, then pukul 11 baru pi padang. Orang dah start lawan dah. Tahun ni pelik sungguh Yamaguchi tak hantar team pun, padahal budak lelaki punyalah ramai, cet, semua tak minat main bola agaknya. Dah sebab tak hantar team, tak ramai laa yang ikut. Nampak beberapa orang je pi, seorang je kot masuk team import, lain2 tu pi hu ha hu ha je laa tu.

Kat Jepun ni tinggal berapa keratlah sangat my batch kan. Yang sambung master mostly dah balik march lepas. Kalau yang ada pun mesti sambung PHD atau kerja kat sini. So hari tu jumpa 3orang je, Wan Arif, Peyek dan Meri. Wan Arif kerja kat sini, dah ada baby pun, tapi wife-nya, Cik Wan dan baby Hadiff balik Malaysia, tak sempat laa nak tengok. Peyek sambung PHD, Meri tu tak tau laa pulak, hehe.

MyLove punya batch pun ada lagi saki-baki, sambung study laa most of them. Semua anak dah ramai, yang rumah kami pergi tu both of hubby & wife adalah batch myLove, anak dah 3 dah- 3tahun, 2tahun dan 4bulan. Oh Rafiqh tengok budak2 sukalah dia, diserbunya anak2 kawan myLove sampai sentot budak2 tu. Kak Awin(mak budak2 tu) kata biasanya diorang hero tapi bila tengok Rafiqh yang sangatlah over menampilkan diri dia terus depa tu terdiam, hahaha. Bila yang 2orang tu tak layan dia, dia pi cuit2 yang baby pulak, haihh...

Sampai kat padang, lagi laa ramai budak2. Hilang arah jugak budak ni berlari dan serbu orang, ada yang sporting nak laa berkawan, ada yang lari. Kesian anak mama ya, nanti tahun depan mama hantar pi sekolah, haa berkawan laa puas2.

I seronok sangat nak pi Hiroshima ni bukannya apa, sebab nak jumpa my juniors Dyana-mamaIzzMuqri dan Pie je pun, hahaha. Masing2 dah berkahwin dan bawa haluan surirumah sendiri. Dyana di Osaka dan Pie di Gifu, sesekali boleh berjumpa memanglah best kan. Izz pun dah besar, dulu tengok dia 5bulan gitu je, takut2 kat orang lagi, kali ni tak takut dah, sangat comel macam gigirl. Elok je dua2 orang tu berkawan, cuma biasalah Rafiqh ni dah boleh berjalan, kerja berjalan je laa, Izz kena ikut dari belakang, nanti lepas ni jumpa Izz dah boleh jalan, haa baru masuk geng berlari dua2. Rafiqh ni suka betul picit pipi Izz yang tembam tu, kesian Izz macam kena buli pulak, tapi dia pun tak biar, diketuknya kepala Rafiqh dengan botol baby oil, hahaha, rasakan! ** Gomen ne mamaIzz, Rafiqh memang kasar sikit...
Pie pun tengah membawa perut, lewat 2minggu je due date-nya dari mine...

Izz dan Rafiqh...


Dyana, Pie & me...





Budak tak reti duduk diam, berjalan ikut sedap kaki...


Tu dia sedang ukur padang, hahaha...

Pukul 4lebih kami beransur pulang, game tak tamat pun lagi, tapi sebab dah penat dan sejuk nak hujan, kami balik awal sikit. Malamnya tidur awal sebab kepenatan... Bukan penat travel tapi penat melayan Rafiqh je laa...

Esoknya hari isnin badan rasa tak sihat, pening dan mual, entah apalah yang salah makan... Hari selasa baru ok...

Apapun, seronok laa bila cuti2 macam ni. Lepas ni tunggu nak balik Malaysia je laa...

13 comments:

kew_chop said...

bestnye gi taikai. tahun ni hokuriku toyama jadik tuan umah, tak taula nak balik toyama ke tak.

Fith said...

Murni,
ooo toyama tuan rumah ek.haa balik laa,boleh tunjuk baby zayyan kat org2 toyama,hehehe

♥FaTinFazLan♥ said...

Kak Fith nati bila dah balik mlysia..
sila postkan rafiqh ke alamt berikut..

Nurul Fatin Farhah Md Ismail,
D/A Mohd Fazlan Samah,
B-Bti Rej 6 Arti Kem Lok Kawi,
89580 Penampang,
Sabah.

Pakai Post laju yew....Nak sgt pelok2 rafiqh yg hesem tuh!
muaaahhh kat rafiqh...ha3..

Fith said...

Fatin,
hahaha ingatkan nak suh pos apa laa tadi.pos rafiqh rupanya,haha.
nanti fatin pengsan kena jaga budak ni,penat woo...
meh laa jln2 ke rumah,boleh gak dtg makan nasi minyak kalau sudi,hihi

♥FaTinFazLan♥ said...

hahaha..insyallah..mana lar tau saya tetiba p semnnjung..kena plak akak tyme 2 kat ipoh..
xlar jauh sngat dari taiping[uamh futre mum in lw]
boley saya serbu umah akak...

makan2..itu sgt lar syok..dan saya paling pantang dijemput.!ha3..

Fith said...

Haa kira okey sangatlah tu.nanti akak tinggalkan contact no.,kot2 sampai semenanjung jgn lupa contact tau.

Ina said...

bestnya kumpul2 ramai2. kami tercampak kt ceruk sini kalau sesekali jmpa kwn2 sorg 2 tu je pn dh cukup hepi dah hehe. haa elok la rafiqh ye tggu la mama bersalin xlama lg. suka berkwn dia ek. lps ni leh la cuit2 adik sndiri plak. if not nk kene tggu ada gathering ke apa ke baru leh cuit2 dgn kwn2 kan hehe :D

Fith said...

Ina,
sesekali jumpa kawan/malaysian ni mmg laa syok kan.
haha hrp2 gitu ler,jgn anak org dia cuit adik sndr dia cubit udah ler.makin bising mulut mak dia ni nanti,hehe...
lamanya ina tak update blog,hihi.

yumyum said...

rafiqh nii mmg laa copycat papa dia.ekeke gelaknye samaa jek

Fith said...

Cikyam,
mmg tidak syak lg,semua org pun kata gitu,hehe.

Dyana Muz said...

k.fith,
adoi cepat sggh update aih..xterligan eden nk bg comment hehe..
best sgt dpt jumpa k.fith n rafiqh aritu..geram sgt tgk rafiqh yg sgt ckp byk tp xphm apa2 pn:D..ala xde kasar mn pn,biasa la depa kn laki,izz pn sama ja siap ketuk2 rafiqh lg hehe..
hopefully dpt jumpa k.fith lg nnt..n tima kasih byk2 utk mcm2 brg yg k.fith bg tu...saaaayang k.fith hihi <333

Fith said...

Dyana,
ligan2 jgn tak ligan,haha
alah tak seberapa pun brgnya.nanti klau ada apa nak pesan kfith bawa blk dr msia,jgn segan2 bgtau laa.mana yg mampu,boleh aje.dyana blk bln 12 nanti kan,lmbt lg tu,hihi.
insyaAllah lps blk deliver baby ni,klau ada rezeki mmg nak singgah umah dyana sat,mcm hari tu.dpt tumpang salin2 rafiqh n baby pun jd ler,hehe.

Dyana Muz said...

boleh sgt k.fith..nnt blk mesti dtg,boleh la dyana tgk baby skali..kalo nk tunggu p ymgc xtaula kurun bila br bleh sampai kan hehe