Hari ni genap usia abah 52tahun...
Bersempena dengan hari ulangtahun kelahiran abah ni, I nak buat entry khas tentang abah(walaupun abah tak baca pun, hihi)...
Macam anak2 orang lain jugak, I sanjung abah dan anggap abah sebagai model lelaki terbaik dalam hidup I... Abah yang I kenali adalah seorang lelaki yang agak pendiam, sensitif dan mempunyai ciri2 seorang suami dan bapa yang baik. Selama lebih 25tahun hidup kat dunia ni, belum pernah sekalipun tengok abah marah, kalau dengan anak2 tu jangan kata nak pukul, jentik pun tak pernah. Kat rumah, abah seorang suami dan bapa yang penyayang dan tak berat tulang membantu mak uruskan hal ehwal anak2 especially masa kami kecik2 dulu. Kat pejabat pulak abah adalah ketua yang selalu disenangi orang bawahan, atas sikap rendah diri dan sangat bertolak ansur...
Abah sangat open minded, mudah diajak berbincang dan sangat memahami kehendak anak2. Kalaupun kami ada buat salah, tak kiralah anak ker menantu, pendekatan paling lazim abah guna ialah dengan menegur melalui surat ataupun melalui mak. Abah sangat pandai berkata2, very soft spoken, bila mengarang surat tu perghh ayat berbunga2. Haa tak hairan laa kan, anak dia ni ada bakat yang sama, hahaha...
Walaupun masa kami kecik2 dulu abah bukannya kesah sangat nak tanya itu ini pasal study dan life, tapi dia sebenarnya sangat concern dengan hal anak2. Sampai sekarang pun walaupun dah berumah tangga, abah masih ambil berat tentang kehidupan susah senang kami...
Setelah lebih 4tahun kami sekeluarga tak dapat berkumpul bersama, insyaAllah tahun ni adalah yang paling membahagiakan. Kami adik-beradik dah plan something surprise untuk both abah dan mak bila semua dah berkumpul nanti. Tak sabarnya nak balik meraikan abah mak... Untuk hadiah tahun ni, my sis-ateh yang uruskan, kutip duit dari semua untuk belikan t-shirt dan kemeja buat abah. Harapnya abah suka...
Alhamdulillah, pada tahun ni Allah berkati abah dengan rezeki yang mencurah2. Dari sudut kerjaya, tanpa disangka abah dapat double promotions hingga abah berjaya kecapi apa yang abah impikan selama ni. Baru2 ni pulak rumah yang dah lama dihajati dah pun selesai pembinaannya, dapat laa duk rumah sendiri. Dan tak lama lagi akan bertambah bilangan cucu dan menantu... Semoga Allah terus memberkati abah dengan pelbagai nikmat lagi. Moga abah diberi kesihatan tubuh badan yang baik, usia yang barakah untuk memperbanyakkan ibadah, perlindungan dari bala bencana dan hasad dengki manusia, moga apa saja yang abah inginkan dipermudahkan urusannya oleh Allah...
Selamat hari lahir buat abah... Kami sayangggg abah...
4 comments:
baca entry ni rindu lak kt parents yg jauh. baru smlm gayut dgn diorg smpi ayah suruh stop. yela dh nk hangus tepon tu nasib baik xjd abu je lagi hehe. hepi bday utk abah fith. semoga doa fith utk abah fith dimakbulkan, amin. bntuk muka n size fith nmpk mcm byk amik dr mak kan. sure fith pn sentiasa slim mcm mak fith nnt :D
Ina,
thanks...
eh ye ker mcm mak?fith ni rendah je,mak fith tu kira tinggi gak laa,lg tinggi dr fith,so kira fith ni lbh mcm abah kot,hihi.
tuh laa kan,bila dok jauh2 ni selalu rindu.fith pun stp minggu call,sembang tak kurang dr sejam,sib baik laa murah,hahaha.naik lenguh pegang tepon tu...
oo yeke. tp nmpk la bntuk muka n kekurusan tu ikut mak hehe. tula kami makin sakan bergayut sbb nyer diorg baru psg fixed line. sblm ni call ke hp diorg je slalu. murah2 pn kredit jalan gak. fith slalu call guna apa? kiter call guna voipstunt install kt pc ni. call ke fixed number free jer!!!
fith selalu pakai sadia,klau call ke no rumah tu 8jam 2sen yen.tp klau ina pakai free,lg best kan,hehe
Post a Comment