Wednesday, May 6, 2009

Kisah kari

Selama hidup 18tahun kat dunia ni, tak pernah tau pun yang kari tu makanan utama orang utara je, I thought semua orang Malaysia memang makan kari. Oh rupanya kalau orang Negeri Sembilan tu terkenal dengan masak lemak cili api, kalau orang Melaka dan Johor pulak dengan asam pedas, kalau orang Perak dan Pahang dengan gulai tempoyak... Masa dok study kat UM baru laa I tahu yang tak semua orang makan kari setiap minggu, hahaha, dungu sungguh terasa!

Bila datang Jepun, masa 2nd year my housemate Kak Ct orang Johor dan dia sangatlah terer buat asam pedas, makin faham laa I bahawa setiap negeri tu berbeza2 lauk utama mereka. Even nama masakan pun kadang2 sama tapi hakikatnya bahan2 dan cara2 nak menyediakannya berbeza sama sekali...

Bila dah kahwin dengan myLove, disebabkan dia orang Johor yang dibesarkan di Melaka, so memanglah dia tak berapa gemar kari. Jarang sangatlah I masak kari, kebelakangan ni je dia selalu request kari, mungkin dah masuk selera dia kot.

Mak kalau masak kari memanglah pedas tahap gaban, berpeluh2 dan menggaru kepala laa time makan tu. Biasanya kalau makan kari ni I suka makan dengan cili hijau buh kicap atau pun acar kedah, walla memang tak sedarlah mak mertua lalu kat belakang pun, hahaha. Pregnant kali ni perangai suka makan kari ikan ni menjadi2, hampir setiap minggu mesti nak makan. Letak bendi banyak2, makan ulang2 sungguh syok sekali. Tapi yang tak syoknya myLove ni jenis tak makan ikan dalam kuah, dia makan ikan goreng je. Sebenarnya I dulu pun gitu jugak, kalau kat rumah tu adik-beradik I jenis tak sentuh lauk2 dalam kuah ni, mesti cari yang bergoreng. Tapi bila dah kahwin, terpaksa beralah dengan myLove, tapi bila dah lama2 makan ikan kuah ni rasa sedaplah pulak. Masa I bagitau dia pasal ni, boleh pulak dia kata tak payah buh ikan dalam kari tu, buat kari kosong ja, ikan2 tu goreng semua, hahaha. Ingat masak kari ni macam masak sambal ka, boleh buat kosong2. Teruk sungguh! Idea tak boleh pakai langsung, cet! Oh Rafiqh pun hantu kari jugak, kecik2 dah pandai makan kari, alaa kari mama tak pedas walaupun tumis dengan cili boh, pi balik rasa kari maktok, mau terangkat tobat takmau dah, hahaha...
Gambar: Kari kepala ikan buri dan kari ikan aji... Oishiii !!!

4 comments:

kew_chop said...

kari kepala ikan buri tu memang sedap. selalu gak wat, ikan buri wat asam pedas pun sedap.. yum yum, dah terliur dah ni

♥FaTinFazLan♥ said...

uwaaa..dah lama x commnt kak fith.. tapi bila nmpak kari..auwww.. terus commnt.!yup..kari mmg sedap..fav saya juga..nyum3...

Ina said...

tula dlu kecik2 dok kedah mmg slalu mkn kari. uish smpi skrg mmg melekat la kiter ni dgn selera kedah. haih bila laa nk blk kedah jln2 carik mkn ni. lg satu mskan selangor msk2 guna cili api tu. maklumla ayah org kedah mak org sngor. pergh mmg xingat dunia kalau mkn. kiter kt rmh ni jrg msk kari. sesekali je. tu pn baruuu pndi msk kari. sblm ni msk hmmm xfeel pn mkn haha. sama la hubby kiter ni xpndi sgt mkn ikan rebus2 ni. kalau dok rmh mil plak sokmo mkn asam pedas sbb dia org johor. kt smh ni msk asam pedas ayam slalu la hehe. kalau belah sngor mak kiter msk asam pedas lain style n slalu guna ikan plak. owhhh bahaya2 ckp psl mknan :P

Fith said...

Murni,
memang2,sedap kan ikan buri.fith pun suka sangat.

Fatin,
ewah suka kari jugak ek,ada geng ni,haha...

Ina,
laa ye ker,tak sangka ina pernah dok kedah.ayah org kedah pulak tu yer,hehe.
haa,mil fith pun suka masak asam pedas,fith baru2 nak belajar buat asam pedas kaw2 tu,tp kdg2 jd kdg2 hampeh,haha.
owh,mmg bahaya ckp hal makanan ni.