Thursday, May 21, 2009

B-Light stroller

Kami beli stroller baru untuk Rafiqh. It's not that yang lama tu tak boleh pakai dah tapi disebabkan saiznya yang besar dan agak berat, susah nak bawa travel(read:bringing it back to Malaysia).

Dulu masa nak pilih stroller lama, jenuh naik juling biji mata tengok macam2 jenama ada, harga tu tak payah cakap laa kan, memang laa mahai sungguh! Kami beli stroller tu lepas Rafiqh lahir, masa pregnant tu dok survey je, so selama tempoh I berpantang kat Malaysia, myLove beli stroller dan car-seat, bukan susah pun, beli kat internet je, I pilih myLove bayar, hehe. Kami ni memang jenis sempoi je, tak pandang jenama, tak cerewet sangat letak kriteria2 tertentu untuk apa2 benda pun. As long as benda tu bagus, tibai je, kalau nasib baik memang puas hati laa dengan belian pertama, kalau nasib kurang baik, terima je laa. Kiranya lama laa jugak kami ambil masa nak survey sana sini. Even masa balik Malaysia nak bersalin tu pun kami sempat merayau2 kat kedai barang baby, terkejut beruk tengok harga stroller yang nak cecah ribuan ringgit. Terfikir jugak, siapa laa orang2 yang sanggup beli stroller mahal2 ni ek, hihi...

Stroller lama tu jenama combi jenis type-A, iaitu untuk kegunaan newborn hingga usia 3tahun. Kami beli yang 2nd hand je pun, but the condition is still good. Disebabkan dah ada patent baru bagi model yang ni, harga stroller ni jadi murah, kami beli tak sampai 10 000yen(=RM300). Jarang2 sangat guna kalau nak outing, malas betul nak angkat masuk keluar kereta, biar je duk dalam stor kat bawah tu. Kami pun bukan jenis berjalan sangat, habis2 pun pi shopping complex, kalau pi shopping buh je Rafiqh dalam sling, stroller supermarket atau trolley. Bila nak keluar jalan2 dekat area rumah atau pi majlis je yang pakai stroller ni. Tapi dah puas lanyak dah, rasa berbaloi laa jugak beli pun. Then lepas ni boleh bagi adik pulak pakai...
Inilah rupa stroller gedabak tu, hihi...

Sebenarnya tak pernah terniat pun nak beli stroller lagi, tak rasa perlu pun. But since dah nak balik Malaysia berdua je dengan Rafiqh, dalam keadaan sarat pregnant pulak tu, memanglah I sangat2 perlukan stroller yang ringan dan simple. Kalau kat Kansai Airport ni, bila check in je terus diorang bagi kita pinjam stroller airport untuk memudahkan kita nak bawa baby hingga ke pintu masuk plane. Last year masa nak balik Malaysia, elok dok check in tu staff airport tanya, nak pakai stroller tak, sebab dia tengok I dok dukung Rafiqh yang sedang tidur dalam sling. Pucuk dicita ulam mendatang laa kan, memang tak menolak laa. Sementara nak tunggu boarding pun dah berapa lama, takkan nak dukung je dan takkan pulak nak lepas dia merangkak dalam airport, hehe. Dekat2 nak masuk plane, staff airport datang ambil balik stroller tu, senang je kan. Inilah rupa stroller airport...

Tapi yang jadi masalahnya ialah kat KLIA nanti, dah laa airport besar nak mampuih, jalan seorang pun rasa penat, ni nak bawa budak dan beg2 lagi, hish, rebeh bahu. Kalau tak ada stroller ni rasa sangatlah menyusahkan...

Setelah berbulan2 dok survey lightweight stroller ni, at last jumpa jugak yang berkenan di hati. Mula2 tu I nak beli yang ala2 rangka je tu, harga dalam 2 000yen je, tapi myLove kata macam tak tahan je, risau kot anak dia tergolek, haha. So pilih punya pilih, kami sama2 suka yang ni, stroller type-B yang sesuai untuk baby 7months++, jenama Brevi dari Itali, tapi tak glamour kot sebab jarang dengar kat sini. I baca reviews pun dari web Europe. Harganya pun murah je, harga asalnya 17 680yen tapi dijual dengan harga 5 990yen. Beratnya pun cuma 3.9kg, ok laa tu kan...

Selain dari tu, sebab utama kenapa I perlukan stroller ni ialah atas faktor keselamatan dan nak memudahkan I aman berurusan di pejabat rasmi dan of course bila shopping kat Malaysia nanti. Nak dukung lama2 pun tak berapa nak larat sangat, dah senget dah mak dia ni membawa perut. Even ada mak dan adik2 yang akan temankan kami bila keluar tapi I ni jenis tak harapkan orang. Faham sangat dengan perangai Rafiqh ni, bila dia over excited, memang lintang pukang laa nak kawal dia. Tambah2 kat Malaysia kan, sorry to say, I tak rasa secure sangat. Kalau lepas bebas memang sah2 dia lari sebab dia suka the fact bila dia lari ada orang akan kejar, semua budak macam ni kan, karang tak pasal2 hilang anak haku. Sekarang ni larat lagi laa nak berlari kejar dia, walaupun buruk je rupanya, hahaha. Nanti dah 38minggu takkan nak berlari lagi kot. Ada kang masuk berita seorang ibu bersalin kat supermarket, buat malu je! Kalau buh dalam stroller insyaAllah dia tak pi mana dah, so far dia pun tak kesah kalau kena lekat kat stroller lama2, tak pernah lagi dia meronta nak keluar...

Tak sabar pulak rasa nak rasmi stroller baru ni, hahaha....

7 comments:

kew_chop said...

aahla sgt risau la kalo balik shopping kat mesia nk handle anak. rase tak secure kan. kalo maira ni 2 kali dah hilang kat aeon cni sampai security yg tolong bawakkan kat kitorang. nasib baikla dok nihon so tak kalut sgtla bile tiba2 maira ilang depan mata. tup2, security dtg bwk dia ckp die tgh nangis tak jumpe kitorang, hah tahu pun takut.

Unknown said...

lama tak jenguk sini..ehe..kalau Fahmi, skrg ni mmg tanak dok dalam stroller da..menggelupur panjat nak keluar..skrg berlari tak ingat mama papa dia da..ehehe..

Fith said...

Murni,
tuh laa psl murni kan.kat msia fith mmg agak takut sikit,byk sgt kes budak hilang...

Tiniey,
yer laa kan,budak dah boleh jalan,mmg nak jalan jer laa..rafiqh ni sbb terbiasa kot dok dlm stroller,dia tak nangis nak turun.tp wajib stroller gerak ler,klau stop kejap2 takper laa,klau stop lama2 takmau laa dia. haa tu laa kan,diorg ni klau dah dpt lari tu,main sedap kaki je,haha

Ina said...

Penah je dgr nama stroller tu. Mebi kt Nihon xbape glemer sama la mcm stroller yg kiter bli utk 'Abid sblm ni. Tp belah2 europe sana mmg ramai org suka. Cantik je yg Fith bli ni smart. Kiter suka sgt handle yg mcm tu tp stroller light weight je yg slalu handle mcm ni kalau standard stroller jarang ada. Baca psl Rafiqh tetiba teringat harness. Fith xnk cuba guna kt Rafiqh ke? Tp mmg ada parents yg againsts harness ni n tgk jugak anak selesa ke tak kalau guna kan hehe.

Fith said...

Ina,
aah kat europe glamour je kot.kat nihong ni glamour combi n aprica kan.
klau handle gitu biasanya bila lipat stroller jd kecik,klau stroller biasa mcm yg 1st fith beli tu dah lipat pun still gabak gak.
fith tak pernah jumpa lg kedai jual harness tu.biasa tgk org pakaikn utk anak bila anak tu jln elok je,klau mcm rafiqh ni dia suka lari,tak tercabut ker ek?hahaha.bg fith tak salah pun bg anak pakai benda tu,kita bukan tambat dia mcm binatang,yg salah tu kalau ikat satu tali lg tu kat tiang dll,tu bg fith laa,hehe.

Ina said...

Kiter pn pk gitu. Kalau nk pk yg negative tu mmg byk sgt boleh tulis. Don't be too shallow la kan. After all utk safety. Kalau anak hilang kiter gak yg meraung nnt hehe. Xtercabut kot Fith. Tp benda tu mmg leh psg n cabut pun. Nk ckp lbh2 pn xleh sbb xpnh guna lg. Kt Mesia pn boleh cari byk je kedai jual n comel2 plak tu. Tp Fith kata Rafiqh mmg jns ok dok dlm stroller so xperlu la kot. Boleh la lenjan stroller baru dia tu je hehe.

Fith said...

Ina,
nanti balik boleh try cari,macam best je kan,hihi