Thursday, May 28, 2009

Check up

Beberapa hari ni lemau sikit rasa nak mengadap laptop. Sebabnya saya perasan sibuk! :-p

Sepatutnya hari ni kena pi klinik untuk check up, tapi disebabkan myLove terlalu sibuk minggu ni, sejak isnin tu setiap hari balik pukul 1pagi, so I pergi petang semalam ditemani my junior, Iza. Mula2 tu rasa macam nak tunggu minggu depan je tapi bila fikir2 balik yang I ada 2 lagi check up sebelum nak balik ni, nak tak nak kena laa pergi sendiri, takut tak sempat nak jarakkan masa pulak...

Semalam buat pertama kalinya pergi klinik tanpa myLove. Berdebar2 jugak nak minta orang lain tolong tengokkan si Rafiqh ni, kalau dengan ayahnya pun bila tiba2 dia sedar yang I "hilang", dia boleh buat muka panik, ni kan pulak dengan orang luar kan, haiii laaa...

Awal2 sampai kat klinik tu, dia ok je tapi bila I pergi buat urine test, time tu dia dah mula nak melasak macam biasa, my junior terus dukung dia, marah agaknya orang tangkap dia, apalagi melalak laa dia, terus bad mood. Ni memang kepantangan dia sejak kecil, dia tak suka orang sentuh2 dia. Apatah lagi time dia nak bebas bergerak, even I sendiri pun kalau paksa dukung dia, dia akan melentok2 lembikkan badan. Pujuk2 sekejap, lepas tu ada 2budak lelaki datang dengan mak diorang duduk dekat dengan kami, tersengih terus laa si kecik ni, terus berlari kejar budak2 tu, main2 kejap then budak2 tu pi mana entah, tinggal dia seorang balik.

Tak lama lepas tu I dipanggil midwife untuk ambil darah dan timbang berat, 2tiub darah kena ambil dan berat naik lagi 1kg, hihi. Pregnant kali ni banyak sungguh ambil darah, setiap check up pulak tu sampai dah naik lali dah, tak rasa apa dah masa kena suntik tu, hilang terus dah agaknya mabuk darah I ni, hahaha... Masa tengah ambil darah ni Rafiqh menangis lagi, ada nurse pi dukung dia, hadoi laa... I dah cuak dah macammana nak masuk bilik doktor kalau dia dok bad mood macam tu. So I pesan kat Iza supaya lepas je dia berjalan, ikut dari belakang dia je. Selagi dia tak buat sesuatu yang bahayakan diri dia atau ganggu orang lain, just let him free. Tapi kalau dia dah melampau tu, on je video kat iPhone.

Masuk je bilik doktor, terus buat vaginal check up. Cakap pasal vaginal check up ni, dulu masa Rafiqh doktor check masa 1st dan 3rd trimester je, 2nd tu tak ada, tapi kali ni setiap kali pi mesti kena. Kalau kat Malaysia dekat2 nak bersalin je kot doktor buat kan. Masa kena kat Malaysia, sakitnya tak tau nak cakap, kat sini releks je, tak laa sengsara sangat, mungkin sebab kat sini duduk atas kerusi khas, kat Malaysia baring atas katil je pun. Vaginal check up ni dibuat untuk check bleeding dan bukaan pintu rahim je... Lepas tu doktor scan perut, fuhhh lega laa jugak bila doktor letak je alat kat bahagian bawah perut terus nampak kepala baby. Good boy, at last dia pusing balik ke posisi normal. Harap2nya tak berpusing2 dah laa budak aktif ni, stay that position yer baby... At week 31, his estimate fetus weight dah cecah 1500++ gm.

Sebenarnya ada benda nak tanya doktor tapi memandangkan hati ni dok resahkan Rafiqh, terus je cakap tak ada apa2 nak consult, kejap sungguh dah settle. Tinggal 1 check up je lagi pada 11 jun nanti, sekaligus ambil surat kebenaran naik flight dan laporan kesihatan, yatta!

Keluar dari bilik doktor, tengok Rafiqh elok je dok main sorang2. Ingatkan dah melalak dah, rupanya dia dok ralit main, sampaikan nurse tunjuk baby girl kat dia pun dia buat derk je. Haa dia memang macam tu, kalau dah concentrate buat sesuatu, memang dia tak layan dah orang sekeliling. Lepas bayar bil rawatan, kami terus balik...

7 comments:

Ina said...

bagusla dh update. dh addicted baca blog ni. mcm busan je fith xupdate haha :P yeke fith setiap kali pegi kene amik darah n buat vaginal check up. agaknya sbb dia amik sket2 kot darah tu sbb tu slalu. kiter stakat ni baru bape kali. n setiap kali amik 4 or 5 botol gak la hoho! kalau kiter amik darah tu xkisah. tapi kalau asyik kena buat vaginal check up harusla xsuka. tp pasni akan slalu la kan sbb dh nk msk 3rd trimester. dh hujung2 nnt kena seluk plak haha. arghhh pasrah!

kew_chop said...

tula, lambat betui fith update. tiap2 hari buka tau. kite pun 5 kali jek rasenye amek darah dulu. bestnye dah tak lama dah nk balik mesia.

Fith said...

Ina,
haa tuh laa pasal,dah naik lali dengan darah dah.stp kali pergi mesti amik darah,masa rafiqh dulu 2kali je.mgkn betul kot ina kata,diorg amik sikit2,fith pun taktau sbb tak tgk pun,haha.
vaginal check up ni sekali seluk laa ina,tp serius tak sesakit masa kena kat msia.mula2 dulu mmg tak suka jugak,tp bila fikir dia check bleeding n bukaan rahim,fith tak kesah laa sgt.lgpun lately bahagian bawah perut selalu sakit,lega laa sikit bila tau takde apa2...

Murni,
haha,fith bz sket skrg ni,tuh yg tak sempat nak update.
tuh laa murni,fith rasa sistem 14kupon ni kot yg kena amik darah 14kali,sbb last year pakai 5je kupon.so far fith baru 7kali amik darah,huish ada 7kali lg woo klau beranak kat sini,haha.
aah dah nak blk dah,hihi...

kew_chop said...

ye kot. dapat 14 kupon maknanye 14 kali free ke. bestnye. kalo camni ada chance saya nk tambah lagi sorang bb nihon. hehehe..

Fith said...

Murni,
sila2,hahaha.
kalau fith tgk bill masa rafiqh dulu,compare dgn bill baby ni kan,mmg jauh ler beza.dulu daitai kena 4sen,kali ni 2sen gurai je.smlm lagi ler,240yen je,hehe.terasa murah amat!

Ina said...

ckp pasal murah kan fith. last check up kiter g free je xyah bayar pape. thn lps pregnant xpenah la nk merasa cmni haha. alhamdulillahhh!

Fith said...

Ina,
wah tu lg best,free terus!